“Serius Sedap!” 4 Perkara Tentang Teman Duet Shila Amzah Semalam – Afif Tirmizie

Share

 

Demam separuh akhir Muzik-Muzik semakin terasa pada hujung minggu ini apabila 12 buah lagu akan dinamakan sebagai peserta akhir yang melangkah masuk ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35, malam ini.

Dalam kalangan 30 buah lagu yang bertanding pada hari Jumaat dan Sabtu, ada yang menepati jangkaan memberikan persembahan yang baik. Ada yang – err

– seperti tidak kena dan ada juga yang mengejutkan ramai penonton.

ARTIKEL BERKAITAN : Aisyah Rupanya Pengganti TokTi

Tak semua lagu yang bertanding pada kali ini ‘popular’ dalam carta ataupun selalu diputarkan di radio. Namun apabila dipertandingkan di SFMM kali ini, seakan ada magis yang berlaku di atas pentas.

Salah satu daripadanya ialah ‘Tentang Rahsia’ iaitu lagu terakhir yang dinyanyikan semalam oleh Shila Amzah dan Afif Tirmizie.

Sumber Foto: Instagram Afif Tirmizie.

Penyanyi asalnya iaitu Judika tidak dapat bersama dengan Shila atas kesulitan musim pandemik dan Judika masih berada di Indonesia.

Bagaimanapun, Afif nyata telah memberikan yang terbaik dengan kepercayaan ini dan tidak keterlaluan jika penulis gambarkan gandingan mereka adalah di antara gandingan yang menjadi pada musim ini. Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Afif Tirmizie ini.

Nah, ini 4 fakta ringkas mengenai penyanyi berusia 34 tahun ini.

 

Dari Akademi Fantasia

Bekas Ahli Fabulous Cats

Penyanyi Popular Drama

Jadi Tenaga Pengajar

*

Cuba korang saksikan semula persembahan Tentang Rahsia oleh Shila Amzah dan Afif Tirmizie.

 

 

IKLAN