Seperti yang kita sedia maklum, Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang berjaya dalam mengekang penularan kes Covid-19. Lebih dari setahun negara tersebut tidak mencatatkan sebarang kes positif, aktiviti harian kerajaan, perniagaan serta aktiviti rakyat berjalan normal seperti sebelumnya.
Namun begitu, kelmarin Kementerian Kesihatan Brunei telah melaporkan terdapat lapan kes baharu Covid-19 di negara itu setelah lebih 457 hari bebas virus tersebut. Tujuh kes merupakan kes tempatan dan satu kes merupakan kes import. Dengan penambahan kes ini, Brunei setakat ini mencatat hanya 347 kes sepanjang pandemik tersebut melanda dunia.
“Lima kes terbaru ini iaitu kes 340 hingga kes 344 didapati memiliki kaitan dengan pusat pemantauan di negara ini. Lima kes ini tidak memiliki sejarah perjalanan ke luar negara dalam masa beberapa bulan sebelumnya. Kluster ini dipercayai terdedah salah seorang kes import yang tiba di Brunei Darussalam,” lapor Menteri Kesihatan Brunei, Dr Isham Jaafar.
Ads
Difahamkan lima individu dari tujuh kes tempatantersebut telah menerima sekurang-kurangnya satu dos Covid-19, manakala dua lagi belum menerima suntikan. Mereka berusia di antara 24 sehingga 54 tahun.
Manakala untuk kes ke lapan iaitu kes import melibatkan lelaki berusia 37 tahun yang tiba di negara itu pada 30 Julai 2021 dari Timur Tengah melalui Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei B1847 telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
Ads
P/S – Pesanan untuk pembaca, sudah lengkap vaksinasi tidak bermakna anda tidak akan dijangkiti. Tujuan vaksinasi adalah untuk mengurangkan kesan yang bakal diterima sekiranya anda dijangkiti sekaligus membantu menyelamatkan nyawa anda.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain itu, TasteAtlas juga memaklumkan bahawa kuih karipap bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan sering dilihat di negara lain terutamanya di negara jiran iaitu Singapura dan Thailand.
TasteAtlas juga menyenaraikan beberapa lokasi ikonik yang menjual kuih karipap, antaranya di Rolina Traditional Hainanese Curry Puff, Singapura, HOMI Chicken Curry Puff, Petaling Jaya, Selangor, Adam’s Famous Chicken Curry Puff, Georgetown, Pulau Pinang dan Kampong Kravers, Kuala Lumpur.
Senarai ini juga menunjukkan bahawa karipap lebih mendapat sambutan berbanding menu Croissant dari Perancis yang menduduki tangga kelapan dan pencuci mulut Kunafa dari Mesir yang berada pada kedudukan ke-10.
Hidangan kuih ini disifatkan sebagai menu yang popular ketika sarapan pagi atau snek tengah hari dengan inti yang pelbagai, seperti kentang, ayam, daging, ikan sardin dan sebagainya.
SUMBER FOTO: Tasteatlas & Google.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun ketika terjunannya memperolehi skor lebih 90 mata, Hongchan langsung menunjukkan senyuman hinggalah dia disahkan sebagai pemenang pingat emas!
Remaja Malaysia berusia 14 tahun selalunya masih sibuk bermain gajet. Paling tidak pun sibuk mengulang kaji pelajaran untuk mengambil peperiksaan PT3 pada tahun depan.
Namun untuk penerjun cilik dari China yang dikenali sebagai Quan Hongchan ini, rutin hariannya selama beberapa tahun kebelakangan ini adalah berlatih dan berlatih hingga dai bergelar salah seorang atlet termuda yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Foto Kredit : www.eurosport.com
Rata-rata rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung acara akhir terjun 10m platform individu wanita sebentar tadi tentunya menyokong atlet negara, Pandelela Rinong.
Namun, tumpuan kita semua juga terarah kepada Hongchan yang telah memberikan persembahan terbaik mengalahkan kesebelas penerjun lain yang lebih berusia dan berpengalaman daripada untuk mencatatkan kutipan keseluruhan 466.20 mata, 40.80 mata di hadapan penerjun senegara Chen Yuxi yang memenangi pingat perak.
Walaupun pada pusinga kedua, Hongchan tewas kepada Yuxi dari segi skor terjunan dan sekadar menduduki tempat kedua, Hongchan bangkit semula dan kekal fokus tanpa menunjukkan senyuman setiap kali dia mencatatkan skor yang tinggi.
Ini menunjukkan betapa kuatnya mentalitinya sempaikan sukar untuk kita percaya bahawa dia baru berusia 14 tahun.
Mungkin keperitan masa kecil Hongchan yang telah berjaya membentuk semangatnya yang kuat.
Foto Kredit : inf.news,
Quan Hongchan dilahirkan pada tahun 2007 di Maihe Village, Guangdong. Ibu bapanya bergelar petani dan ibunya yang mempunyai masalah kesihatan perlu dirawat pada setiap tahun. Persekitaran keluarganya yang serba susah inilah menjadi sumber kekuatan Hongchan.
Hongchan mula menyertai kejohanan terjun pada 2014 seawal usia tujuh tahun. Ketika itu, dia mewakili daerah Guangdong dan dilatih dengan bersungguh-sungguh. Dalam tempoh tujuh tahun saja, dia menunjukkan prestasi yang semakin mantap sehinggakan dia memenang pingat emas di kejohanan perinkat kebangsaan pada tahun lalu.
Tidak sampai setahun selepas itu, Hongchan terpilih sebagai salah seorang atlet pasukan kebangsaan China!
Foto Kredit : inf.news,
Dalam satu laporan, Hongchan secara terus terang berkata, “Keadaan ibu memerlukan banyak wang, jadi saya rasa saya harus dapatkan wang supaya ia dapat dihantar pulang ke rumah ibu untuk mendapatkan rawatan.”
Semoga atlet China, Quan Hongchan terus maju jaya pada masa akan datang terutamanya apabila Sukan Olimpik seterusnya di Paris akan menyusul hanya dalam tempoh 3 tahun saja dari sekarang.
Memandangkan hari ini 13 Ogos merupakan hari kidal sedunia, so kali ni kami nak share dengan korang antara fakta dan kelebihan orang yang bertangan kiri ni. Mesti ada yang korang tak sangka kan?
Kebanyakkan individu yang bertangan kidal ini adalah dari golongan kelas elit seperti peguam, speaker motivasi, atlet dan pakar kesihatan. Dan ini dapat di lihat bahawa individu bertangan kidal lebih banyak menggunakan otak kanan. Bermaksud mereka memiliki daya pemikiran yang kreatif, analitikal serta bagus menggunakan bahasa dan berhujah!
Mudah Menonjol
Foto Kredit : POPSUGAR
Individu bertangan kidal ini di lihat mudah menonjol dalam apa jua yang di lakukan dan menjadi individu kidal bukanlah penghalang bagi mereka untuk berjaya dalam bidang yang ingin di ceburi!
Mudah Memulakan Perbualan
Foto Kredit : Pexels
Dikatakan kebanyakkan individu kidal ini adalah jenis introvert tetapi mereka sebenarnya mudah memulakan perbualan dan tidak kekok jika berbual! Cuma mungkin mereka lebih gemar suasana yang senyap dan berbual bila perlu.
Berfikiran Luar Dari Kotak Pemikiran
Foto Kredit : Pexels
Mereka juga boleh di kategorikan sebagai pemikir yang bagus. Segala idea atau buah fikiran yang datang dari individu bertangan kidal cukup unik dan di luar kotak pemikiran individu biasa yang lain.
Genetik Keluarga Bertangan Kidal
Menurut kajian, individu yang bertangan kidal ini juga di lihat mempunyai kaitan dengan genetik dari salah silah sejarah ahli keluarga. Jika anda siasat salah silah keturunan, anda akan mendapati ahli keluarga anda juga merupakan individu kidal. Dan ini telah di buktikan menerusi kajian oleh National Library of Medicine di United Stated.
Sangat Berdaya Saing
Foto Kredit : TONY AVELAR/AFP/GETTY IMAGES ( Steve Jobs & Bill Gates juga bertangan kidal)
Individu bertangan kidal ini mempunyai semangat berdaya saing yang begitu kuat dan mendalam! Dan ini terbukti apabila kajian yang di jalankan di Nortwestern mendapati bahawa individu bertangan kidal ini memiliki semangat berdaya saing yang cukup tinggi.
Punya Kawalan Diri Yang Bagus
Foto Kredit : JUSTIN SULLIVAN/GETTY IMAGES Facebook founder dan CEO Mark Zuckerberg juga seorang kidal.
Mereka juga memiliki kawalan diri yang bagus dan ini sekaligus membentuk peribadi individu kearah yang lebih baik. Penting untuk mengawal diri dari perkara-perkara yang mampu membawa diri ke arah yang tidak bagus.
Memiliki Kelebihan Di Dalam Sukan
Foto Kredit : Rafael Nadal (AFP photo)
Individu bertangan kidal mempunyai kelebihan di dalam sukan seperti gimnastik, besbol, tenis, bola keranjang dan lompat galah. Ini kerana aktiviti-aktiviti sukan yang di senaraikan ini mampu membuatkan individu kidal berada dalam kelas mereka yang tersendiri. Malah potensi mereka di dalam bidang sukan juga akan terserlah dengan kelebihan yang dimiliki.
Untuk pengetahuan korang ramai juga dikalangan orang yang berjaya dan terkenal didunia sebenarnya seorang kidal antaranya George W.Bush, Bill Clinton, Barack Obama, Oprah,Pablo Picasso, Isaac Newton, Albert Einstein, Leonardo DaVinci dan Michelangelo.
Kalangan selebriti pula Justin Bieber, Angelina Jolie, Julia Roberts, Lady Gaga, Nicole Kidman, Sarah Jessica Parker, Brad Pitt, Tom Cruise. Selain tu, antara selebriti Malaysia yang bertangan kidal pula adalah seperti Yusry KRU, Lisa Surihani, Man Kidal dan juga Rozita Che Wan
Jelas sekali menunjukkan mereka ini mempunyai kelebihan masing-masing yang menjadikan mereka antara individu paling berjaya di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!