Dunia ratu cantik dan gadis berhijab bukanlah satu perkara yang sinonim. Namun zaman sudah berubah dan gadis berhijab juga membuktikan bahawa sehelai selendang yang menutup kepala bukan penghalang untuk berdiri sama tinggi dengan yang lain. Malahan hijab menjadi sumber kekuatan disamping memenuhi tuntutan agama.
Terbaru, Shatu Garko,18, telah dinobatkan sebagai Miss Nigeria ke-44 pada 17 Disember 2021 menyaksikan dia sebagai gadis Muslim berhijab pertama memegang gelaran tersebut sepanjang 65 tahun sejarah pertandingan itu.
Kredit foto: Instagram Shatu Garko
Sejurus kemenangannya, gadis ini tidak menyangka yang dia mampu untuk bergelar juara. “Memenangi pertandingan ini merupakan satu perkara yang sangat bermakna buat saya. Seumur hidup saya selalu berangan untuk bergelar Miss Nigeria. Saya berterima kasih kepada penganjur dan juga penaja pertandingan ini,” jawabnya apabila ditemubual oleh wartawan Nigerian Tribune.
Berikutan kemenangannya, Shatu menerima wang tunai bernilai Nigerian Naira 10 juta ataupun bersamaan RM101’492.03, sebuah apartment mewah, sebuah kereta dan juga tugas sebagai duta.
Kredit foto: Instagram Shatu GarkoKredit foto: Instagram Shatu Garko
Berkongsi cerita tentang pembabitannya dalam dunia ratu cantik, gadis manis ini pada mulanya skeptikal dan agak gementar untuk bertanding memandangkan dia berhijab. Berkongsi cerita kepada Sahara Reporters, ujarnya, “Saya risau mereka tidak memilih saya kerana saya berhijab. Kebanyakan gadis di pertandingan ratu cantik harus mengenakan pakaian mandi atau bikini. Saya menghantar borang penyertaan sekadar mencuba nasib.”
Walaupun memegang gelaran Miss Nigeria, Shatu tidak akan mewakili negaranya di dalam mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa. Miss Nigeria kini merupakan sebuah organisasi pertandingan ratu cantik yang bertujuan menganugerahkan biasiswa kepada para pemenang untuk menyambung pelajaran di samping akan bekerja bersama organisasi tersebut sepanjang memegang gelaran.
Ads
Pertandingan yang menghantar wakil ke Miss Universe dan Miss World dari Nigeria adalah anjuran Most Beautiful Girl in Nigeria (MBGN). Organisasi ini adalah pemegang lesen kepada dua pertandingan itu dan ia berbeza dari pertandingan Miss Nigeria.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa je yang tak kenal dengan Bella Hadid. Namanya dikenali sebagai salah seorang supermodel paling terkenal bersama kakaknya, Gigi Hadid. Di usia 20 tahun Bella sudah pun bergelar model jenama terkemuka iaitu Chanel, Oscar de la Renta dan Balmain. Bella juga merupakan wajah rasmi bagi iklan-iklan Christian Dior.
Tapi, korang tahu tak sebenarnya model dan aktivis yang terkenal ni mempunyai bentuk wajah paling ‘perfect’ dalam dunia? Senang kata, paling cantik dan paling sempurna lah…
Malah, Bella Hadid diangkat sebagai wanita tercantik pada tahun 2024 melalui Golden Ratio atau Nisbah Emas.
Wajah cantik dan paling sempurna 2024
Dikenali sebagai Phi (1.618), Nisbah Emas adalah formula matematik yang berakar pada alam semula jadi, seni, dan bahkan seni bina. Formula kuno ini telah diterapkan pada wajah manusia untuk menentukan kesempurnaan simetri, dan sering disebut sebagai penanda aras kecantikan.
Nisbah Emas berasal dari zaman Yunani Purba, di mana ia pertama kali dikenali kerana daya tarik estetiknya dalam proporsi Parthenon dan karya seni klasik lain.
Leonardo da Vinci memperkenalkannya lagi semasa Zaman Renaissance dengan menggabungkan nisbah ini dalam karya terkenalnya, Vitruvian Man, dan karya-karya lain.
Ideanya mudah: semakin dekat proporsi wajah atau tubuh kepada Phi, semakin harmoni dan menarik ia kelihatan pada mata manusia.
Hari ini, para saintis menggunakan pemetaan digital dan perisian canggih untuk menganalisis wajah berdasarkan nisbah ini, mengenal pasti individu paling cantik secara saintifik pada zaman kita.
Dan pada tahun 2024, mendahului carta sebagai wanita paling cantik berdasarkan sains tidak lain adalah Bella Hadid.
Bella Hadid Persis Dewi Moden
Bella Hadid, seorang supermodel terkenal di peringkat antarabangsa, sentiasa memikat dunia fesyen dan hiburan dengan ciri-ciri menawannya dan kehadirannya yang memukau.
Pada usia 28 tahun sahaja, kerjaya Bella telah mencapai tahap yang luar biasa, menjadikannya wajah utama dalam kempen jenama mewah seperti Dior, Versace, dan Bulgari.
Walau bagaimanapun, daya tariknya melebihi kejayaan di atas pentas peragaan. Menurut Nisbah Emas, simetri dan proporsi wajah Bella hampir sempurna.
Golden Ratio atau Nisbah Emas Bella Hadid
Dalam analisis terperinci yang dilakukan oleh pakar bedah kosmetik, Dr. Julian De Silva, wajah Bella mencatatkan skor luar biasa sebanyak 94.35% ketepatan kepada Nisbah Emas. Ciri-ciri paling menonjol beliau termasuk:
Mata: Jarak dan bentuk yang sempurna, menarik perhatian ke pusat wajahnya.
Hidung: Struktur halus dan simetri yang melengkapkan proporsinya secara keseluruhan.
Bibir: Penuh dan secara semula jadi terbentuk, melengkapi tulang pipi tingginya.
Dagu dan Garis Rahang: Garis rahang yang tajam tetapi feminin yang seimbang dengan wajahnya.
Wajah Bella bukan sahaja bukti kepada genetik, tetapi juga contoh bagaimana simetri dan proporsi diiktiraf secara universal sebagai cantik.
Walaupun dalam dunia dengan pelbagai standard kecantikan, ciri-cirinya bergema di pelbagai budaya dan latar belakang, menjadikannya ikon global sejati.
Impak Budaya Bella
Walaupun sains menobatkan Bella Hadid sebagai wanita paling cantik, pengaruhnya melangkaui penampilan fizikalnya.
Dilahirkan sebagai Isabella Khairiah Hadid, beliau berasal dari latar belakang pelbagai budaya – bapanya adalah rakyat Palestin, manakala ibunya berketurunan Belanda.
Gabungan budaya ini bukan sahaja membentuk kecantikannya yang unik tetapi juga menjadi jambatan antara komuniti yang berbeza di seluruh dunia.
Bella lebih daripada sekadar wajah cantik. Beliau adalah suara untuk keadilan sosial, menggunakan platformnya untuk memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan hatinya.
Beliau lantang mengenai warisan Palestinnya, sering bersuara mengenai isu kesaksamaan dan hak asasi manusia. Aktivisme beliau menambah dimensi kepada personaliti awamnya, membuktikan bahawa kecantikan boleh menjadi berkuasa apabila digabungkan dengan tujuan.
Muse Fesyen Generasi Ini
Pengaruh Bella Hadid dalam industri fesyen tidak dapat dinafikan. Beliau telah berjalan untuk setiap pereka terkenal, menghiasi kulit majalah yang tidak terhitung jumlahnya, dan mentakrifkan semula standard kecantikan moden.
Kemampuannya untuk beralih dengan mudah dari fesyen tinggi ke gaya jalanan menjadikannya inspirasi untuk pereka dan peminat. Beliau juga seorang pencetus trend, sering dilihat bereksperimen dengan gaya rambut berani, solekan, dan pilihan fesyen avant-garde.
Foto: SPOTLIGHT
Nisbah Emas adalah panduan, bukan buku peraturan, dan setiap individu membawa daya tarikan unik mereka ke dunia. Memahkotakan Bella Hadid sebagai wanita paling cantik 2024 adalah peringatan bahawa sains dan kemanusiaan boleh bersatu untuk mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah lebam pada bawah mata atau lebih popular dikenali sebagai eyebag sering mendatangkan kegusaran terutamanya kepada golongan perempuan. Dengan penampilan mata seakan ‘bengkak’ sudah tentu menjadikan wajah tampak lebih kusam.
Eyebag sering berlaku kerana tidak cukup tidur dan rehat. Namun masalah ini boleh dikurangkan dengan melakukan beberapa cara, termasuklah secara alami atau menggunakan produk penjagaan wajah.
Biasanya, ramai yang menggunakan petua secara alami seperti meletakkan timun atau uncang the pada bahagian mata, namun kali ini kami nak kongsikan cara hilangkan eyebag menggunakan vaseline.
Mesti ramai yang tidak tahu bahawa jeli petroleum juga boleh mengurangkan masalah eyebag kan? Petua ini pernah dikongsi oleh dieyaamolek dan jom kita lihat bagaimana dia melakukannya.
Selalunya, trend berhijab hangat diperkatakan di kalangan social influencer dan selebriti daripada negara majoriti beragama Islam.
Di Malaysia sendiri, kita mempunyai ramai gadis influencer yang menggayakan hijab pelbagai warna, bentuk dan gaya.
Antaranya termasuklah Nabila Razali dengan gaya hijab kemas, Yuna dengan gaya selendang dengan aksesori topi beanie, Neelofa yang baru berniqab serta Hanis Zalikha dengan gaya hijab on point walaupun bersahaja.
Bagaimana pula apabila selebriti Hollywood pula yang berhijab?
Mereka menyarung hijab bukanlah kerana tuntutan agama, tetapi sekadar ingin menghormati agama dan budaya di negara majoriti Islam yang mereka kunjungi.
Contohnya seperti penyanyi Camila Cabello yang memuat naik 2 foto dirinya berhijab semasa berkunjung ke Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi. Serious sister nampak cantik!
Camila berada di sana semasa siri festival muzik RedFest DXB 2019 tetapi penyanyi berusia 24 tahun ini sempat melawat masjid tersebut.
“Saya merasa lebih rendah diri apabila melawat ke negara orang dan melihat budaya mereka. Ia menyedarkan saya bahawa kita tidaklah jauh berbeza. Seorang kanak-kanak perempuan membantu saya memakai hijab. Kami tidak bertutur bahasa yang sama tetapi dia membantu saya sambil tersenyum.
“She felt like a close friend..”
Sebelum ini, ada beberapa lagi orang selebriti yang menyarung hijab. Antaranya ialah..
Lady Gaga
Lady Gaga sedang melawat kejiranan Nisantasi di Istanbul, Turki ketika rangka lawatan konsert di Turki untuk artRave: The ARTPOP Ball Tour.
Kate Middleton
Masih ingat lawatan Putera Williams dan Kate Middleton ke Kuala Lumpur pada tahun 2012? Semasa melawat Masjid As Syaqerien di KLCC, mereka berdua mengenakan pakaian sopan.
Kate turut mengenakan hijab yang kelihatan seakan sama dengan pakaian serta hijab yang disarung oleh Princess Diana dulu.
Kendal Jenner & Gigi Hadid
Kendall, Gigi dan beberapa model lain menangkap gambar selfie semasa melawat Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi. Mereka mengenakan abaya dan tudung polos.
Kendall juga mengenakan ikatan skaf singkat untuk digayakan dengan sut lengkap daripada Versace.
Dua Lipa
Turut mengambil kesempatan untuk melawat masjid yang sama ialah penyanyi British, Dua Lipa.
Rihanna
Turut tak ketinggalan ialah Rihanna, juga di masjid yang sama!
Angelina Jolie
Melalui tugas beliau selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie selalu melawat negara Islam yang memerlukan perhatian dunia.
Antaranya termasuklah di Pakistan, Iran dan Arganifstan. Di sinilah lokasi beliau menyarung hijab.
*
Cantik bukan!
Bagi remaja berhijab di luar sana, kami ingin mengucapkan Happy World Hijab Day kepada kalian semua. Semoga sentiasa istikhomah dan yakin dengan imej sebagai perempuan berhijab.