Shell Out Versi Bujang, Modal Tak Sampai RM 30 Pun

Share

Pasti ramai dah cuba hidangan shell out yang pernah trending satu ketika dulu. Makanan viral tentu harganya boleh tahan mahal.

Biasanya, paling kurang pun harga hidangan ini boleh mencecah sampai RM70 untuk dua atau tiga orang makan. Sesekali nak cuba bolehlah. Tapi kalau agak-agak mengidam nak makan lagi, tak ke korang rasa harganya boleh tahan mahal?

Nah, tak payah fikir nak makan di luar saja, apa kata kalau korang buat je sendiri shell out ni dekat rumah. Seperti yang telah dikongsi oleh Ainasuha Akhree

di laman Facebooknya, resipi shell out versi bujang ini modalnya tak lebih daripada RM30 pun.

Bahan-bahan:

Udang 15 ekor (saiz sederhana)

Ketam bunga 2 ekor

Kerang dua genggam (lebih kurang)

Sotong 3 ekor (besar)

Brokoli

Cara memasak:

1. Celur udang sekejap dan rebus kerang bersama daun kunyit supaya naik baunya.

2. Ketam dan udang juga dicelur sekejap. Kalau tak nak bau hanyir, celur ketam dengan limau.

3. Sediakan tiga ulas bawang putih, tiga biji bawang merah, halia sejuring dan dua genggam cili kering yang direbus dan dibuang biji, kemudian kisar kan kesemua bahan ini.

4. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Tambahkan perasa dan gula, serai, daun sup (wajib untuk bagi naik bau). Kemudian, tambahkan dua sudu kecil serbuk kari ikan. Tidak perlu tambah air kerana sotong dan udang sudah mengeluarkan air.

5. Tumis sampai pecah minyak. Tambahkan sedikit sos cili dan sos tiram.

6. Bila naik bau, barulah isi ketam dan sotong yang direbus tadi dimasukkan. Tunggu lebih kurang tiga minit, kemudian masukkan udang dan akhir sekali, kerang.

7. Gaulkan sampai rata dan masukkan brokoli serta lobak merah yang siap direbus.

8. Dah siap! Dengan modal kurang daripada RM30, boleh makan shell out dekat rumah.

Berbaloi-baloi kan? Jom cuba!

IKLAN