Siapa yang tidak kenal dengan drama kepolisan Malaysia popular, Gerak Khas. Setelah lebih 21 tahun bersiaran akhirnya drama paling lama bersiaran dalam sejarah penyiaran negara itu melabuhkan tirainya malam tadi dengan musim terakhir bersiaran di saluran televisyen swasta, TV3.
Mula bersiaran pada 5 April 1999, drama ini merupakan antara drama yang memiliki rating tertinggi dan menjadi tontonan hiburan seisi keluarga setiap hujung minggu. Buktinya, lagu tema drama ini cukup melekat di hati sehinggakan kebanyakan dari kita boleh melantunkan melodinya dengan baik.
Kelmarin, 27 Mac 2021, drama ini telahpun melabuhkan tirainya. Dari satu drama ia berkembang menjadi rangkaian filem yang berjaya. Siapa boleh lupa dengan filem Gerak Khas The Movie dan juga filem Castello yang diinspirasikan dari satu watak di dalam filem Gerak Khas? Tidak dinafikan kita membesar bersama rantaian drama ini dari musim ke musim.
Ads
Watak Azura seorang wartawan lakonan Puan Sri Normala dalam Gerak Khas The Movie. Ikonik!
Salah seorang pelakon yang sinonim dengan drama dan juga filem Gerak Khas, Erra Fazira berkongsi di hantaran Instagramnya, “Terima kasih kpd seluruh tenaga kerja, Skop productions, Dato’ Yusof Haslam dan rakan2 didalam GK yg bekerja keras utk menghasilkan karya yg telah mencipta sejarah dlm industri tanah air.
Ads
Terima kasih di atas seribu satu pengalaman dan kenangan. Ada rezeki, InsyaAllah kita jumpa lagi.Terima kasih kpd anda penonton GK, setelah 21 tahun kini GK melabuh tirai. Tanpa kalian, GK tidak mungkin bersiaran selama ini.”
Agak-agaknya kita akan disajikan lagi tak dengan drama-drama yang memaparkan kehidupan dan cabaran anggota beruniform? Tunggu dan lihat. Kalau di luar negara, Amerika Syarikat contohnya, memang banyak drama bersiri ditayangkan berdasarkan kerja yang mulia ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aina Abdul menjelaskan konsep persembahan tersebut menerusi akaun Instagram.
“Hati yang berdarah!
“Alhamdulillah, persembahan Aina tadi merupakan kesinambungan video muzik SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.
“Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba Aina sampaikan,” tulisnya lagi.
Diam tak diam tahun 2022 sudah pun memasuki bulan keempat dan seperti kebiasaannya, peminat kdrama pasti menantikan drama-drama terbaharu yang bakal ditayangkan. Bulan ini, terdapat 9 lagi kdrama Korea yang akan menghiburkan korang.
Let’s check this out!
Tomorrow
Menceritakan tentang kisah Joon Woong yang terlibat dalam satu kemalangan dan koma selama tiga bulan. Sepanjang tempoh koma itu, dia direkrut oleh pasukan ‘malaikat maut’ untuk menyelamatkan manusia daripada membunuh diri.
Green Mother’s Club
Mengisahkan tentang lima orang ibu yang semuanya mempunyai anak yang masih bersekolah rendah dan sering bertemu di sekitar sekolah. Masing-masing mempunyai masalah tersendiri yang tidak dapat mereka atasi. Perjumpaan bersama ibu-ibu ini menjadi mereka sering meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi.
The Killer Shopping List
Drama ini berkisarkan tentang Ahn Dae Sung, juruwang pasaraya yang mempunyai ingatan luar biasa dan menyiasat sebuah kes pembunuhan. Satu-satunya petunjuk dalam kes ini adalah resit daripada pasaraya tempat dia bekerja.
Love All Pay
Park Tae Joon merupakan seorang pemain badminton yang menganggap sukan itu sebagai satu kerjaya. Keghairahannya terhadap badminton bermula apabila dia ingin memikat seorang gadis, Park Tae Yang iaitu pemain badminton Olimpik yang meninggalkan sukan itu selama tiga tahun kerana skandal rasuah.
Mereka berdua bertemu sebagai pemain beregu campuran dalam satu pasukan badminton dan bermulalah bibit-bibit cinta antara mereka.
Again My Life
Menceritakan tentang seorang pendakwa raya , Kim Hee Won yang jujur. Ketika menyiasat sebuah kes korupsi seorang ahli politik, dia telah mati dibunuh. Tetapi Hee Won hidup kembali dan memulakan rancangan untuk membalas dendam.
My Liberation Diary
Drama JTBC ini menceritakan tentang kisah tiga adik beradik yang ingin lari daripada kehidupan di Kampung Sanpo. Keadaan mula berubah apabila munculnya En Goo, lelaki misteri yang sering mabuk tiba-tiba muncul di kampung itu.
Shooting Stars
Drama ini mengisahkan tentang seorang pegawai perhubungan awam, Oh Han Byeol yang terkenal dalam industri hiburan kerana kebolehannya. Gong Tae Sung seorang bintang yang mempunyai ramai peminat kerana imejnya yang baik dan sopan, tetapi bintang itu mempunyai sisi lain dibelakang peminatnya, iaitu seorang yang ganas.
Monstrous
Kisah misteri seram ini mengisahkan tentang Jung Ki Hoon, seorang ahli arkeologi yang gemar mencari fenomena ghaib dan pelik menjalankan kajian terhadap ‘Gwibul’ (patung Buddha yang dirasuk kuasa jahat).
Our Blues
Drama ini dibintangi oleh aktor terkenal Lee Byung Hun yang membawakan watak sebagai Lee Dong Seok. Ia menceritakan tetang seorang lelaki yang lahir di Pulau Jeju dan kini menjual barang daripada traknya. Dia kemudiannya bertemu dengan ramai orang daripada latar belakang yang berbeza dan mempunyai masalah kehidupan masing-masing.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Amboi, tak bagi ‘chance’ kepada orang lain nampak!
Jika kualiti dan kreativiti diambil secara serius dalam pembikinan sesebuah drama bersiri, inilah hasil yang akan diperolehi.
Sukar untuk mana-mana penonton setia saluran penstriman, Netflix untuk menidakkan kehebatan dan keunikan drama bersiri, The Crown terutamanya musim keempatnya. Ia tampil dengan plot dan cara penceritaan yang cukup menarik lantas membuatkan penonton sukar berhenti daripada menonton setiap episodnya secara berturut-turut!
Hari ini di acara Anugerah Emmys, AKHIRNYA drama bersiri yang mengambil plot sebenar daripada kehidupan keluarga diraja Britain sejak Ratu Elizabeth II diangkat sebagai kuasa utama bumi Inggeris itu setelah kemangkatan ayahandanya; diiktiraf.
Respect-lah!
Panel juri Academy yang menentukan para pemenang di Emmy’s jelas mengakui kehebatan impak The Crown pada hari ini apabila drama tersebut menyapu bersih KESEMUA kategori pelakon terbaik bagi kategori drama bersiri.
Ini termasuklah menerusi pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik (Josh O’Connor sebagai Putera Charles), Pelakon Wanita Terbaik(Olivia Colman sebagai Ratu Elizabeth II), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik(Tobias Menzies sebagai Putera Philip) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Gillian Anderson sebagai Margaret Thatcher).
Wow! Tapau habis nampak.
And guess what, biarpun Claire Foy tidak lagi bergelar pelakon utama siri ini pada musim keempat, penampilannya sebagai Ratu Elizabeth II ketika muda dalam babak ‘flashback’ (untuk tempoh dua minit saja dalam episod 8) sudah cukup untuk menobatkannya sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Jemputan Terbaikdalam drama bersiri.
Josh O’Connor sebagai Putera Charles. Sumber Foto : REUTERS/Mario AnzuoniGillian Anderson sebagai Margaret ThatcherOlivia Colman sebagai Ratu Elizabeth II
Dominasi The Crown tidak terhenti setakat itu saja apabila ia membawa pulang ‘hadiah terbesar’ di Emmy’s apabila dinobatkan sebagai Drama Terbaikbagi edisi Emmy Awards ke-73 ini. Ini juga merupakan kemenangan terbesar pertama Netflix dalam sejarah pencalonannya dalam acara anugerah di Hollywood.
Pada hemat REMAJA, pelbagai faktor telah membantu kemenangan besar The Crown ini. Biarpun musim pertama hingga keduanya telah meletakkan aras yang cukup tinggi buat para pelakon baharunya dalam musim keempat ini. Namun pemilihan kesemua pelakon baharu The Crown AMAT tepat bagi merealisasikan watak masing-masing. Bukan mudah ya memandangkan kebanyakan daripada watak-watak tersebut masih bernyawa.
Jalan cerita yang bermula dari era lewat 1970-an di mana permulaan bibit-bibit percintaan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana adalah antara faktor kuat yang menarik perhatian penonton ke Netflix. Ia ditambah pula dengan konflik love-hate relationship yang tercetus di antara Ratu Elizabeth II dan Perdana Menteri Britain pada waktu itu iaitu Margaret Thatcher.
Tobias Menzies sebagai Putera Philip.Olivia Colman sebagai Ratu Elizabeth II dan Josh O’Connor sebagai Putera Charles.Gillian Anderson sebagai Margaret Thatcher.
Kita juga dapat melihat sisi Putera Philip dan Puteri Margaret yang berdepan krisis sendiri walaupun sebentar (kerana musim ini lebih menfokuskan kepada empat watak lain itu). Penulis juga suka melihat bagaimana skripnya tidak ‘menganak-tirikan’ tiga lagi watak adinda Putera Charles iaitu Puteri Anna, Putera Andrew dan Putera Edward yang masing-masing mempunyai isu semasa usia muda.
*
Secara peribadinya, kemenangan paling manis ialah kemenangan Olivia Colman kerana dia meneruskan legasi pemain watak Ratu Elizabeth II sebelumnya, Claire Foy yang pernah memenangi Emmy’s menerusi The Crown pada tahun 2018.
Claire Foy tiga tahun lalu semasa menerima anugerah Emmy juga menerusi The Crown. Sumber Foto : Michael Buckner/Variety
Kemenangan besar ini juga adalah hadiah terbaik para pelakonnya kepada The Crown sementelah mereka tidak lagi akan terbabit dalam musim kelima dan keenam drama ini.
Musim kelima The Crown dijangka menemui penonton pada tahun 2022 dengan para pelakon baharu seperti Imelda Staunton (Olivia Colman), Jonathan Pryce (Putera Philip), Leslie Manville (Puteri Margaret), Dominic West (Putera Charles), Elizabeth Debicki (Puteri Diana) dan Jonny Lee Miller (Perdana Menteri John Mayor).
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid yang dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur.
Menurut makluman ahli keluarga terdekat, Allahyarham...