Bagi korang yang membesar di Kuala Lumpur, Petrosains antara lokasi pilihan ibu bapa yang dijadikan sebagai tempat menimba ilmu pada musim cuti sekolah.
Kini, sudah 20 tahun Petrosains beroperasi dan telah banyak sumbangan mereka dalam bentuk pendidikan terhadap masyarakat, dan antaranya adalah dengan menganjurkan pameran keselamatan jalan raya yang dikenali sebagai PETRONAS StreetSmart.
Pameran ini diperkenalkan untuk memupuk kesedaran keselamatan jalan raya terutamanya kepada golongan muda.
Ads
Ha, jangan ingat kesedaran keselamatan jalan raya macam ni hanya untuk kanak-kanak saja, tapi ia juga sebenarnya sangat berguna kepada gologan dewasa.
Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh Petrosains untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, jadi dalam hal ini mereka memaparkan sains di sebalik keselamatan jalan raya yang melibatkan banyak konsep dan prinsip Fizik, yang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa di jalan raya.
Ads
Ads
Pengunjung dapat merasai pengalaman di PETRONAS StreetSmart
Pameran ini bukan hanya paparan statik, tetapi ia menggabungkan teknologi tinggi. Mereka juga mempunyai pasukan fasilitator yang menjalankan aktiviti dan program untuk korang merasai pengalaman sendiri di sana.
Pameran PETRONAS StreetSmart ini kini berada di Tingkat Bawah (G), Central i-City Shah alam dari 1 Ogos sehingga 31 Disember. Paling best, masuk adalah percuma.
Jom datang beramai-ramai, sambil berhibur kita boleh belajar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
The Garden Of Evening Mists merupakan filem arahan Tom Shu-Yu Lin dan diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh penulis novel Malaysia bernama Tan Twan Eng yang mengisahkan tentang wanita berbangsa cina di Malaysia yang telah ditangkap dan menjadi tawanan pihak tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Filem ini bakal ditayangkan di panggung wayang Tokyo, Jepun mulai 24 Julai depan. TGOEM merupakan terbitan bersama HBO Asia dan juga Astro Shaw dan mendapat sokongan daripada Filem Nasional Malaysia (FINAS), ianya bakal ditayangkan di Shibuya Euro Space di Shibuya, iaitu lokasi pelancongan dan komersial ikonik di bandaraya Tokyo.
Foto: IMDB
The Garden Of Evening Mists mengangkat kisah yang berlatarkan Malaysia dengan gabungan pelakon dan kru yang professional dari Malaysia dan daripada luar negara seperti Taiwan, Singapura, Jepun, India, Australia, dan United Kingdom.
Pengarah filem ini, Tom Lin yang berasal dari Taiwan, cukup teruja apabila dimaklumkan karyanya bakal mengisi slot tayangan di Shibuya Euro Space.
Tom Lin, Foto: Astro
Filem ini dibintangi oleh pelakon Malaysia Angelica Lee Sinje yang membawa watak heroin sebagai Yun Ling waktu muda, manakala Sylvia Chang memegang karakter yang sama tetapi bagi usia tua.
Foto: The Sun Daily
Dikatakan juga, TGOEM menjalani sesi penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia, seperti Cameron Highlands, Sungai Lembing, dan Klang. Sementara itu, Penerbit Eksekutif TGOEM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan teruja filem berkenaan ditayangkan di Jepun.
Kata Henry Tan lagi, filem Asia telah semakin mendapat perhatian antarabangsa, jadi Astro akan cuba sedaya upaya untuk terus komited dalam mempersembahkan lebih banyak filem yang akan mengangkat rantau ini.
Diadaptasi dari novel yang mempunyai judul yang sama juga, hasil karya Tan Twan Eng ini, novel ini juga pernah menerima Anugerah Man Asian Literary Prize 2013 dan Walter Scott Prize bagi kategori fiksyen sejarah pada tahun sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua orang sedang bercakap mengenai pelakon berusia 18 tahun ini!
Mungkin sekali, fenomena yang pernah dicetuskan oleh pelakon baru drama sebelum ini seperti Alvin Chong dan Fikri Ibrahim sedang berlaku kepada diri Raja Muhammad Atiqullah atau lebih mesra dipanggil Atiq ini.
Sempena episod terakhir drama popular, Nur lebih kurang sejam saja dari sekarang, jom kenali Atiq dengan lebih dekat lagi. Siapa dia ni sebenarnya?
01
Mula Dari Usia 16 Tahun
Ya, lakonannya memang mendapat perhatian ramai melalui drama Nur sekarang ini. Watak Amirul yang dibawakan oleh Atiq bersebelahan dengan Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Nur Khiriah memang berkesan dan ‘punch’ di hati penonton.
Tetapi, Atiq sebenarnya mula berlakon sebagaipada usia 16 tahun. Pada waktu itu, Atiq sedang berniaga sotong goreng tepung di Cheras Kuala Lumpur. Bila ke sebuah set penggambaran berdekatan, barulah Atiq terasa untuk mencuba nasib ke sesi uji bakat dan diterima pula!
Antara telemovie lakonan Atiq terdahulu termasuklah Isteri Ku Cikgu Ku (TV3, bersama Syafiq Kyle), Petua Nenek (TV9) dan Sumpah Ibu (TV9).
Ya, sejak tular episod ‘sup bunjut’ dalam drama Nur, ramai yang mula tahu bahawa Atiq pernah memasuki Maahad Tahfiz Nurul Huda, Kuala Lumpur, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Terengganu dan Maahad Tahfiz Mustaqim. Semuanya gara-gara suara merdu Atiq mengalunkan ayat al-Quran dalam sebuah episod drama tersebut.
Teringat pula kami akan kisah seorang lagi pelakon baru, Ikmal Amry yang juga mempunyai background pelajaran mirip dengan Atiq.
Selepas Tingkatan 3, Atiq ambil keputusan untuk memasuki Sekolah Menengah Perimbun Cheras. Mungkin untuk memberi lebih perhatian kepada peperiksaan SPM.
03
Nyanyi Pun Sedap Juga
Selain bacaan ayat suci, Atiq pun gemar untuk memuat naik video cover lagu-lagu favourite korang seperti Di Matamu dan Pesan. Nak dengar sedap ke tak, cuba follow Atiq dan kawan band-nya Triover di Instagram.
Sebelum bergelar pelakon semua tu, Atiq terlebih dahulu aktif dengan video Vine. Aktif sampai berepisod tau video-video lakonannya, seperti drama ‘Dah Susah Baru Ingat Kawan’. Amboi tajuk! Boleh guna lagu Haqiem Rusli dah untuk soundtrack hehe. Atiq pun rajin untuk memuat naik video Musically.
Kalau korang rindu nak lihat muka Atiq selepas ini, bolehlah nantikan drama terbarunya, Maryam Eliana di TV1 selepas ini. Walaupun drama ini terlebih dahulu habis dilakonkan sebelum drama Nur, tapi ia keluar kemudian.
Sekarang pun korang boleh menonton Atiq di TV2 melalui drama Air Mata Di Bumi Matador lakonan Ben Amir, Nazrief Nazri dan Puteri Aishah.
Kami rasakan Raja Atiqullah memang mempunyai potensi untuk pergi jauh, bukan disebabkan oleh fenomena drama Nur sahaja. Tetapi disebabkan bakat dan personaliti yang ada padanya.
Tak sabar nak tengok projek Atiq seterusnya! Bagi korang di rumah itu, jangan lupa untuk menonton episod terakhir drama Nur 10 malam ini, di TV3.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi Zehra Zambri (38) akhirnya dapat menarik nafas lega apabila sah bercerai talak satu dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Rabu, hari ini. Proses perceraian itu sekaligus menamatkan episod rumah tangga yang penuh cabaran buat pasangan ini.
Menurut peguam syarie yang mewakili Zehra, Abd Muiz Samsuri memaklumkan bahawa lafaz cerai telah dibuat sendiri oleh Mohd Iqwan di hadapan Hakim Wan Nuruldin Wan Hussain dan prosiding itu berlangsung dengan lancar selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.
Dalam pada itu, Zehra turut meluahkan rasa syukur meskipun tempoh lima bulan berulang-alik ke mahkamah bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuh. Namun, segala urusan akhirnya dipermudahkan.
Kredit foto: IG Zehra Zambri
“Alhamdulillah selesai. Selepas lima bulan turun naik mahkamah, saya rasa sebahagian beban sudah hilang. Banyak perkara boleh saya rencanakan selepas ini untuk diri dan anak,” katanya.
“Saya perlukan masa untuk pulihkan diri, berdamai dengan takdir dan cari semula semangat yang hilang,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Mohd Iqwan juga berkongsi rasa lega apabila urusan perceraian mereka selesai selepas beberapa kali tertangguh. Menurutnya, mereka berpisah secara talak raj‘ie dan hanya lafaz cerai sahaja dilakukan di hadapan hakim.
“Alhamdulillah, hari ini selesai dan kami bercerai secara talak raj‘ie. Hari ini hanya lafaz cerai sahaja di hadapan hakim,” jelasnya ringkas.
Sebelum ini, pada 13 Ogos lalu, proses lafaz cerai terpaksa ditangguhkan kerana Zehra berada dalam keadaan tidak suci. Perkahwinan yang dibina pasangan ini pada 11 November 2021 bagaimanapun tidak dapat diselamatkan meskipun pernah disulam bahagia.
Terdahulu, pelantun lagu ‘Semalakama’ ini juga pernah melalui kegagalan rumah tangga pada 2017 yang hanya bertahan enam bulan. Meskipun sekali lagi diuji, pengalaman menjadikan diri beliau lebih matang dan kuat dalam mendepani kenyataan hidup.
Sekadar info, hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun. Kini, puterinya itu menjadi sumber kekuatan buat Zehra untuk terus melangkah ke hadapan dan membina semula kehidupannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!