
Jenama fesyen tempatan, Rizman Ruzaini, terus mengukuhkan pengaruh mereka di pentas antarabangsa apabila figura berpengaruh, Rawdah Mohamed, melangkah penuh yakin di karpet merah Festival Filem Cannes 2025 dalam busana eksklusif ciptaan mereka.
Untuk yang belum kenal, Rawdah bukan calang-calang individu. Beliau merupakan seorang model, penulis blog, aktivis
, dan bekas editor fesyen Vogue Scandinavia.Berdarah campuran Norway-Somali, Rawdah juga dikenali dalam bidang kesihatan serta sering mencuri perhatian dengan gaya street style yang bold dan identiti fesyen Muslimah yang kuat.
Penampilan Rawdah setinggi 173 cm di Cannes jelas mencuri tumpuan. Gaya beliau yang sederhana tapi classy benar-benar menonjolkan aura elegan seorang wanita berhijab.
Rekaan atasannya dikemas rapi dengan deretan butang di bahagian belakang, manakala skirt kembang potongan princess
menambahkan efek dramatik yang anggun.Untuk melengkapkan ‘look’ tersebut, Rawdah memilih sepasang kasut tumit tinggi jenis pointed-toedaripada jenama Buttonscarves, menjadikan keseluruhan penampilan lebih menyerlah.
Apa yang lebih menarik, rekaan ini bukan sahaja menampilkan fabrik berkualiti dan jahitan yang teliti, tetapi turut mengekalkan nilai
fesyen patuh syariah iaitu satu elemen yang semakin mendapat tempat dalam arena fesyen global.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.