Penyanyi, Fairuz Selamat baru-baru ini menekankan bahawa gembira adalah kunci utama untuk menjalani hidup yang sihat dan penuh semangat di samping mampu mengekalkan penampilan yang sentiasa segar bak remaja walaupun sudah pun memasuki usia 40 tahun.
Menurut Fairuz Selamat atau nama sebenar Mohd Fairuz Bin Selamat yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Q-Face ini, tiada rahsia istimewa atau tip yang perlu diikuti. Namun, beliau percaya amalan untuk menjadi seorang yang gembira setiap hari adalah ‘ubat’ terbaik untuk semua masalah hidup.
Kredit: Fairuz SelamatKredit: Fairuz Selamat
“Sebenarnya saya tak ada tip apa pun, cuba awak tengok muka saya yang kedut-kedut ini. Semua itu saya guna sahaja bila muat naik di media sosial tapi saya rasa semua orang perlu sentiasa ‘happy’ dan gembira sebab bila mood kita baik, mesti badan pun sihat”
“Saya juga ambil pendekatan setiap pagi jangan mulakan hari dengan amarah, ini pesanan untuk semua termasuk diri saya. Bila pagi hari walau apa pun yang jadi, cubalah kita mulakan hari dengan senyuman dan kata-kata yang baik dan bila dah buat aktiviti lain dan nak moody suka hatilah tapi jangan pernah mulakan hari dengan amarah sebab nanti ia akan terbawa sampai kesudah,” jelasnya santai ketika ditemu bual oleh REMAJA selepas persembahan Gegar Vaganza musim ke-11 di Auditorium MBSA, semalam.
Kredit: Fairuz Selamat
Jelasnya yang amat menitikberatkan kesihatan mental, apabila seseorang memulakan hari dengan keadaan marah, setiap keputusan yang diambil tidak akan betul, perkataan boleh menjadi kasar dan akal pun turut menjadi kurang menentu.
“Untuk badan pula, macam biasa kurangkan makanan berminyak, gula, garam. Air pula saya kurang minum yang bergula kecuali bila ada event macam ini ya saya minum ais dan manis sikit. Selain daripada itu saya tak ambil sebab saya dah 40 tahun, jadi penyakit dah mula menghampiri,” ujarnya sambil tertawa.
Ads
Kredit: Astro GV11
Dalam pada itu, Fairuz turut berkongsi mengenai persembahannya pada minggu kedua yang membawakan lagu Mengusung Rindu nyanyian asal kumpulan Spin.
Walaupun berpuas hati dengan penampilannya malam semalam, Fairuz menekankan bahawa jika diberikan peluang, beliau ingin memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan.
Ads
Dia juga amat menghargai pandangan daripada pihak juri untuk memperbaiki persembahan pada masa akan datang.
Kredit: Astro GV11
Sementara itu, bercakap mengenai tugasan lagu tema Ceritera, Fairuz bakal menyanyikan lagu Datuk Sheila Majid berjudul ‘Dia’.
Ads
“Saya akan cuba cari cara dengan pasukan saya bagaimana nak bawa lagu itu tanpa rosakkan identitinya,” katanya dengan penuh semangat.
Kredit: Astro GV11
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah kembali perlahan-lahan beroperasi pasca musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, AirAsia telah melakukan beberapa perubahan pada jumlah beg penumpang dalam ruangan kabin pesawat.
Untuk pengetahuan korang, bermula April lalu, AirAsia sebenarnya telah mengumumkan bahawa penumpang mereka hanya dibenarkan membawa naik SATU sahaja beg seberat 5kg ke dalam ruang kabin pesawat. Kemudian AirAsia menaikkan had berat SATU beg kepada 7kg.
Perubahan jumlah beg ini bagi membantu memudahkan penjarakan sosial penumpang semasa mengisi dan mengosongkan ruangan kabin.
Namun, pengumuman itu nyata TIDAK disampaikan secara jelas kepada penumpang sepanjang musim PKP.
Ini kerana, selepas kelonggaran diberikan oleh kerajaan untuk kita kembali menaiki pesawat untuk penerbangan domestik – ramai penumpang yang memuat naik status serta video tidak berpuas hati apabila mereka tidak dibenarkan membawa ‘bagasi kecil’ mereka ke dalam kabin.
Walhal informasi mengenai perubahan itu telahpun diberitahu di laman web AirAsia dan pada tiket penerbangan.
Bagaimanapun bermula semalam, AirAsia memperbaharui peraturan tersebut apabila kini membenarkan 2 beg yang tidak melebihi berat total 7 kg untuk dibawa naik ke kabin secara percuma – bagi setiap penumpang.
Dalam kenyataan kepada pihak media semalam, AirAsia berkata, “Penumpang kini boleh membawa naik 2 beg, tetapi ada perbezaan dari segi saiznya.
“Satu beg untuk diisi ke dalam ruangan kabin tidak boleh melebihi dimensi 56sm (H) x 36sm (W) x 23sm (D) ataupun panjang linear 115sm.
“Satu lagi beg adalah beg laptop atau beg kecil yang tidak melebihi dimensi 40sm (H) x 30sm (W) x 10sm (D) ataupun panjang linear 80sm. Ia mestilah muat untuk dimasukkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan.”
*
Bagi korang yang perlu membawa naik beg melebihi berat 7kg ke dalam kabin, korang masih boleh menempah baggage allowance atau upgrade secara lebih awal semasa membeli tiket penerbangan.
Iyalah, kan nak balik kampung sempena Hari Raya Aidiladha ini. Mestilah banyak barang nak bawa balik kan! Hehe..
Kita sering berhati-hati bila membasuh pakaian berjenama dan berharga mahal.
Iyalah, buatnya fabrik tercarik atau warna luntur – boleh menangis dibuatnya!
Satu jenis pakaian yang sering dibasuh tangan adalah baju dalam ataupun bra. Apa yang ramai perempuan tidak tahu adalah cara sebenar untuk membasuh baju dalam menggunakan mesin pembasuh.
Pengguna Twitter bernama @kikilalana yang bekerja di sebuah butik pakaian dalam berjenama berkongsi teknik yang boleh korang cuba.
*
1 Pertama, tidak salah pun untuk korang membasuh baju dalam terutamanya baju dalam berjenama dengan memasukkannya ke dalam mesin pembasuh.
DAN tak juga apabila korang mengamalkan basuh menggunakan tangan selama ini. Apa yang ingin disampaikan adalah cara basuhan menggunakan mesin pembasuh ada langkahnya.
2 Sekiranya boleh, usah campurkan mesin tersebut dengan pakaian berfabrik keras seluar jeans. Khaskan sesi basuhan itu untuk pakaian seperti baju kemeja, baju T dan seluar dalam, sebagai contoh.
3 Rahsia utama adalah dengan menggunakan bra net. Ini agar perincian ‘mahal’ pada baju dalam seperti manik swarovski, besi dan fabrik lace tidak mudah rosak.
Korang boleh dapatkan bra net di kedai seperti Daiso.
4 Tetapkan penggunaan bra net untuk 2 baju dalam saja. Bukan 1, bukan 3. Pastikan 2.
5 Lipatkan kedua-dua baju dalam bermula dari bahagian tengah seperti foto di bawah. sorokkan talinya di bawah.
6 Voila siap pun dibasuh! Keringkan seperti biasa. Namun, Kila menasihatkan kita agar mempunyai time gap daripada hari membasuh dan hari memakai semula.
Jarakkannya selama 3 hari. Sekiranya korang basuh pada hari Isnin, korang boleh pakai ia semula pada hari Khamis.
Ini supaya fabrik dan tali baju dalam boleh kecut dan tegang seperti asal.
*
So girls, why not cuba basuh dengan menggunakan bra net serta teknik yang betul.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang Squid Game 2 Lee Jung-jae bakal menjadi pelakon dengan bayaran tertinggi Korea Selatan jika gaji yang dilaporkan dipersetujui oleh pihak Netflix.
Menurut sumber AllKpop, pelakon berusia 50 tahun tersebut dilaporkan meminta Netflix membayarnya RM4.6 juta untuk setiap satu daripada 13 episod drama popular musim kedua itu.
Ini akan membolehkan bintang terkenal tersebut memperoleh lebih kurang RM60 juta berbanding bayaran RM1.2 juta yang dilaporkan untuk setiap sembilan episod dalam musim pertama drama Squid Game.
Pihak Netflix juga dilaporkan tidak boleh ‘mengabaikan’ permintaan pelakon tersebut kerana beliau memainkan peranan penting dalam musim pertama siri itu sehinggakan drama itu berjaya mencecah keuntungan lebih kurang RM4.2 bilion.
Hal ini sekaligus menjadikannya pelakon K-drama dengan bayaran tertinggi, menyingkirkan pelakon terkenal Kim Soo-hyun yang dibayar RM1.97 juta setiap episod untuk drama One Ordinary Day dua tahun lalu.
Barisan pelakon Squid Game musim pertama.
Tambahan pula, jumlah bayaran tersebut secara automatik akan melebihi bayaran bintang terkenal drama bersiri Netflix, Stranger Things, Millie Bobby Brown sebanyak 4 kali ganda. Wowww….memang ‘another level’ sangat!
Sekadar info, Lee dilaporkan sedang membuat persiapan bagi menyertai bersedia drama bersiri Disney+ Star Wars The Acolyte tahun hadapan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.