Niat di hati memanglah berkobar untuk menonton perlawanan kejohanan Euro 2020 sepanjang bulan Jun dan Julai kelak.
Disebabkan itulah, semakin ramai pelanggan yang baru-baru ini mendapatkan Pek Sukan daripada Astro.
Namun dengan situasi pandemik semasa melibatkan virus Covid-19, pelanggan terpaksa menerima keputusan pihak penganjur yang telah menunda acara UEFA Euro 2020 ke Tarikh baru, 11 Jun hingga 11 Julai 2021.
Ads
Bummer..
Bagi pihak saluran sukan Astro, mereka faham ramai pelanggan yang kecewa dengan keputusan tersebut. Apa nak buat, kebanyakan acara sukan di peringkat antarabangsa telahpun ditunda.
Oleh itu, mereka telah mengumumkan bahawa pelanggan setia Pek Sukan Astro masih akan menikmati akses untuk menonton UEFA Euro 2021 pada tahun hadapan.
Bukan itu saja, sebagai komplimentari kepada pelanggan Pek Sukan, Astro kini memberi akses untuk menonton SEMUA saluran Astro mulai hari ini hingga 30 April 2020.
Ads
Ini adalah untuk pelanggan residensi saja. Korang yang membeli filem atau acara Pay Per View pula terkecuali.
*
Ads
Enjoy your matches guys sementara dikuarantin di rumah sekarang!
Jika korang merupakan movie junkies pula, ini adalah berita baik daripada Astro.
Setiap kali tibanya musim perayaan dan cuti akhir tahun, kita pastinya akan ‘dimanjakan’ dengan seleksi menu baru untuk dicuba untuk tempoh masa terhad.
Walaupun tahun 2020 sedikit mengecewakan, namun itu tidak bermakna akhir tahun kita akan berakhir penuh hambar.
Ini dia 3 restoran dan kedai serbaneka yang ada menawarkan sesuatu yang istimewa untuk korang cuba. Check it out!
01
Costa Coffee
Sejak tahun 2016, peminat mimuman kopi daripada Costa semakin bertambah kerana mereka merasakan citarasa kopi Costa ‘kena’ dengan lidah mereka.
Terbaru, mereka memperkenalkan minuman Caramel Hazelnut Hot Chocolate dan Caramel Hazelnut Latte bagi korang yang menggemari perisa kekacang dalam minuman.
Jika korang tidak boleh mengambil kekacang, cubalah Gingerbread Latte yang dihidangkan panas ataupun sejuk.
Tambah menarik apabila semua minuman yang disediakan di mesin Costa Express pada bulan ini disediakan dalam cawan hiasan Krismas untuk menceriakan mood pembeli.
.
.
02
Coffee Bean
Seperti kebiasaan, The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) tidak akan membiarkan musim percutian ini hambar tanpa menu istimewa. Menariknya pada tahun ini, Coffee Bean mengambil inspirasi dunia fantasi Alice in Wonderland yang bukan saja cantik untuk dipandang malah sedap dimakan.
Sebagai contoh adalah kek Winter Wonderland (RM250.00 untuk 3kg) dengan biskut halia dan hiasan aising pada fudge coklat yang lazat.
Winter Wonderland
Paling penulis gemari ialah kek Hatter’s Winter Log (RM13.95 sekeping, RM139.90 untuk seluruh kek) dengan mousse dan ganache coklat yang enak serta kek Cheshire’s Cherry Bundt (RM8.90 sekeping, RM52.00 untuk seluruh kek) yang berinti ceri, lemon dan krim mentega.
Untuk melegakan tekak, kami cadangkan untuk korang cuba minuman Chocolate Cookie Ice Blended (RM16.50 saiz kecil, RM18 saiz biasa), minuman Pure Chocolate Cookie Ice Blended (RM16.60 saiz kecil, RM18 saiz biasa) atau Chocolate Cookie Latte panas/ais (RM16 saiz kecil, RM17.50 saiz biasa).
.
.
03
7-Eleven
Okay, mungkin menu terbaru dari 7-E ini bukanlah menu istimewa untuk perayaan Krismas. Namun, itu tidak bermakna ia tidak sedap untuk korang nikmati.
Mereka menyediakan perisa Aiskleem terbaru yang diinspirasikan daripada pisang. Dikenali sebagai Ok-nana, aiskrim edisi terhad ini dijual hanya pada harga RM1.90 per kon dan RM3.60 untuk saiz cawan. Korang juga boleh menambah hiasan atasnya dengan biskut cip coklat!’
Selain itu, 7-E turut mengambil kesempatan memperkenalkan perisa baru Slurpee iaitu Blueberry. Sekiranya korang merupakan ahli My7E App, korang boleh mendapatkan secawan Slurpee secara percuma selepas korang membeli 6 cawan Slurpee.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kellie’s Castle adalah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak. Dibina pada tahun 1905, kini istana ini merupakan antara salah satu tarikan pelancong yang terdapat di negeri Perak.
Sinonim dengan kisah-kisah ‘seram’ yang berlaku di istana tersebut, sepanjang Oktober ini Kellie’s Castle telah pun menganjurkan Kellie’s Night Tour V.3 pada setiap Jumaat dan Sabtu. Khabarnya, pengunjung juga diberi free night guided tour bagi sepanjang kunjungan mereka ke sana.
Fuh, ada berani? Hiks!
Antara tarikh yang dipilih untuk acara Kellie’s Night Tour V.3 ini adalah seperti berikut:
Ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka semasa melawat Kellie’s Castle. Kata mereka, istana ini kalau dilawati pada waktu siang pun memang seram. Betul ke?
Uish kalau dah macam ni kisahnya, korang berani ke tak nak ke Kellie’s Night Tour ni? Hiks!
Situasi pandemik sepanjang tahun 2020 telah memaksa peminat muzik di seluruh dunia untuk akur dengan ketiadaan konsert daripada artis kegemaran mereka.
Oleh sebab itu, semakin ramai penggiat seni yang mencari alternatif untuk mendekatkan diri dengan peminat dengan cara melakukan konsert virtual berbayar secara atas talian.
Walaupun dilihat sebagai persembahan ‘online’ saja, namun korang akan terkejut apabila mengetahui ramai yang sanggup berbelanjaan membeli tiket akses demi melayan artis kegemaran masing-masing.
Namun baru-baru ini , dipetik dari Korea Herald, SM Entertainment bakal mengadakan konsert global yang akan diadakan pada 1 Januari 2021, 1 Petang (KST) dalam talian secara percuma sempena Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi. Wah!!!
Lagi menarik, Konsert ‘SMTOWN Live” ini akan live-streamed pada jumaat ini pada pelbagai platform media sosial termasuklah Youtube, Twitter, Facebook, TikTok, Japan KNTV, dan Beyond Live.
Last but not least, kalau korang nak tahu turut membuat persembahan di konsert ini secara percuma ialah artis terkenal SM Entertainment seperti Aespa, TVXQ, Super Junior, Taeyeon Girls’ Generation, Taemin SHINee, Baekhyun dan Kai EXO, Red Velvet, NCT dan ramai lagi. Are you ready?
Untuk info, mengunakan tema “Culture Humanity”, SM berkata persembahan istimewa ini direka untuk untuk menghiburkan dan membawa harapan baru kepada semua orang di seluruh dunia yang mengalami kesukaran dengan pandemik COVID-19 pada Tahun Baru.
Konsert yang dikenali sebagai SMTOWN LIVE “Culture Humanity” ini boleh ditonton di SINI.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.