Serangan udara Minab mengejutkan dunia apabila sekurang-kurangnya 153 individu, hampir kesemuanya kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh hingga 12 tahun, dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara yang menyasarkan sebuah sekolah rendah di selatan Iran, memetik laporan Middle East Eye.

Serangan pada pagi Sabtu itu mengenai Sekolah Shajareh Tayyebeh di bandar Minab, wilayah Hormozgan, ketika Amerika Syarikat dan Israel dilaporkan mula melancarkan siri serangan terhadap beberapa sasaran di seluruh Iran.

Menurut agensi berita Iran, Tasnim dan Fars, mangsa terdiri daripada pelajar perempuan yang berada di dalam bangunan ketika kejadian. Difahamkan, terdapat kira-kira 170 murid perempuan di sekolah tersebut pada waktu serangan berlaku.

“Saya Terdiam, Tak Mampu Bercakap”

153 Pelajar Terbunuh Ketika Waktu Belajar, Tragedi Hitam Gegar Selatan Iran

Seorang kakitangan sekolah yang enggan dikenali memberitahu Middle East Eye bahawa dia masih dalam keadaan terkejut dengan impak serangan tersebut.

Dengan nada sebak, dia berkata hanya beberapa saat selepas melangkah keluar dari bangunan sekolah, satu bunyi dentuman kuat kedengaran sebelum peluru berpandu menghentam bangunan.

“Saya rasa seperti hilang suara. Saya tak mampu bercakap. Bunyi kanak-kanak menangis dan menjerit jelas kedengaran,” katanya kepada portal berkenaan.

Dia kemudian berlari semula ke arah sekolah dan menyaksikan suasana yang disifatkannya sebagai mimpi ngeri tubuh kanak-kanak terbaring di atas bangku kelas dan di setiap sudut bangunan, manakala sebahagian lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Ads

Menurutnya, ibu bapa yang tiba di lokasi bertukar menjadi lautan tangisan apabila menyedari skala tragedi tersebut.

“Tempat ini sudah bertukar menjadi rumah perkabungan,” katanya lagi.

Ramai Masih Tertimbus Dalam Runtuhan

Laporan Middle East Eye turut menyebut bahawa ramai mangsa dipercayai masih berada di bawah runtuhan ketika pasukan penyelamat memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Rakaman yang tular di Telegram menunjukkan orang ramai menggali runtuhan, dengan asap tebal kelihatan naik dari bangunan sekitar. Jeritan dan tangisan jelas kedengaran dalam video tersebut.

Ads

153 Pelajar Terbunuh Ketika Waktu Belajar, Tragedi Hitam Gegar Selatan Iran

Insiden serangan udara Minab ini turut mencetuskan kemarahan dan kecaman pelbagai pihak. Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, mengecam serangan berkenaan dan menyatakan kematian kanak-kanak tersebut “tidak akan dibiarkan tanpa balasan”.

Sejak Sabtu, serangan dilaporkan berlaku di beberapa bandar termasuk Tehran, Qom, Karaj, Isfahan dan Kermanshah. Menurut Bulan Sabit Merah Iran, sekurang-kurangnya 201 orang maut dan 747 lagi cedera dalam siri serangan melibatkan 24 wilayah.

Serangan Udara Minab Jadi Simbol Tragedi

Namun di sebalik angka itu, tragedi di Minab menjadi simbol paling menyayat hati sebuah sekolah yang sepatutnya menjadi tempat belajar dan bermain, bertukar menjadi lokasi kehilangan ratusan nyawa kecil dalam sekelip mata.

Ads

Serangan udara ini menjadi antara insiden paling tragik dalam konflik terbaharu yang melanda Iran.

Kejadian ini bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada keluarga mangsa, malah mengundang perhatian masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan orang awam, khususnya kanak-kanak, dalam zon konflik.

Komuniti setempat dilaporkan masih bergelut dengan trauma akibat tragedi tersebut. Ramai ibu bapa dan penduduk yang berkumpul di luar kawasan sekolah tidak dapat menahan sebak apabila mengenang nasib anak-anak yang terkorban akibat serangan tersebut.

Dalam suasana penuh kesedihan itu, usaha mencari dan menyelamat terus dijalankan dengan harapan masih ada mangsa yang dapat diselamatkan. Namun, bagi kebanyakan keluarga, serangan udara Minab telah mengubah kehidupan mereka buat selama-lamanya.

Sumber : Middle East Eye

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads