Sesi Uji Bakat Pertama Dewi Remaja 2022 Berlangsung Meriah Di Hotel Thistle Johor Bharu

Share

Sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 telah pun bermula hari ini di Hotel Thistle, Johor Bharu dan team Remaja akan berada di sana sehingga esok.

Kelainan yang kami bawakan pada edisi kali ini adalah dengan melakukan pencarian di empat lokasi berbeza termasuklah Johor Bharu, Sabah, Pulau Pinang dan Shah Alam. Seperti biasa, peserta yang hadir perlu mengisi borang secara online serta mencetak borang tersebut dan harus dibawa ke lokasi uji bakat pilihan mereka.

Peserta perlu melalui tiga peringkat pertama sebelum disenarai pendek jika berjaya menambat hati juri di Stage 3. Antara juri jemputan edisi Johor Bharu ini, kami mengundang bekas finalis Dewi Remaja yang lalu, Aween Ismail dan Syamira Nazir serta Awal Ashaari dan Keanu Azman.

Bagi gadis yang berusia 18 tahun hingga 25 tahun, korang masih lagi berpeluang ke Hotel Thistle Johor Bharu untuk hadir sesi uji bakat yang bakal berlangsung sehingga esok (6 Mac 2022). Jangan lepaskan peluang ini kerana korang tidak perlu lagi bersusah-payah turun ke Shah Alam bagi menghadiri pencarian Dewi Remaja kali ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN