Temubual eksklusif berjudul “Love Story #2 – Hari-Hari Terakhir Ashraf” yang dilakukan oleh Bunga Citra Lestari (BCL) menerusi saluran YouTube-nya baru-baru ini telah menerima perhatian ramai.
Ini memandangkan penyanyi 12 Tahun Terindah itu jarang sekali mengeluarkan kenyataan berkenaan nasib keluarganya yang kehilangan Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari tahun lalu.
Bukanlah kerana BCL tidak dapat menerima takdir yang tertulis itu, baginya dia mampu untuk menerima pemergiaan suaminya biarpun ia sukar.
Cuma beberapa hari semasa kejadian berlangsung, dia masih merasakan seperti sedang bermimpi dan berharap ‘akan dikejutkan’ segera daripada tidurnya.
“Saya tidak marah dengan takdir Tuhan. Cuma saya berada dalam situasi ‘tidak tahu. Selama saya hidup, saya diajar untuk menerima apa saja situasi. Apa pun yang terjadi, acceptance ataupun penerimaan itu penting. Barulah boleh ke peringkat seterusnya (moveon).
“Saya seorang yang teratur, saya ada aturan dalam hidup saya. Ada masa untuk keluarga dan ada masa untuk kerja. Bila difikirkan kembali saya tertanya, untuk apa saya ‘berlari’ selama ini? Apa yang saya kejar?
Ads
“Kalaulah saya tahu masa saya dengan dia hanya 12 tahun, mungkin keutamaan saya juga berubah,” kongsinya menerusi temubual berdurasi 23 minit itu.
Tanggal ulang tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair ini bukan hanya dirasai oleh BCL sekeluarga dan teman rapat mereka. Malahan, para peminat mereka berdua baik dari Indonesia mahupun Malaysia masih merasai kehilangan tersebut.
Salah seorang pengguna Twitter yang dikenali menerusi akaun @ipykaa4 telah berkongsi pengalamannya semasa berada di Jakarta pada tarikh 18 Februari tahun lalu.
Ads
Menurut Syafiqah Sukor, dia berada di sana tahun lalu untuk menghadiri acara konsert Love Fest dan menyaksikan BCL melakukan persembahan di sana. Bagaimanapun, suratan lain yang telah tertulis.
“Suppose to be in Jakarta for Love Fest to see Kak Unge performs. But turned out to be a heartbreaking moment for BCL and I still remember how sad everyone was that day,” katanya sambil berkongsi video yang menampakkan barisan gubahan bunga ucapan takziah kepada keluarga BCL.
“Masa sampai (di rumah keluarga BCL), memang banyak sangat orang di luar rumah. Banyak media. Yang dalam rumah semua keluarga, kenalan rapat dan rakan artis.
Ads
“Masa itu, rasa sedih dia Tuhan saja tahu. Saya seorang saja (di sana) pada masa itu, jadi (untuk) solat Maghrib dan Isyak saya join keluarga arwah Ashraf.
“Kemudian, baca surah Yasin seorang-seorang sampai 3 kali ulang sebelum tahlil bermula,” tambahnya. Seperti peminat lain, Syafiqah turut mendoakan agar BCL dan Noah mampu melalui kehidupan baharu mereka.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Ashraf Sinclair ya.
Berikut merupakan temubual penuh bersama Bunga Cintra Lestari untuk tontonan korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara Malaysia telahpun dipaparkan dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Zutobi mengenai 20 buah negara dengan kondisi jalan raya paling terus di seluruh dunia.
Analisa ini dilakukan berdasarkan kualiti jalan raya, jumlah kematian jalan raya dan perhubungan yang disediakan.
Malangnya, Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-12 paling teruk dengan skor 3.32 per 10 dan menjadi satu-satunya negara dari rantau Asia Tenggara dalam carta Top 20 itu.
Sumber : Zutobi.com
Menurut data yang diberikan, kualiti jalan raya Malaysia telah menurun sebanyak 5 peratus dalam tempoh 5 tahun yang lepas. Lebih mengecewakan apabila Malaysia mencatatkan 22 per 100,000 kadar kematian jalan raya sekaligus menjadi yang kedua tertinggi selepas Arab Saudi.
Begitupun, markah yang diterima oleh Malaysia dari aspek kualiti jalan raya tidaklah seteruk beberapa lagi buah negara. Kita mencatatkan skor 5.3 markah iaitu yang ketiga tertinggi daripada 20 buah negara ini.
Sementara itu, Zutobi menobatkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti jalan raya terbaik dunia dengan skor 9.44 per 10.
Nampaknya sekali lagi, Malaysia tewas kepda negara jiran kita itu. Dua lagi negara dari benua Asia yang berada dalam senarai Top 10 itu ialah Jepun (4) dan Korea Selatan (8).
Untuk pengetahuan, data setiap kawasan dan kepanjangan sistem perhubungan jalan raya negara yang ada dalam carta ini telah dirujuk daripada sumber Worlddata.info dan TheGlobalEconomy.com.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, John Mayer diberikan perintah sekatan sementara oleh mahkamah terhadap satu peminat obses.
Memetik laporan E News! Peminat obses yang dikenali sebagai Ryan Jeremy Knight pada mula mengganggu penyanyi lagu Your Body Is A Wonderland itu pada Mac tahun ini dengan menghendapnya.
Namun, Knight kemudiannya mula menghantar ugutan demi ugutan terhadap John serta team media sosialnya.
Antara ugutan yang sering dibuat Knight adalah ‘saya sudah banyak memasukkan orang yahudi di dalam hospital malah dia juga sering menjadikan pembunuh seperti Ted Bundy dan Mark David Chapman yang popular kerana membunuh penyanyi, John Lennon sebagai rujukan.
Bagaimanapun, satu insiden di mana Knight dikatakan cuba bertemu dengan penyanyi lagu Gravity itu semasa dia membuat pertunjukan di North Carolina menyebabkan John mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Susulan itu, mahkamah bersetuju untuk memberikan perintah sekatan di mana Knight harus mengekalkan jarak 100meter daripada penyanyi tersebut.
Dalam pada itu, mahkamah juga memerintahkan tarikh 27 Ogos untuk pendengaran kes untuk mengenal pasti sama ada John patut diberikan perlindungan kekal daripada Knight.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang seronok baru bernikah tapi korang sedar tak perbuatan yang kita anggap untuk suka-suka ini boleh mengudang dosa dan fitnah.
Mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami, namun baru-baru ini kecoh tentang trend yang dipanggil ‘unboxing’ isteri di media sosial sehingga menjadi perdebatan dalam kalangan warganet.
Bagi korang yang tak tahu, ‘unboxing’ isteri ini dimuatnaik dalam bentuk video memaparkan pasangan pengantin baru yang masih berbusana pengantin, di mana si suami akan membuka aksesori yang dipakai isteri di hari perkahwinan mereka.
Aduiyaii…ini pun boleh jadi trend eh…
Video sedemikian mendapat kritikan daripada banyak pihak yang kurang bersetuju dengan trend baharu ini kerana dilihat kurang sesuai menjadi tatapan umum terutamanya kanak-kanak.
Foto : Sinar Harian
Oleh itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) melalui laman Facebook rasmi memuat naik ulasan pendek mengenai isu ini agar dapat memberi penjelasan kepada masyarakat.
Menurut JAIPK, perbuatan ‘unboxing’ isteri ini perlu dijauhkan kerana para suami wajib memelihara serta melindungi kehormatan dan maruah diri mahupun isteri.
”Kemesraan suami isteri adalah amalan yang baik namun tidak boleh dipertontonkan, apatah lagi jika ia melanggar batasan syarak.
”Perbuatan ‘unboxing’ isteri adalah bukan ajaran Islam kerana ia adalah permulaan kepada dosa dan mengundang fitnah,” kata JAIPK.
Jelas JAIPK, larangan terhadap perbuatan ‘unboxing’ isteri ini adalah berdasarkan kaedah sadd al-zarai’ iaitu menutup punca keburukan.
Apa pandangan korang?
Moga jadi peringatan kepada semua…Ishh tak perlu la nak ikut sangat budaya luar ni.