Annyeong! Siapa rajin tengok drama Korea mesti familiar dengan wajah pelakon veteran ini. Sering membawa watak seorang ibu, mari kita kenali pelakon “Under the Queen’s Umbrella”, Kim Hae-sook dengan lebih dekat lagi.
Kim Hae-sook dilahirkan di Busan, Korea pada 30 Disember 1955, mencecah usia 66 tahun pada 2022. Dia juga telah berjaya menamatkan pengajian awal di Universiti California, Los Angeles dan Universiti Kyung Hee di Seoul, Korea Selatan.
48 Tahun Dalam Industri Korea Selatan
Sudah lebih 48 tahun berada dalam industri hiburan, Kim Hae-sook adalah antara pelakon yang paling berpengalaman dalam dunia lakonan Korea dan ini dapat dibuktikan dengan pelbagai karya hebat yang pernah dibintanginya.
Ads
Foto Via Soompi
Ingin Menjadi Jururawat
Kim Hae-sook pada asalnya belajar untuk menjadi seorang jururawat. Namun, pada suatu hari dia mengejutkan keluarganya dengan memberitahu bahawa dia ingin pergi ke Seoul dan menjadi seorang pelakon.
Kemudian, dia menyertai kelas lakonan di stesen penyiaran MBC dan mula menyertai industri hiburan. Dari awal lagi, Kim Hae-sook telah menunjukkan kebolehan lakonan yang luar biasa dan membolehkannya untuk mengembangkan lagi bakatnya di luar sana.
Ads
Mula Berlakon Di Usia 19 Tahun
Pada tahun 1974, pelakon itu membuat debut pada usia 19 tahun melalui drama “Chief Inspector” dan 48 tahun kemudian, Kim Hae-sook nampaknya masih aktif menemui penonton dalam pelbagai karya hebat.
Diberi Gelaran ‘Korea’s Nation Mother’
Ads
Dengan personalitinya yang lembut dan baik, Kim Hae-sook juga sering diberi gelaran sebagai seorang ibu dalam kebanyakan naskhah. Oleh itu, dia telah diberi gelaran sebagai ‘Korea’s nation mother’ oleh penonton.
Antara lakonannya sebagai seorang ibu Kim Hae-sook adalah dalam drama “Hospital Playlist”, “Start Up”, filem “Mama”, “A Long Visit” dan banyak lagi. Memang berkesan tiap watak yang dia pegang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Bil Musa atas pelancaran albumnya, ‘Young Adults’ pada hari ini!
Pada zaman kebanyakan penyanyi dan band lebih gemar mengeluarkan single saja, Bil ialah antara penyanyi yang berani untuk ke hadapan dan berkongsi lagu ciptaannya demi peminat.
Siapa yang paling banyak memberi pengaruh muzik kepada kamu?
Kalau nak diikutkan, ibu bapa saya tidaklah berasal dari golongan pemuzik. Namun mereka sering mendedahkan saya kepada muzik berbeza sejak kecil.
Mereka selalu memasang lagu-lagu nyanyian Abba, The Beatles dan Queen setiap kali kami menaiki kereta dan juga di rumah. Sejak kecil juga, saya dan adik-beradik lain sudah mempelajari piano.
Malah sepupu saya abang Johan (Joe Flizzow) juga banyak memberi pengaruh kerana dia sudah aktif sejak remaja lagi.
Describe muzik yang kamu nyanyikan?
Sejak kebelakangan ini, saya baru dapat rentak muzik sendiri. Sebelum ini saya banyak mencipta karya akustik tetapi kini saya lebih menyenangi muzik folk dan elemen pop elektronik.
Folk dan elektronik memang berbeza tetapi saya sukakan kedua-dua genre ini. Mungkin itulah perkara menarik tentang muzik, ia boleh menembusi mana-mana genre. Saya gemar dengarkan pengaruh muzik berlainan seperti dari Rihanna, Lana Del Ray dan juga Armada!
Bil Musa di dalam majalah REMAJA isu Januari – Mac 2018. Foto: Shahir Othman
Mula menulis lagu sejak..
Sejak zaman sekolah lagi saya memang suka menulis. Selalunya, saya mendapat idea daripada perkongsian storyline kehidupan mereka di sekeliling saya.
Kiranya jika mereka mula bercerita mengenai perihal kisah hidup masing-masing, setengah jalan pasti mereka akan menoleh ke arah saya dan bertanya, “You are not going to write about that, kan?” (ketawa)
Single ‘Adakah Ini’
‘Adakah Ini’ baru saja diperkenalkan pada penghujung 2017. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki dan perempuan yang berkawan, mempunyai rasa cinta antara satu sama lain namun masing-masing masih berpunya.
Ia seakan unspokenword yang tertanam antara mereka dan hanya mereka saja yang dapat merasainya.
Pakaian: Shafiqah Nazel. Solekan: Wirakastrya
Album ‘Young Adults’
Pada 21 Disember 2017, saya telah melancarkan album berjudul ‘Young Adults’. Sebanyak dua buah lagu Bahasa Malaysia dan enam buah lagu Bahasa Inggeris dimuatkan di dalamnya.
Dari segi konsep, album ini lebih kepada coming of age yang berkisarkan masalah cinta, persahabatan, kerja, komitmen dan tanggungjawab.
‘Adakah Ini’ merupakan antara single yang dimuatkan selain ‘No More Excuses’ yang bakal menjadi single seterusnya, hasil kolaborasi bersama Kuizz Shah.
Sebagai seorang pengikut tegar perjalanan Miss Malaysia Universe, kami faham perasaan wakil negara kita DAN pereka fesyennya semasa acara ‘unveiling’ dilakukan..
Mestilah nervous, uols! Bukan mudah untuk seorang pereka fesyen dan Miss Malaysia Universe memuaskan hati semua pihak.
Setiap tahun pada acara unveiling untuk gaun rasmi dan kostum nasional seperti yang berlangsung hari ini, pasti seluruh Malaysia akan menumpukan perhatian kepada rekaan pakaian yang akan mewakili negara kita di pentas Miss Universe, kelak.
Jika korang masih ingat pada tahun lalu, hebat juga kontroversi yang melanda wakil Malaysia iaitu Samantha Katie James.
Dia menyarungkan gaun dan kostum nasional hasil rekaan pereka fesyen muda, Brian Khoo. Pakaian yang popular dengan jolokan ‘baju Nasi Lemak’ dan ‘baju Bunga Raya’ itu agak teruk dikritik oleh netizen di media sosial.
Itulah adat setiap kali acara unveiling ini diadakan. Akan ada yang suka, akan ada yang tak.
***
Pada tahun ini, wakil Malaysia iaitu Jane Teoh telahpun mempertontonkan kedua-dua pakaian itu sebentar tadi.
Kostum Nasional Jane diinspirasikan daripada tradisi golongan nelayan yang gigih berlayar di Pantai Timur. Kostum ‘Bangau Perahu’ ini mempunyai ornamen ‘bangau’ yang selalu terdapat di bahagian ‘kepala’ perahu. Ia dipercayai mampu melindungi nelayan daripada ribut ketika berada di tengah-tengah lautan.
Ia direka oleh Salleh Hamid dengan motif Awan Larat popular dan bahagian skirt yang mengingatkan kami kepada pantulan matahari pada permukaan air laut.
“Saya takut juga jika ‘kontroversi’ tahun lalu akan melanda saya kali ini. Tapi itulah cabaran yang perlu dihadapi oleh pereka kostum seperti saya,” kata graduan Universiti Teknologi MARA itu.
Jane juga memuji hasil kostum nasional tersebut namun mengakui agak sukar untuknya berjalan ketika menyarungnya. “Saya perlukan 20 minit dan 4 orang pembantu ketika memakainya sebentar tadi. Tapi saya sukakan cabaran tersebut!”
***
Kami juga dapat melihat rekaan gaun rasmi Jane yang dihasilkan oleh pereka yang kian popular iaitu Amar Madfie dan Zeed Jameel dari Amaze Atelier.
Mereka berdua mengambil ilham dari reka bentuk Jambatan Seri Wawasan di Putajaya dan ia menonjolkan lagi bahagian bahu Jane yang lebih lebar daripada gadis biasa.
Wow, jambatan – gaun rasmi..sama tak korang?
Apapun, kami ingin ucapkan all the best kepada Jane yang akan bertanding di Bangkok dalam masa kurang dari 2 minggu lagi.
Jumlah ahli parlimen wanita sejak 1999 dilihat konsisten. Mungkin ‘terlalu konsisten’ sehinggakan tiada peningkatan signifikan.
Disebabkan itulah, terdapat laungan kuat oleh beberapa para aktivis wanita di Malaysia yang menyeru agar representasi wanita di dalam pemerintahan negara ditingkatkan sehingga 30 peratus. Ini adalah bagi peringkat negeri mahupun untuk peringkat nasional.
30 peratus di peringkat negeri bermaksud sekurang-kurangnya 3 orang exco wanita dan di peringkat negara pula, sekurang-kurangnya 8 orang menteri wanita.
Pada peringkat penamaan calon tempoh hari, rata-rata persatuan aktivis wanita yang dianggotai oleh wanita belia (berumur 25-35 tahun) gembira apabila lebih ramai calon wanita diperkenalkan oleh parti kerajaan mahupun pembangkang.
Namun semalam, ketika kerajaan negeri Selangor mengumumkan barisan exco negeri tersebut, hanya DUA orang wanita yang dipilih iaitu Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Seri Serdang).
Barisan exco negeri Selangor yang diumumkan semalam.
Apa jadi dengan bayangan 30 peratus wakil wanita dalam pemerintahan, you may ask? Hanya seorang saja lagi wakil wanita yang perlu dipilih, seorang je untuk membentuk 30 peratus. Akhirnya, rakyat selangor terpaksa berpuas hati dengan hanya dua. Sigh.
Kerajaan Selangor merupakan negeri pertama yang telah membuat pengumuman. Sama-samalah kita tunggu bagaimana situasinya di negeri lain pula.
But for now, jom lihat siapa 10 calon wanita yang mampu mengoyang dunia pemerintahan Malaysia, GIRL POWER!
01
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
(Timbalan Perdana Menteri)
Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia akan mempunyai Timbalan Perdana Menteri wanita dan itu adalah satu pencapaian yang amat tidak disangka-sangka akan berlaku.
Malah, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mengucapkan tahniah atas perlantikan tersebut dan merasa bangga sejarah dapat dicatatkan. “Walaupun kami berbeza pandangan politik tetapi sebagai seorang ibu dan pemimpin wanita, saya yakin Wan Azizah boleh melakukan tugasan dengan baik insyaAllah,” kata beliau.
02
Tan Sri Dr. Zati Akhtar Aziz
(Majlis Penasihat Elit – Council of Elders)
Daripada lima orang ahli cendikiawan yang dipilih oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk menyertai Majlis Penasihat Elit Kabinet, Tan Sri Zeti Aziz merupakan satu-satunya wanita di situ.
Dengan pengalaman 16 tahun sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri positif terhadap pemulihan semula ekonomi negara seperti yang pernah berlaku pada pertengahan 1990-an di bawah era pentadbiran Tun M.
03
Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut
Bekas ahli DUN Subang Jaya ini berkata rakyat kini lebih yakin untuk menyumbang ke arah ekonomi negara dan kekal tinggal di negara ini.
“Suasana kini lebih positif, sudah tiba masa lebih ramai generasi muda untuk menyertai barisan penjawat awam. Kita perlukan guru, doktor dan jurutera yang bagus untuk membangunkan negara.”
04
Rina Harun
Ahli Parlimen Titiwangsa
Walaupun masih ramai netizen yang tidak mengenali siapa beliau, Rina Harun sebenarnya merupakan Ketua sayap wanita bagi Bersatu. Walaupun dilihat kurang popular berbanding Ketua saya pemuda parti tersebut iaitu Syed Saddiq, Rina dilihat berdedikasi bagi membangunkan wanita di negara ini.
“2 hari selepas saya dilantik, saya memutuskan untuk mengelilingi negara bagi berkempen. Bagi saya peringkat akar umbi itu penting. Biarlah Tun M, Presiden Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Mukhriz dan Syed Saddiq bercakap manakala saya pula lakukan ground work.
“Takkanlah kita nak semua bercakap, kan? Kerja tetap kerja.”
05
Dr. Norlela Ariffin
Ahli Dun Penanti
Beliau merupakan salah seorang ahli politik wanita PKR yang berani untuk berhadapan dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng and that says a lot of things.
Dr. Norlela pernah disebut-sebut akan menggantikan Parlimen Kajang yang dipegang oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah (Parlimen Pandan). Bukan calang-calang orang boleh memegang kerusi panas itu. Tetapi Dr. Norlela masih dengan prinsipnya untuk bertanding di DUN Penanti, Pulau Pinang.
Antara usaha berjaya di bawah Dr. Norlela adalah menutup kilang haram di Sungai Lembu, projek mengurangan banjir dan pembinaan infrastruktur seperti kompleks sukan serta dewan serbaguna.
06
Young Syefura Othman
Ahli Dun Ketari
Calon muda dan penerima Dana Sinar Haria, Young Shefura Othman tak menyangka boleh menang kawasan yang ditandinginya. Young Syefura atau mesra dengan panggilan Rara ini mencuri perhatian netizen muda dengan gaya fesyennya sepanjang tempoh berkempen.
YB berusia 28 tahun ini selesa memadankan baju kurung moden dan baju kebaya labuh dengan tudung matching semasa turun padang. “Mereka kenali saya, dan ingin mengambil gambar terutamanya remaja perempuan. Saya bukanlah pakar fesyen tetapi saya akan memakai mengikut situasi.”
07
Rubiah Wang
Ahli Parlimen Kota Samarehan
Bukan saja Rubiah mengalahkan dua lagi calon lelaki daripada parti PKR dan PAS, malah majoriti yang dimenanginya juga jauh meninggalkan pencabar. Undian yang diterimanya pada kali ini juga meningkat berbanding pada PRU ke-13.
Rubiah membuktikan walaupun dia mewakili parti yang tidak popular di kalangan netizen, penduduk Kota Samarahan masih yakin dengan kepimpinannya sebagai calon di situ.
08
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Nurul Izzah yang juga memangku jawatan Naib Presiden PKR mengekalkan komitmennya untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi menyokong kebebasan media.
Usaha itu dilihat beliau untuk membentuk persekitaran media yang terbuka dan untuk meraikan kebenaran.
“Kita perlu adil menerima kritikan dalam membina negara. Sejak 2012, sudah saya siapkan dokumentasi bagi memansuhkan akta yang mengekang kebebasan media. InsyaAllah, tak lama lagi.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!