Malaysia kini berdepan dengan satu krisis yang cukup membimbangkan? Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mendedahkan masalah besar yang mungkin ramai tak ambil serius iaitu kekurangan jururawat di seluruh negara.
Masalah Yang Nampak Kecil, Tapi Kesannya Besar
Menurut Dr. Dzulkefly, isu kekurangan jururawat ini bukan perkara baharu, tapi sekarang ia dah sampai ke tahap yang sangat kritikal. Walaupun nampak macam isu kecil, hakikatnya, kekurangan jururawat boleh beri kesan besar terhadap sistem kesihatan negara.
Dr. Dzulkefly
“Isu ini realiti yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang tangani secara berterusan dan ia antara cabaran utama kami,” jelas beliau ketika ditemui media.
Untuk pengetahuan korang, KKM dah ambil beberapa langkah termasuk meningkatkan jumlah pelatih jururawat sehingga 1000 orang, tapi jumlah tu masih belum cukup untuk menampung keperluan semasa.
Ramai Pilih Tinggalkan KKM, Sertai Sektor Swasta
Satu lagi fakta yang korang patut tahu — sepanjang tahun 2020 hingga 2024, sebanyak 6,919 petugas kesihatan, termasuk jururawat, dilaporkan meletak jawatan daripada sektor awam.
Kenapa ramai tinggalkan KKM? Jawapannya kerana tawaran gaji dan faedah yang lebih besar di sektor swasta!
Ads
Bayangkan, dengan beban kerja yang tinggi di hospital kerajaan, ramai jururawat lebih memilih untuk berpindah ke hospital swasta atau ke luar negara yang menawarkan gaji lumayan dan suasana kerja yang lebih baik.
Apa Langkah Seterusnya?
Menteri Kesihatan mengakui, usaha menangani masalah ini bukan mudah. Antara langkah yang sedang dipertingkatkan termasuk:
Ads
✅ Menambah bilangan pelatih jururawat di institusi pengajian. ✅ Memperbaiki insentif dan kemudahan untuk jururawat sektor awam. ✅ Menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kerjaya untuk jururawat. ✅ Memastikan kebajikan dan sokongan mental pekerja kesihatan sentiasa diberi perhatian.
Jururawat, Tulang Belakang Sistem Kesihatan Negara
Ramai remaja mungkin tak sedar, kerjaya jururawat bukan sekadar kerja biasa. Jururawat adalah barisan hadapan yang sentiasa berdepan situasi kritikal, menjaga pesakit, memberi rawatan, malah terlibat dalam misi kemanusiaan.
Tanpa jururawat yang mencukupi, perkhidmatan kesihatan boleh lumpuh dan pesakit tidak akan mendapat rawatan sewajarnya.
Ads
Kalau korang tengah fikir hala tuju lepas SPM atau ingin ceburi bidang yang beri impak besar pada masyarakat, kejururawatan adalah pilihan yang mulia dan diperlukan. Tanpa jururawat yang cukup, sistem kesihatan negara boleh terganggu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pihak Polis Selangor mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang ialah penyanyi meningkat naik, Nidza Afham.
Menerusi laporan media tempatan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam tadi, kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Terdahulu, adik Allahyarham iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instastory, Aufahanie ada berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang sehingga kini.
hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar Tingkatan Empat di Thailand memilih untuk berfikir di luar kotak apabila sanggup menunggang kuda ke sekolah setiap hari demi menjimatkan kos minyak.
Theeraphat Ransaworanan atau lebih mesra dipanggil ‘Ten’, pelajar berusia 16 tahun dari wilayah Ang Thong, telah menjadi perhatian masyarakat selepas kisahnya menunggang seekor kuda jantan bernama Sunny sejauh lima kilometer ke sekolah menjadi tular.
Daripada Segan, Kini Jadi Kebanggaan
Pada awalnya, Ten mengakui dia berasa malu dan segan membawa kuda ke sekolah kerana bimbang dianggap pelik oleh rakan-rakan. Namun, selepas menerima sokongan daripada warga sekolah dan penduduk kampung, dia kini lebih yakin dan bangga dengan tindakannya.
“Saya memang suka kuda sejak kecil. Naik kuda bukan sahaja dapat menjimatkan kos minyak, malah saya tak perlu guna motosikal sepanjang masa,” ujar Ten kepada media tempatan.
Minat Sejak Kecil Berbuah Hasil
Menurut Ten, minatnya terhadap kuda telah bermula sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila dia memujuk neneknya membeli haiwan tersebut. Kini, minat itu bukan sahaja menjadi hobi, malah turut memberi manfaat kepada komuniti sekeliling.
Selain menunggang ke sekolah, Ten turut mengajar penduduk kampung cara mengendalikan kuda serta menyertai perarakan dan acara keagamaan. Aktiviti ini turut membantunya menjana pendapatan sampingan.
Tanggungjawab & Disiplin Jadi Keutamaan
Pengetua Sekolah Menengah Wisetchaichan Tantiwitthayapoom, Dr Nuchanart Yimchan memaklumkan pihak sekolah telah memberi kebenaran rasmi kepada Ten untuk membawa Sunny ke sekolah.
“Sunny ditempatkan di kawasan berhampiran kediaman saya dan Ten bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kuda itu sepanjang hari,” jelas beliau.
Beliau turut memuji inisiatif Ten yang dilihat sebagai lambang nilai murni dalam diri remaja seperti tanggungjawab, keberanian dan usaha memelihara budaya.
Ternyata, kisah Ten membuktikan bahawa dengan semangat dan usaha, remaja mampu mencari alternatif yang lebih lestari serta bermanfaat kepada diri dan masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan beberapa laporan kes buli melibatkan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sejak kebelakangan ini, Kementerian Pertahanan berkata pihaknya akan mengambil beberapa langkah bagi membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian daripada berulang.
Ini termasuklah menambah lebih ramai warden yang menjaga penuntut agar kawalan keselamatan sesama mereka atau di antara penuntut dengan pihak lain dapat ditingkatkan.
“Di peringkat Kementerian Pertahanan, kita telah bincangkan dari awal lagi dalam kes sebelumnya bahawa, kita perlu tingkatkan hubungan antara warden dan pelajar dengan menambah bilangan warden.
“Kita juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden buli yang berlaku di UPNM. Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Tambah Timbalan Menteri Pertahanan itu lagi, sekiranya terdapat laporan polis yang dibuat melibatkan insiden buli di UPNM, ruang kerjasama akan diberikan sepenuhnya bagi membantu siasatan berdasarkan undang-undang.
Sebagai info, dua insiden buli di UPNM telah dilaporkan pada rangka masa lebih kurang sama melibatkan penuntutnya, baru-baru ini.
Kes pertama melibatkan seorang pegawai kadet ALK-UPNM yang dicederakan oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap pada bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.
Semalam, kes kedua telahpun dilaporkan setelah seorang pelajar Tahun Satu UPNM mengalami keretakan pada bahagian tulang belakang dan tulang rusuk akibat dipijak oleh seniornya di tepi padang kawad institusi tersebut.