
Baru-baru ini, pelari pecut wanita negara, Shereen Samson Vallabuoy berjaya meraih gelaran juara pertamanya pada tahun ini apabila mengungguli kategori 400 meter (m) wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat.
Menerusi satu perkongsian di Facebook pada Ahad, semalam, Olahraga Malaysia memaklumkan bahawa atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu berhasil menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih emas.

Dalam pada itu, pingat perak dimenangi oleh Gabby Johnson daripada pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17s.
Manakala, kedudukan pingat gangsa diraih oleh Nevaeh Lorjuste daripada pasukan Rowan dengan catatan masa 56.91s.

Menurut Shereen, 200 meter pertama agak mencabar disebabkan oleh cuaca berangin dan angin bertentangan.
“Secara keseluruhan, saya merasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cipta Sejarah Lagi! Cecah 10 Juta Subscribers, Saluran Youtube MONSTA Raih ‘Diamond Play Button’ Pertamanya

Studio animasi terkenal, Animonsta Studio berjaya melakar sejarah lagi apabila menerima ‘Diamond Play Button’ selepas saluran YouTube iaitu Monsta Channel telah mencecah 10 juta subscribers.
Berita gembira tersebut dikongsikan di entri Instagram Monsta, baru-baru ini. Kejayaan ini dapat dikecapi dengan adanya sokongan hebat bukan sahaja di dalam negara malahan dari luar negara yang turut meminati siri animasi yang dihasilkan oleh mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Filem Mechamato Menang Anime Fan Award Di Tokyo, Pertama Dalam Sejarah

Para peminat berpeluang menonton pelbagai siri animasi kegemaran mereka menerusi saluran YouTube Monsta. Antara tajuk siri animasi yang sedia ditawarkan menerusi saluran YouTube termasuklah Mechamato, Papa Pipi, Fly With Yaya dan banyak lagi.
Saluran YouTube Monsta telah diwujudkan bermula pada 21 Mac 2014 yang mana kini memiliki lebih daripada 10.3 juta subscriber. Bukan itu sahaja, saluran YouTube Monsta juga berjaya berada di dalam kedudukan ‘Top 10 Most Succesful YouTube Channel’ di Malaysia.

Bukan sekadar akaun video biasa, MONSTA Channel turut memperluaskan kegunaan platform tersebut apabila ia digunakan untuk berinteraksi dengan para penonton dan peminat dari seluruh dunia, berkongsi video reaksi, permainan video game, OST asli setiap harta intelek, komik bergerak dan banyak lagi.
Terdahulu, Mechamato mencipta sejarah apabila memenangi tempat pertama bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023. Lebih membanggakan ia merupakan pertama kali dimenangi oleh animasi luar Jepun.

Keputusan tersebut diumumkan menerusi laman rasmi TAAF di mana filem tersebut menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat. Mechamato sekaligus mengalahkan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram MONSTA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#GirlPower: Kenali Raja Permaisuri Agong

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj merupakan seorang figura yang cukup disegani dan dihormati sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia dan juga Tengku Ampuan Pahang. Diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, baginda merupakan adinda kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Taman Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru, baginda kemudiannya meneruskan persekolahan di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru sebelum memasuki sekolah berasrama penuh berprestij, Sekolah Tun Fatimah yang juga terletak di Johor Bahru.
Berkahwin dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 6 Mac 1986. Hari ini merupakan hari ulang tahun ke-35 perkahwinan baginda bedua.

Merupakan seorang yang sangat gemar memasak dan menjahit selain membaca, bermain golf dan juga berbakat dalam bidang penulisan. Seperti yang kita oleh dihat di laman Instagram baginda @airtangan_tunkuazizah, baginda acapkali berkongsi video-video masakan yang disediakan bahkan baginda tidak lokek berkongsi resipi-resepi dengan rakyat jelata.
Demi minat yang mendalam dalam bidang masakan, Baginda mula melancarkan buku masakan pada Mac 2007 dengan tajuk ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ dan kemudian pada Ogos 2018, Baginda melancarkan dua lagi buku masakan bertajuk ‘Masakan Tradisional Pahang’ dan ‘Manisan Tradisional Pahang’. Kesemua hasil penjualan buku tersebut disalurkan ke Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Menurut laporan Portal Diraja Pahang, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah menyediakan bantuan kewangan dan membantu pasangan suami isteri Malaysia yang kurang berkemampuan dan yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama dan negeri dalam mencari dan mendapatkan rawatan perubatan serta menyediakan kaunseling dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan. Objektif yayasan ini adalah berusaha ke arah mencapai kesihatan yang baik dan sistem penjagaan kesihatan untuk semua rakyat Malaysia terutamanya dari segi kesihatan reproduktif dan pencegahan kemandulan.

JAWATAN DISANDANG
Tunku Hajah Azizah bergiat aktif terutamanya dalam persatuan yang melibatkan kebajikan rakyat dan wanita khususnya. Baginda merupakan Penaung Diraja sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri negeri Pahang dan Pengakap Sedunia, Naib Yang Dipertua Persatuan pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Pertap, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang, Pegasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Pertiliti Tunku Azizah dan Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz dan Penaung Diraja AP di Hong Kong.
Sumber: Astro Awani & Portal Diraja Pahang
Sumber gambar: Instagram Istana Negara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malala Yousafzai Rasmi Tamat Pengajian Di Universiti Oxford. Suami Turut Meraikan Kejayaannya

Sembilan tahun lalu dia ditembak di kepala oleh Taliban, kini Malala merupakan graduan dalam bidang filosofi, politik dan ekonomi dari universiti terbaik dunia, Oxford University. Pemenang termuda Nobel Peace Prize ini memuat naik gambar majlis graduasi di laman Instagramnya pada Jumaat.
Menjadikan majlisnya lebih bermakna semestinya dengan kehadiran keluarga tercinta. Bapanya, Ziauddin Yousafzai dan ibunya, Toor Pekai Yousafzai kelihatan bangga melihat pencapai anak mereka. Dalam satu gambar yang dimuat naik, kelihatan kedua-duanya tersenyum gembira sambil mencium pipi Malala.

Seorang lagi figura yang penting dalam hidup wanita ini semestinya suaminya tercinta yang baru dinikahinya awal bulan ini, Asser Malik. Dalam hantaran Twitter, Asser menyatakan yang tempat mereka bertemu menjadi lebih istimewa pada hari graduasi isterinya. Ini memberikan indikasi yang universiti tersebut merupakan tempat pertama mereka bersua mata.
BACA JUGA: Malala Yousafzai Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan Hati
Untuk pengetahuan pembaca, wanita berusia 24 tahun ini memulakan pengajian di universiti tersebut pada tahun 2017 dan dia sebenarnya sudah menamatkan pengajiannya pada Mei 2020. Namun majlis graduasi terpaksa ditangguhkan disebabkan penularan virus Covid-19 yang melanda dunia. Hanya setahun setengah kemudian barulah majlis boleh diadakan semula.
Menurut laman web universiti terkenal itu, Oxford menyambung semula majlis graduasi pada bulan September tahun ini dengan mengadakan majlis pada beberapa tarikh sepanjang tempoh dua bulan ini. Malala hadir ke majlis graduasi sesi terakhir.


Mengimbau kembali kisah wanita hebat ini, Malala ditembak di kepala oleh Taliban pada usia 15 tahun selepas dia aktif berkempen agar kanak-kanak perempuan diberikan pendidikan di kampung halamannya, Lembah Swat, Pakistan. Kisahnya mendapat liputan media seluruh dunia. Ekoran kecederaan yang dihadapinya dia kemudiannya diterbangkan ke Britain untuk mendapatkan rawatan.
Sejak itu wanita ini tidak lagi menoleh ke belakang. Dia dan keluarganya kini menetap di Britain dan dia meneruskan perjuangannya dalam memperjuangkan hak wanita terutamanya dalam soal pendidikan menerusi yayasannya sendiri, Malala Fund.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Malala & Asser Malik
++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

