
Kasih sayang diantara keluarga sememangnya tidak boleh dibandingkan dengan individu lain kerana sudah tentu pertalian darah yang terjalin mengeratkan lagi hubungan sesama ibu bapa dan adik-beradik.
Sayang macam mana pun kita dengan pasangan atau kawan-kawan, perasaan itu pasti tidak sama jika nak dibandingkan dengan keluarga sendiri.
Kami terlihat sebuah video perkongsian di laman Facebook oleh Ed Bassmaster tentang pertemuan seorang ayah dengan anak-anaknya selepas 3 tahun tidak berjumpa. Si ayah menyamar menjadi pelayan restoran yang sedang menghidangkan makanan kepada anak-anaknya sambil menutup sebahagian daripada wajahnya.

Korang akan sebak bila melihat reaksi anak-anaknya setelah mereka mengetahui bahawa pelayan tersebut adalah ayah mereka.

Difahamkan, keluarga ini berasal dari Filipina dan merupakan anak-anak kepada OFW (Overseas Filipino Worker). Bagi masyarakat mereka, OFW juga digelar "Mga Bagong Bayani ng Pilipinas" iaitu bermaksud The New Heroes of the Philippines.

Video ini mendapat lebih daripada 6 juta tontonan dan menerima ribuan komen daripada masyarakat seluruh dunia.
Sebak melihat aksi anak-beranak ini, ramai juga turut meninggalkan komen dan berkongsi perasaan sedih, serta ada juga yang berkongsi kisah mereka yang seakan sama dengan situasi keluarga ini.





Video ini juga mengingatkan kita semua untuk menghargai dan menyayangi insan tersayang sebelum terlambat.

Hm, kenapa tiba-tiba mata masuk habuk ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Usap Muka Arwah Lama-Lama”, Bapa Mangsa Kemalangan Tol Batu 3 Sebak Pegang Jenazah Anak

“Bapanya buka ikatan yang membalut jenazah Ain. Usap lama-lama di mukanya sebelum menangis dalam tempoh agak lama. Setiap orang yang datang menziarahi dan menyalaminya, bapanya akan kembali menangis. Memang sedih lihat keadaannya. Maklumlah, arwah anak sulung dari tiga beradik. Kami sebagai kawan juga berasa sebak menyaksikannya,” kongsi Nurul Fatini binti Omar yang juga rakan kepada allahyarham Norsya’Baniah Norhisham, 20 yang meninggal dalam kejadian pagi semalam di Tol Batu 3, Shah Alam.
Jelas pelajar Universiti Putra Malaysia ini, dia bersama dua lagi rakannya selain guru yang pernah mengajar arwah ada datang menziarahi jenazah buat kali terakhir di rumah neneknya di Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum pelajar Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz, ShahAlam ini dikebumikan malam semalam.
“Kami memanggil arwah dengan nama Aien Kechik. Kami dulu satu sekolah di SMK Sheikh Haji Ahmad Said, Seremban,” katanya memaklumkan seorang lagi kenalannya, Azeatul Syarina adalah kawan yang paling rapat dengan arwah.
“Kali terakhir mereka bermesej petang sebelum arwah balik ke Kuala Lumpur. Azie ada bergurau dengan arwah Ain minta hadiah hari jadinya yang jatuh bulan Februari akan datang tetapi arwah memaklumkan dia tak ada duit. Itulah mesej akhir mereka,” katanya ketika dihubungi.

Bapa sangkakan panggilan telefon prank semata-mata
Tol Batu 3 Shah Alam yang ditutup awal tahun ini mencatatkan tragedi pertama apabila dua remaja maut dalam satu kemalangan yang berlaku awal pagi semalam.
Dua remaja berkenaan, Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21 dari Batu 20, Kampung Padang Sungai Congkak, Hulu Langat dan Norsya’Baniah Norhisham, 20 dari Taman Pinggiran Pedas, Pedas Negeri Sembilan ditemui meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlanggar tembok plaza tol berkenaan dalam kejadian awal 6.30 pagi.

Pemandu kereta kancil, Muhammad Azri Dahlan Jamit, 23 yang merupakan abang kepada allahyarham Azki berada dalam keadaan kritikal dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tembok berkenaan. Kereta kancil ini datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke arah Klang.

Dalam pada itu, laporan akhbar semalam menyebut, bapa kepada arwah Ain, Norhisyam Jailani, 47 tahun telah menerima satu panggilan telefon bersuara tenang sekitar tengahari hari kejadian namun menyangka panggilan itu adalah sebuah prank untuknya.
“Namun segalanya berubah apabila anggota polis berkenaan memaklumkan anak perempuan sulungnya itu telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tersebut. Malah beliau sekeluarga telah bergegas menuju ke Hospital Shah Alam dan berharap berita yang disampaikan tadi tidak benar.
“Jantung saya seperti hendak luruh bila menyaksikan jenazah anak terbaring kaku. Terlalu sedih untuk diperkatakan,” katanya.
Dalam pada itu, ibu arwah Sohaini Mat Sarim 45 berkata, anaknya itu ada balik bercuti ke rumah untuk cuti hujung minggu. Sabtu itu mereka sekeluarga ada mandi mandi di Air Terjun Jeram Toi di Jelebu kerana sudah lama tidak bercuti bersama.
“Arwah demam dan tak selera makan. Pemergian ini benar-benar sangat mengejutkan,’ katanya yang berkongsi tatkala ditanya oleh orang yang menziarahi.


Difahamkan, allahyarham dalam perjalanan ke kuliahnya sebelah pagi sebelum kejadian menimpa. Malah petang sebelumnya, alllahyarham Ain sempat dihantar ke Stesen Komuter Seremban oleh bapanya dan tiba di Kuala Lumpur sebelah malam.
Alfatihah untuk arwah Norsya’Baniah Norhisham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarganya sabar menerima ujian dan dugaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenapa Khemah Ini Dipanggil “PONDOK PANAS”, Ia Hanya Wujud Ketika Musim Pilihanraya Sahaja & Apa Fungsinya?

Sekarang ini majoriti rakyat terkena “demam” pilihanraya. Tinggal 7 hari lagi sebelum rakyat keluar mengundi memilih calon yang disukai mereka. Sama ada Barisan Nasional, Pakatan Harapan atau PAS, undi adalah rahsia.
Rata-rata kawasan perumahan, bandar, ceruk kampung dipasang dengan poster parti masing-masing. Terasa meriah sangatkan. Pemandangan begini hanya wujud ketika musim pilihanraya sahaja. Bahkan kalau orang nak bercakap soal politik, inilah masanya kerana selepas itu, kehangatannya sudah tidak terasa.
Paling berdebar menanti sekarang ialah calon-calon yang bertanding sama ada baik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, debarnya mengalahkan orang nak jabat tangan tok kadi masa nikah!
Di sebalik tak sabar menanti hari mengundi, tentu korang perasankan yang sudah banyak khemah-khemah di dirikan di tepi-tepi jalan. Paling banyak adalah di tepi sekolah! Betul tak?
Kalau tak dekat dengan sekolah pun, lokasi khemahnya agak strategik iaitu yang boleh dilihat oleh orang ramai.



Kalau korang nak tahu khemah ini dipanggil “Pondok Panas”?. Kenapa agaknya ya dipanggil Pondok Panas? Apa fungsinya? Kenapa khemah ini wujud ketika pilihanraya sahaja?
Menurut Encik Nordin yang terlibat dalam pemasangan pondok panas dan poster di Parlimen Lembah Pantai yang menampilkan calon Fahmi Fadzil mewakili Pakatan Harapan, Fauzi Abu Bakar mewakili PAS dan Dato Raja Nong Chik Raja Zainol Abidin Fadzil mewakili Barisan Nasional katanya pondok panas adalah tempat berkumpulnya ahli-ahli parti pilihan masing-masing.
“Biasanya boleh dikatakan setiap malam, ahli-ahli parti duduk di sini. Sama ada makan-makan, minum, berbual dan sebagainya, pondok panas ini merupakan “gelanggang” awal untuk penyokong parti mengetahui berita terkini mengenai calon mereka, calon lawan dan sebagainya.
“Masa yang sama juga biasanya kita akan adakan ceramah berkelompok dan juga ceramah awam. Kalau ceramah kelompok, ia kecil-kecilan tetapi kalau awam, kedatangan orang lebih ramai,” katanya memaklumkan, antara fungsi lain pondok panas ialah membantu pengundi yang masih terkeliru untuk mengundi di sekolah mana yang mana semakan boleh di buat di sini dengan hanya bawa kad pengenalan masing-masing di setiap pondok panas ini,” katanya ketika dihubungi.




Tambahnya lagi, bagi orang muda yang ingin penjelasan lebih lanjut tentang pilihan parti masing-masing, boleh menuju ke pondok panas ini kerana ia terbuka kepada semua.
Terakhir dan paling utama, kenapa pondok panas ini disebut sebegitu adalah kerana di pondok inilah penyokong-penyokong parti masing-masing akan cuba merayu kepada orang ramai untuk memilih calon mereka di hari mengundi kelak. Sebab itulah ia dinamakan pondok panas kerana peraih-peraih undi ini akan sedaya upaya “memujuk” pengundi dengan pelbagai gelagat tersendiri.
“Biasanya pada hari mengundi peraih undi dilarang berada dekat dengan kawasan mengundi. Jadi di pondok panas inilah mereka akan cuba meraih undi sebanyak mungkin agar calon pilihan mereka memenangi pilihanraya tersebut. Adakala wujud provokasi-provokasi dari parti lawan kerana masing-masing ada pandangan tersendiri mengenai politik. Sebab itulah khemah ini disebut sebagai pondok panas,” katanya lagi.
Apa yang pasti, pondok panas ini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja tau!.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Doktor & Staff KK Seri Kembangan Diarah Kuarantin, Gara-Gara Pesakit Sembunyi Dijangkiti Covid-19

Golongan selfish! Gara-gara pentingkan diri sendiri, akhirnya semua pihak dijangkiti. Perkongsian seorang individu atas nama Faisal Firdaus di fbnya yang kesal dengan sikap seorang individu yang sudah dijangkiti namun menyembunyikannya dengan menyusup masuk ke klinik tanpa memakai penutup mulut akhirnya menjadi mimpi ngeri buat kakitangan Klinik Kesihatan Seri Kembangan apabila barisan hadapan ini perlu jalani kuarantin dua minggu di rumah.
Bacalah perkongsiannya. Nasihat buat semua, jangan sampai apa kita lakukan beri kesan kepada individu lain. Harap kita lebih prihatin isu kesihatan ini ya kerana wabak ini semakin menular tanpa kita sedar.
Baca perkongsian seperti dicatatnya.
MIMPI NGERI JADI KENYATAAN..!
Akhirnya..Lebih 10 staff Klinik Kesihatan Seri Kembangan diarahkan kuarantin..!
Mereka adalah Doktor,PPP,Jururawat Pemandu dan PPK.



Seperti penulisan saya yang lepas.Golongan SELFISH ini lah puncanya.
Jumaat lalu,Pesakit yang TAHU telah dijangkiti.Tp merahsiakan fakta ketika ditanya.Menyusup ke klinik tanpa MASK.
Batuk,bersin menyentuh peralatan klinik.
Sudahnya kami diumumkan agar di kuarantin selama 2 minggu di rumah.
Klinik Komuniti terpaksa ditutup bagi menampung beban tugas di Klinik Kesihatan.Semua aktiviti di Klinik Komuniti tertangguh.PPP,Nurse dan PPK di Klinik Komuniti terpaksa bekerja lebih masa menanggung beban yang terpaksa kami tinggalkan.
Hanya kerana seorang dari pesakit yang SELFISH! Kami amat dukacita mengenangkan sikap begini.Sepatutnya kami merawat anda.Tetapi arahan agar kami dikuarantin mnyebabkan perjalanan tugasan Klinik Kesihatan dan Klinik Komuniti terganggu.
Kami mohon maaf sekiranya wujud kelewatan ketika menunggu.Doakan Kesihatan staff KKM yang di kuarantin agar kami dapat kembali ke lapangan meneruskan saringan dan menjaga kesihatan anda.
Terima kasih PPP,Nurses dan PPK yang menggalas dan menggantikan tugas kami.
Terima Kasih
KKOM Seri Serdang
KKOM Kayu Ara
KKOM Kelana Jaya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

