Rata-rata peminat drama bersiri Stranger Things tidak sabar lagi untuk menantikan musim keempatnya menemui semua orang mulai Jumaat ini. Setelah penantian tiga tahun dan ditambah pula dengan iklan teaser yang diserap dengan genre lebih ‘dark’ serta bermisteri, rasa teruja itu nyata dirasai oleh para peminatnya.
REMAJA juga pasti korang semua telah menonton klip lapan minit yang dipetik daripada episod pertama musim ini setelah ia dimuat naik oleh Netflix sendiri.

Jika penonton tidak sabar menantikan jalan ceritanya, lain pula ceritanya dalam kalangan para pelakonnya yang merasakan teruja setiap kali dapat melihat set baharu bagi musim ini,
Kongsi Gaten Matarazzo yang membawakan watak Dustin Henderson kepada REMAJA sewaktu kami berpeluang menemuramah sekumpulan pelakon Stranger Things baru-baru ini, dia sentiasa tertunggu-tunggu untuk melihat set baharu setiap kali memasuki musim terbaru Stranger Things.

“Saya suka berjalan dari satu ke bilik tidur ke satu bilik tidur di dalam set yang secara tidak langsung menggambarkan personaliti setiap watak yang ada. Apabila melihat usaha kru produksi yang mengerahkan idea, kreativiti serta masa untuk menjadikan Stranger Things 4 satu realiti dalam bentuk fizikal, itu amat mengujakan saya,” kata remaja berusia 19 tahun itu.
Sentimen sama turut dirasai Maya Hawke yang membawakan watak Robin Buckley.
“Momen menarik bagi saya juga adalah apabila dapat melihat kerja-kerja keras yang telah dilakukan bahagian seni kreatif produksi Stranger Things. Apabila tiba di set baharu, saya terus dapat merasa ‘wow’ dengan hasil kerja mereka. Kami amat bertuah kerana pengalaman berada di set seperti Stranger Things mungkin tidak lagi dapat kami rasakan selepas ini,” katanya.

REMAJA juga bertanyakan mengenai interaksi sesama pelakon di set. Adakah mereka sememangnya akrab seperti yang digambarkan pada skrin?
“Berada di set Stranger Things tidak pernah melesukan. Ada sahaja momen menarik berlaku pada setiap hari, sama ada sewaktu penggambaran atau di sebalik tabir. Jujurnya sebagai pelakon, kami tidak diberitahu keseluruhan jalan cerita musim ini sewaktu awal-awal mendapat skrip.
“Jadi, kami juga tidak sabar menantikan jalan ceritanya dari satu episod ke episod seterusnya. Kadangkala, mereka ‘pemurah’ memberikan spoiler kepada kami dan kami terus berteriak, ‘What?’. Percayalah, elemen kejutan pada musim ini akan berterusan hingga ke akhir,” kata salah seorang pelakon utamanya, Sadie Sink.

Anda mungkin berminat dengan

Adakah korang telah bersedia untuk Stranger Things musim keempat? Sama-sama kita nantikan Volum 1 yang akan ditayangkan di Netflix lusa ini merangkami tujuh buah episod. Volum 2 pula akan menemui penonton pada bulan Julai nanti bagi dua episod berbaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Terbaru, bintang K-Pop popular, Taeyong NCT sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan jelajah solo Asia pertamanya selepas secara rasmi menamatkan latihan khidmat ketenteraan pada 14 Disember lalu. Khabar ini sekaligus menandakan kemunculan semula beliau dalam industri hiburan dan membuktikan kesungguhan Taeyong untuk kembali aktif dalam industri muzik selepas 20 bulan berkhidmat sebagai tentera laut.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi daripada SM Entertainment, Taeyong atau pemilik nama sebenar Lee Taeyong (30), bakal memulakan jelajah solo Asia ‘TY TRACK – REMASTERED’ dengan dua persembahan pembukaan di Seoul pada 24 dan 25 Januari akan datang. Konsert ini juga merupakan versi terbaru kepada konsert solo sulungnya ‘TY Track’, yang telah berlangsung pada Februari 2024.

Selepas Seoul, pelantun lagu ‘Love Theory’ itu akan meneruskan jelajahnya ke beberapa bandar utama di Asia termasuk Jakarta, Yokohama, Macao dan Bangkok, sebelum singgah ke Kuala Lumpur sebagai destinasi seterusnya.
Difahamkan, konsert di Malaysia akan berlangsung di Idea Live Arena Kuala Lumpur pada 11 April 2026 dan dianjurkan oleh iMe Malaysia. Ini sekaligus menandakan kemunculan solo pertama Taeyong di negara ini sejak kali terakhir beliau menjejakkan kaki ke Malaysia bersama NCT pada tahun 2017.

Di samping itu, konsert jelajah ini juga membawa signifikan tersendiri buat Taeyong yang mula mencipta nama sebagai artis solo sejak Jun 2023. Sehingga kini, beliau telah melancarkan dua EP solo iaitu ‘Shalala’ pada 2023 dan ‘TAP’ pada 2024 yang memperlihatkan sisi artistik serta identiti muziknya secara lebih peribadi.
Untuk perkembangan terkini, Taeyong dijangka kembali menemui peminat lebih awal menerusi penampilan khas dalam sebuah program muzik terbitan SBS sempena sambutan Krismas, sekaligus menjadi penampilan pertamanya di kaca televisyen selepas tamat perkhidmatan tentera.

Bagi peminat di Malaysia khususnya NCTzen, kehadiran Taeyong pada April 2026 pastinya menjadi momen yang paling dinantikan, lebih lagi apabila ia menandakan kepulangan semula penyanyi rap tersebut selepas hampir sedekad tidak membuat persembahan di negara ini.
Sementara itu, maklumat lanjut berkaitan pelan tempat duduk dan penjualan tiket dijangka akan diumumkan oleh iMe Malaysia menerusi saluran media sosial rasmi mereka dalam masa terdekat. Dengan kembalinya Taeyong ke pentas secara penuh bertenaga, jelajah ini dijangka menjadi antara konsert K-Pop paling dinanti pada tahun hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Ya ini merupakan kenyataan rasmi awal oleh label pengurusan EXO, SM Entertainment berkenaan perancangan Chen untuk berkahwin, tak lama lagi.
Walaupun berita ini amat mengejutkan ramai peminat sementelah tiada ura-ura yang menjurus kepada berita perkahwinan, namun SM tidak teragak-agak untuk mengumumkannya.
“Hello, ini adalah SM Entertainment. Chen EXO telah bertemu seseorang yang amat berharga dalam hidupnya untuk menamatkan zaman bujang.

“Bakal pengantin perempuan adalah dari kalangan bukan selebriti and majlis akan berlangsung secara tertutup bersama ahli keluarga saja.
“Kami meminta kamu agar menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga untuk kekalkan privasi.
“Chen bagaimanapun akan terus berkhidmat sebagai artis kami seperti biasa pada masa akan datang.”
Congrats Chen!
∞
Pelakon terkenal Korea Selatan, Go Min Si baru-baru ini mendedahkan rahsia bagaimana berat badannya mampu turun sehingga mencapai 43 kilogram bagi menjayakan watak Yoo Seong Ah dalam drama bersiri ‘The Frog’ yang ditayangkan pada Ogos lalu.
Go Min Si (29) sudah pun terkenal sebagai salah seorang pelakon yang berdedikasi terhadap kerjayanya sepanjang berada dalam industri dan sejak kebelakangan ini beliau mengaku bahawa setiap hari, makanan hariannya sangat terhad ketika melakukan diet tersebut.
Menurut Min Si, setiap hari dirinya hanya mengambil secawan kopi latte ais, sehelai rumpai laut berperisa, dan dua biji telur rebus.

Katanya, transformasi melalui diet melampau ini merupakan sebahagian dari persiapannya untuk wataknya melibatkan adegan fizikal dan menunjukkan tubuh badan yang ramping.
Jelasnya lagi, penurunan berat badan yang sangat mendadak ini memang disengajakan dengan tujuan memberikan penampilan karakter yang lebih semulajadi dan ngeri kepada beberapa adegan kejam dalam drama berkenaan.
Meskipun menjalani diet ketat, Min Si justeru mengaku bahawa dirinya mampu lebih fokus ketika makan dalam kuantiti sedikit.
“Saya boleh lebih fokus kalau makan sedikit. Sejujurnya, fikiran saya lebih jelas sewaktu lapar. Kalau saya makan, saya akan cepat mengantuk tapi macam sekarang makan sikit boleh buatkan fikiran saya lebih tajam dan waspada dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Dalam pada itu, walaupun terdahulu berat badan pelakon ‘Sweet Home’ ini pernah mengalami naik turun sehingga mencapai berat 58 kilogram semasa penggambaran ‘The Witch’. Min Si mampu menyesuaikan berat badannya dengan cepat dan kadang-kadang mampu turun sebanyak 3 kilogram dalam masa sehari.
Selain itu, dirinya juga menegaskan bahawa dia merasa lebih bersemangat dan mampu menunjukkan komitmennya dengan lebih baik dalam menjayakan wataknya dalam drama The Frog.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Go Min Si bakal muncul menerusi drama romantik berjudul ‘Your Taste’ bersama Kang Ha Neul yang dijadual bakal ditayangkan pada tahun 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞