Perkongsian menerusi laman Facebook Persatuan Sokongan Transplan Buah Pinggang Malaysia ini sangat menyentuh hati. Seorang jejaka dikenali dengan nama Shahrul Ezwan berkongsi pengalamannya tatkala mendermakan sebelah buah pinggang untuk ayahnya.

Mengimbau kembali kisah yang terpahat pada 14 Mac 2019 itu, Shahrul mengimbau kenangan dan juga berkongsi berita terkini kondisi diri dan juga ayahnya setelah tiga tahun pembedahan berlalu.

Shahrul Ezwan Derma Sebelah Buah Pinggang Buat Ayah Tersayang. Kini Pulih Seperti Sedia Kala

“Ayah menghidap sakit buah pinggang kronik tahap 5 (end stage renal failure). Ini bermaksud buah pinggang ayah telah gagal berfungsi sepenuhnya. Setelah melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya pada 14 Mac 2019 saya telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang sebagai living related renal transplantdonor untuk Ayah,” kongsinya membuka cerita.

Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat. Pengorbanan seorang bapa membesarkan kita sejak kecil tidak terbalas. Segala jerit dan perih menjadi saksi dalam mendidik anak sebagai insan yang berjaya.

Shahrul Ezwan Derma Sebelah Buah Pinggang Buat Ayah Tersayang. Kini Pulih Seperti Sedia Kala

IKLAN

Ungkapan ini sesuai digambarkan tentang kasih anak beranak ini.

Shahrul Ezwan mencurah rasa, “Hadiah yang paling bermakna dan berharga saya berikan untuk Ayah.  Ayah yang tidak pernah mengenal erti penat membesarkan kami. Terima kasih Ayah! Terima kasih membesar dan mendidik kami semua. Semoga dengan pengorbanan ini memberi makna erti kehidupan dan sinar baru untuk ayah.”

Shahrul Ezwan Derma Sebelah Buah Pinggang Buat Ayah Tersayang. Kini Pulih Seperti Sedia Kala

Kini tahap kesihatan Shahrul dan ayahnya sudah pun sihat seperti sediakala dan kehidupan mereka berjalan lancar. “Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Sekarang ayah dah sihat kembali seperti biasa. Dah boleh buat aktiviti harian seperti biasa. Tidak perlu lagi dialysis.”

IKLAN

Dalam hantaran yang dimuat naik itu juga, jejaka ini berkongsi rasa terima kasih kepada isteri dan keluarga yang sangat memahami dan membantu proses pemulihan selepas pembedahan selesai.  Dia juga berterima kasih kepada kakitanganJabatan Nephrologi dan Jabatan Urologi, Hospital Selayang, Jabatan Nephrologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang dan Jabatan Perubatan Am, Hospital Shah Alam.

KESEDARAN DERMA ORGAN

Kisah yang dikongsikan oleh Shahrul ini sangat menyentuh hati dan berani kerana sanggup melalui prosedur berat demi memastikan ayah tersayang mendapat kualiti hidup yang baik.

IKLAN

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, anda boleh mendaftar sebagai penderma organ khususnya untuk membantu mereka yang memerlukan. Pendermaan ini boleh dilakukan ketika anda masih hidup atau meninggal dunia. Lawati laman sesawang www.dermaorgan.gov.my untuk memahami proses menjadi seorang penderma organ.

Jika anda seorang Muslim, jangan khuatir. Islam sangat menggalakkan pendermaan organ. Ini disahkan menerusi fatwa yang dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengesahkan bawa pendermaan organ diharuskan dan digalakkan menurut ajaran Islam.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber dan kredit foto: Facebook Shahrul Azwan & Facebook Persatuan Sokongan Transplan Buah Pinggang Malaysia

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI