Seperti Tahu Ajal Makin Hampir, Bani Seventeen Perbanyak Ibadah Di Saat Akhir Hidupnya

Share

Bagaikan tahu ajalnya sudah dekat, di akhir hayatnya, pemain bass kumpulan Seventeen yang maut dalam tragedi tsunami semalam dilihat lebih banyak beribadah selain meningkat amal diri juga bersedekah.

Inilah dikongsikan oleh seorang rakannya, Fajar yang memaklumkan Bani amat cenderung mempelajari agama. Bahkan dia sempat menghantar ibunya menunaikan umrah selain berjanji akan membiayai sekolah adiknya sehingga tamat belajar.

“Ibunya baru balik dari umrah bulan lepas. Malah dia juga dilihat semakin cenderung memperbaiki dirinya selain rajin ibadah,” katanya yang nyata sedih dengan tragedi menimpa sahabatnya itu.

Dalam pada itu, seorang jiran arwah Bani berkata, setiap kali hari raya dia akan menerima sedekah 100,000 rupiah dari pemain bass yang baik hati itu.

Bani seakan tahu ajalnya sudah tiba. Dia perbanyakkan ibadah di saat akhir hidupnya
Ketika mengadakan persembahan lagu kedua, pentas  band Seventeen tiba-tiba roboh dan menghanyutkan anggotanya

Kumpulan Seventeen ini antara korban tsunami ketika sedang membuat persembahan bagi lagu kedua di Tanjung Lesung, Banten pada Sabtu 22 Disember 2018.

Pentas yang mereka mengadakan persembahan tiba-tiba runtuh di mana ahli kumpulan ini dilihat berpegangan tangan namun akhirnya tiba-tiba lenyap dilanda tsunami besar.

Dalam kejadian tsunami ini, hanya seorang yang hidup iaitu Ifan penyanyi utamanya. Selain Andi dan pengurus mereka, Oki, empat lagi mayat belum ditemui iaitu Herman (gitaris), Abdi Windu (drum), Ujang (kru) dan Dylan Sahara (isteri vokalis Ifan).

Letusan gunung berapa Krakatau antara penyebab tsunami di Banten terjadi

Bagaimana tsunami Banten berlaku?

Setakat ini disahkan 222 kematian terjadi sementara 168 orang lagi belum ditemui.

Badan Mateorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) berkata tiada amaran awal berbunyi sekaligus mencetuskan panik di kalangan penduduk tempatan yang jelas tidak bersedia dengan bencana ini. Tsunami ini mula tercetus apabila terjadi gelombang besar di Pantai Anyer di Kabupaten Pandeglang dan Lampung Selatan pada jam 9.30 malam.

Banyak rumah runtuh dipukul tsunami setinggi 2-3 meter yang melanda Selat Sunda
Setakat ini korban tsunami sudah melebihi 222 orang dengan 843 orang alami kecederaan

Ratusan rumah dan bangunan rosak teruk dan dikhabarkan 843 orang tercedera buat masa ini.

Seperti tsunami yang terjadi di Indonesia sebelum ini, kes di Banten kali ini begitu berbeza kerana tiada petanda air surut sebaliknya terus terjadi ombak setinggi dua ke tiga meter melanda.

BMKG melaporkan satu gegaran dikenal pasti berlaku di gunung berapi Anak Krakatau Dwikorita dan peristiwa itu berlaku pada Jumaat 21 Disember pada jam 1.51 tengahari dan ternyata ianya adalah petanda awal. Namun gegaran di gunung berapi itu diletakkan sebagai tanda waspada sahaja ketika itu.

Banyak kemusnahan terjadi dalam tsunami di Banten ini

“Pada 22 hb, satu pengumuman dibuat iaitu gegaran itu berpotensi tinggi. Jam 7.00 malam BMKG melaporkan akan berlaku potensi gelombang tinggi di sekitar perairan Selat Sunda.

“Dijangkakan gelombang tinggi akan terjadi pada 21-25 Disember nanti,”kata jurucakap BMKG yang menjelaskan tsunami ini terjadi disebabkan dua peristiwa iaitu gegaran letusan gunung berapi Anak Krakatau dan keduanya ialah gelombang tinggi.

Apa yang mengejutkan, pasukan BMKG ada di Selat Sunda melakukan ujian pada jam 9.00-11.00 malam.

“Namun gelombang kuat dan angin kencang membawa pasukan kembali ke darat. Dan ternyata dari sinilah tsunami terjadi,” katanya lagi.

 

IKLAN