Mendiang Puteri Diana merupakan salah seorang personaliti keluarga diraja paling popular pernah wujud pada era ini.
Meskipun telah meninggal dunia kira-kira 24 tahun lepas, Puteri Diana masih dikenang sebagai puteri berjiwa rakyat – bukan setakat di Britain malah di seluruh dunia.
Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa orang pengarah terkenal dan produksi filem serta drama bersiri mula memilih Puteri Diana sebagai subjek utama dalam projek biopik mereka.
Sebagai contoh, Naomi Watts pernah membawa watak tersebut dalam filem Diana (2013) yang memfokuskan kepada hubungan di antara beliau dan pakar bedah jantung, Dr Hasnat Khan serta Dodi Al Fayed yang pernah bergelar teman istimewa Diana.
Secara peribadinya, penulis tidak merasakan Naomi mempunyai fizikal mirip mendiang. Malah lakonannya juga terasa seperti dipaksa dan tidak natural.
Kemudian pada tahun lalu, Emma Conrin mencuri perhatian apabila musim keempat siri Netflix, The Crown menemui penonton setelah hype luar biasa diberikan sepanjang tahun 2020. Emma dilihat sebagai pilihan yang tepat sebagai Puteri Diana memandangkan dirinya bukanlah seorang pelakon yang ‘terlalu popular’ di luar radar industri hiburan Britain.
Sejak episod pertama hinggalah ke episod terakhir, penulis beranggapan personaliti dan pembawakan Emma berjaya menunjukkan sisi Puteri Diana yang terasing daripada keluarga diraja Britain.
Ads
Ada masanya dengan bantuan penata gaya, jurusolek dan jurudandan, Emma sememangnya kelihatan persis Puteri Diana. Namun demi menambah rencah drama, lakonannya sebagai Diana adakala terasa overdone.
Kini, tumpuan terarah kepada Kristen Stewart yang menamatkan penggambaran filem Spencer sebagai Puteri Diana.
Beberapa foto di sebalik tabir dari filem arahan Pablo Larrain (Jackie, 2016) ini telahpun mula tersebar di Instagram dan imej Kristen saling tidak tumpah seperti mendiang semasa beliau masih muda!
Ads
Dalam foto tersebut, Kristen menyarungkan jaket merah, blaus hitam dan aksesori topi dengan perincian veil – mirip stail Puteri Diana dalam kehidupan sebenarnya. Kristen juga menggakan stail rambut signature Diana dan ia membuatkan ramai warganet semakin tidak sabar untuk menantikan filem tersebut.
Untuk pengetahuan, Spencer menggambarkan kehidupan Dianaa sekitar tempoh percutian pada tahun 1991 di mana beliau mengambil keputusan untuk memohon penceraian daripada Putera Charles.
Ia adalah momen yang akan mengubah kehidupan Diana dari segi emosi, fizikal dan bagaimana beliau berusaha untuk kembali menjadi dirinya yang lama.
Spencer bakal ditayangkan pada bulan November tahun ini.
Jom lihat trailer pertama filem ini, tak sabar rasanya untuk menantikan lebih banyak trailer Spencer yang akan datang dengan lebih banyak dialog oleh Kristen.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan rock alternatif, Coldplay khabarnya bakal terlibat dalam pembikinan lagu baru kumpulan k-pop lelaki popular Korea Selatan, BTS.
Wah tak sabarnya…
Menerusi laman Twitter, British rock band ini telah memuatnaik teaser image untuk single mereka akan datang, My Universe yang bakal menampilkan BTS. Difahamkan, ia bakal dirilis pada 24 September ini.
Perkara ini turut disahkan sendiri oleh vokalis Coldplay, Chris Martin yang menyatakan bahawa beliau sangat menyukai BTS dan tidak akan pernah mengatakan tidak untuk berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop tersebut.
My Universe juga akan tersedia sebagai two track CD single edisi terhad, dan cover didalamnya akan memuatkan lirik hasil karya oleh Coldplay dan BTS. .Dua lagu tersebut adalah My Universe versi original dan versi instrumental.
Sebelum-sebelum ini juga BTS kerap melakukan kolaborasi dengan penyanyi barat untuk memperluas jangkauan pendengar mereka. Ini 6 selebriti yang pernah berkerjasama dengan BTS.
1. The Chainsmokers
Foto Via Soompi
The Chainsmokers adalah duo EDM yang telah bekerjasama dengan BTS. Andrew Taggart dan Alex Pall berkolaborasi dengan BTS dalam lagu berjudul Best Of Me. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2018.
2. Halsey
Foto Via Pride
BTS dan Halsey bekerjasama untuk menyanyikan lagu utama di album Map of The Soul, berjudul Boy With Luv. Lagu kolaborasi BTS dengan Halsey pertama kali dirilis pada tahun 2019. Mereka dilaporkan saling mengenali sejak 2017 di Billboard Music Awards.
3. Steve Aoki
Foto Via Koreaboo
BTS bertemu Steve Aoki, seorang DJ dan producer dari Amerika Syarikat. Pertemuan BTS dengan Steve Aoki juga menghasilkan kolaborasi untuk menghasilkan karya baru.
Steve Aoki menghasilkan dua judul lagu dengan kerjasama BTS. Lagu dari kolaborasi Steve Aoki dan BTS berjudul Waste It On Me dan Mic Drop.
4. Troye Sivan
Foto Via Koreaboo
Troye Sivan juga termasuk dalam senarai penyanyi yang pernah bekerjasama dengan BTS. Troye Sivan adalah komposer dan penulis lirik untuk lagu BTS, Louder Than Bombs. Lagu Louder Than Bombs adalah lagu ke-10 dari album BTS: Map of the Soul 7.
5. Sia
Foto Via Capital FM
Bukan hanya Troye Sivan yang berkolaborasi dengan BTS di album BTS: Map Of The Soul 7. Penyanyi Chandelier juga berkolaborasi pada salah satu lagu di album tersebut, berjudul ON. Kerjasama Sia dengan BTS dianggap sebagai kolaborasi yang tidak dijangka dari peminat BTS. Sebabnya, tidak pernah ada interaksi antara Sia dan BTS sebelum ini. Walaupun begitu, peminat BTS masih teruja dengan lagu kolaborasi mereka.
6. Ed Sheeran
Foto Via DNA India
Ed Sheeran dan BTS pernah berkolaborasi dengan menuliskan lagu ‘Make It Right’ daripada album ‘Map of the Soul: Persona’ pada tahun 2019.
Pasti peminat sudah tidak sabar menantikan single terbaru kolaborasi BTS bersama Coldplay ini. Sama-sama kita nantikan 24 Setember nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Februari dianggap sebagai bulan cinta kerana hari memperingati kekasih jatuh pada tanggal 14 Februari. Istimewanya kali ini, sebuah filem romantis berjudul ‘Marry Me’ bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 11 Februari depan, jadi korang bolehlah ambil peluang ini untuk menonton bersama yang tersayang.
Dibintangi oleh Jennifer Lopez, Owen Wilson, Maluma, John Bradley-West dan Sarah Silverman, Marry Me menceritakan tentang kisah seorang Bintang Latin, Kat Valdez, bersedia untuk berkahwin dengan pasangannya di atas pentas, Bastian, di hadapan seluruh peminatnya. Namun, beberapa saat sebelum membuat ikrar perkahwinan, dia telah mendapati dirinya ditipu dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya.
Charlie, seorang lelaki yang memegang papan tanda “Marry Me” dalam ribuan peminat yang menonton mereka, adalah pilihannya sebagai pengantin lelaki baharunya.
Wah, drama betul kan. Hiks!
Kami ingin mengajak korang untuk menonton tayangan perdana Marry Me dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Tarikh: 8 Februari 2022 Masa: 8.00 malam Lokasi: GSC The Starling
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi sepasang tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kadar kenaikan mendadak kes baru jangkitan Covid-19 di Arab Saudi semakin membimbangkan.
Walaupun rantau Timur Tengah lebih lambat terjejas berbanding rantau Asia Timur dan Asia Tenggara, namun senarionya dilihat kurang stabil berbanding dengan negara seperti Malaysia.
Perkara itu diakui oleh Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA) Madinah iaitu Mohamad Irfan Fahmi Ea’dil, 26 kepada rakan media di BHarian.
Kira-kira 250 orang pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah (UIM) kini merasa bimbang dan merayu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin agar mereka dibenarkan untuk pulang ke tanah air kerana tidak mahu terperangkap dalam situasi wabak serius di sana.
Di antara pelajar Malaysia di sana.Kampus UIM di Madinah
Pihak PERSADA sendiri telah melakukan rayuan untuk pulang selepas tamat peperiksaan akhir pelajar. Namun pihak Kementerian Pengajian Tinggi tidak membenarkan perkara itu menerusi surat balas bertarikh 3 April lalu.
Surat rayuan kedua kemudian diutuskan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad untuk membawa pelajar Malaysia pulang setelah mereka melihat peningkatan kes di Madinah, Riyadg dan Jeddah.
“Bukan hanya pelajar yang bimbang, pihak ibu bapa di Malaysia juga sedang bimbang. Sehingga kini kami masih ditempatkan di dalam kampus UIM. Namun seperti mana-mana kampus universiti lain, kami tidak dibenarkan untuk keluar sama sekali,” kata Irfan.
*
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menerusi Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri juga memutuskan bahawa para pelajar yang sedang menetap di dalam kampus universiti di Malaysia tidak dibenarkan pulang buat masa ini.
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam pada itu juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka agar pelajar mematuhi arahan kerajaan tersebut.