Inilah yang dapat dinyatakan saat ini. Perkongsian ini hadir daripada wartawan Astro Awani, Firdaus Azil yang turut berpeluang menaiki helikopter yang membawa pulang keranda wira negara, arwah Muhammad Adib Mohd Kassim menuju ke kampung halamannya boleh membuatkan seluruh rakyat Malaysia menangis.
Semasa rakaman lintas langsung Firdaus Azil sepanjang penerbangan dari Subang menuju ke padang sekolah SMK Tebangau Kuala Kedah, dia memerhatikan bapa Adib kelihatan tenang di dalam pesawat.
Namun bila dia memandang ke arah Nurul Najihah yang juga tunang kepada arwah Muhammad Adib pula, perempuan tersebut dilihat sentiasa mengusap sebentuk cincin yang dipercayai merupakan cincin pertunangan mereka.
Firdaus Azil melaporkan Nurul sesekali memegang sebentuk cincin yang dipercayai cincin tunangnya.Sebak, mungkin sesiapa yang berada di tempat Nurul pasti merasai kesedihan ini.
Nurul juga dilihat memegang bucu keranda sambil airmatanya berkaca. “Saya juga sempat memandang ke arah telefon bimbitnya dan mendapati tertera gambar Adib di belakang telefon tersebut,” katanya semasa lintas langsung upacara pengebumian wira negara tersebut selepas waktu Zohor, tadi.
Ads
Pemergian Adib mula mencetuskan polemik di dalam negara. Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, P Wayta Moorthy dalam laporan Astro Awani hari ini berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam yang mengakibatkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dibawa ke muka pengadilan dengan pantas.
Air mata bergenang tetapi Nurul tetap menahannya.Nurul mememang cincin pertunangan mereka. Mungkin mahu menggambarkan isi hatinya yang terlalu kesedihan sekarang.Kubur menempatkan arwah Adib tersedia digali pagi tadi.Wathya Moorthy menyifatkan Adib seorang anggota bomba yang berani dan berwibawa. Gambar Malaysikini.
Waytha Moorthy berkata, Muhammad Adib merupakan seorang ahli Bomba yang berani dan berwibawa, berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, saya menyeru rakyat Malaysia agar mendoakan Muhammad Adib ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.
“Fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi dalam 60 tahun yang lalu dan marilah kita bersama-sama berdoa untuk Muhammad Adib dan keluarga beliau pada masa yang mencabar ini,” kata beliau menerusi satu kenyataan.
Ads
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib.
“Kami berkongsi kesedihan keluarga beliau dan negara berkabung bersama-sama dengan keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini,” katanya lagi.
Isu kematian Muhammad Adib dalam tragedi rusuhan pada 26 November lalu turut mendapat perhatian dari pelbagai peringkat di mana Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang berjanji kematian Adib akan terbela.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menyampaikan salam takziah. Hal yang sama mendapat perhatian dari bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang turut menulis di Twitter-nya dan menyampaikan salam takziah.
Pelbagai pihak juga mengharapkan perusuh yang membelasah Adib dibawa segera ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya.
Al-Fatihah untuk wira negara ini.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir keseluruhan masjid serta surau di Malaysia sebentar tadi menyentuh mengenai insiden tembakan rambang yang berlaku di Christchurch New Zealand, minggu lalu.
Seiring dengan khutbah solat Jumaat yang disampaikan oleh para khatib, antara inti pati teks pada minggu ini menyentuh mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh 50 mangsa korban dalam serangan di dua masjid di Christchurch.
Tanpa menyentuh mengenai dendam terhadap si pelaku, para khatib mengajak kaum Muslimin sekalian untuk berfikir sejenak mengenai hikmah di sebalik insiden itu.
Sekitar suasana solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch, sebentar tadi. Mereka juga mendengar khutbah yang menyentuh tentang insiden tembakan.
“50 mangsa mungkin sudah pulang kepadaNya, namun 500, 5000 dan lebih ramai penduduk dunia kini mendoakan kesejahteraan mereka dan kesejahteraan dunia seperti yang yang disampaikan oleh ajaran Islam.”
Khutbah kemudian diikuti oleh solat Jumaat yang rata-rata memperdengarkan bacaan surah al-Baqarah bermula daripada ayat 154 hingga 157. Maksud ayat suci berikut dilihat bersesuaian dengan insiden yang berlaku.
Ini merupakan terjemahan ayat yang dimaksudkan.
“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”
Surah Al-Baqarah, ayat 154
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Surah Al-Baqarah, ayat 154
Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, masjid dan surau di sekitar Lembah Klang pula telah menyahut seruan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan menunaikan solat jenazah ghaib untuk mangsa yang terkorban. Mengikut laporan, 84 buah masji dan 110 surau telah terlibat sama.
Untuk pengetahuan korang, sidang parlimen New Zealand pertama yang berlangsung pada hari Selasa lalu selepas insiden tersebut juga telah dimulakan dengan bacaan surah al-Baqarah oleh Imam Nizam Thanvi. Ia diikuti dengan terjemahan oleh Imam Tahur Nawaz.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu demi satu kejayaan dilakar oleh pelajar di Malaysia.
Terbaru, dua orang penuntut Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengharumkan nama negara setelah mereka memperolehi markah tertinggi bagi kertas peperiksaan program The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) bertaraf antarabangsa.
Dua pelajar itu merupakan Looi Pui Mun iaitu graduan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) yang memperoleh markah tertinggi bagi kertas Advanced Financial Management (AFM) Disember 2021. Manakala Tan Yi Wen, penuntut tahun akhir Sarjana Muda Perakaunan pula memperolehi markah tertinggi bagi kertas Advanced Performance Management (APM) Disember 2021.
Pencapaian ini sekaligus meletakkan Pui Mun di tempat pertama Malaysia DAN di dunia, manakala Yi Wen pula berada di tempat pertama di Malaysia dan ke-14 di dunia.
Kongsi Pui Mun, walaupun dia terpaksa meneruskan pengajian dalam musim pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, ia tidak menjadi halangan sebaliknya dijadikan sebagai satu kelebihan. Ini kerana dia mempunyai lebih banyak masa untuk fokus belajar selepas menamatkan latihan industri (internship).
Sementara itu Yi Wen pula menzahirkan keterujaannya dan pada masa yang sama berasa terkejut kerana tidak menyangka telah memperoleh markah tertinggi di Malaysia. Jelasnya, untuk mencapai kejayaan tersebut, disiplin amatlah penting dan segala usahanya selama ini terbayar.
Tahniah diucapkan buat Looi Pui Mun dan Tan Yi Wen atas kejayaan yang diraih ini. Semoga lebih ramai anak muda terinspirasi dengan kisah kejayaan dua pelajar cemerlang ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dikenali sebagai figura yang sangat popular dalam dunia fesyen, Gigi Hadid menggunakan ‘kuasa’ laman sosial untuk sama-sama memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dan mengecam tindakan tenteta Israel yang membunuh seramai 60 orang penunjuk perasaan termasuk lapan orang kanak-kanak pada Isnin lalu.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Gigi Hadid yang secara terbuka memberikan sokongannya kepada rakyat Plesti secara terbuka dan lantang di Twitter.
Tragedi serangan tentera Israel yang tidak beperikemanusiaan itu berlaku selepas satu protes diadakan bai memperingati kejadian ‘al-Nakba’, di mana lebih 700 ribu rakyat Pelstin diusir dari tanah air mereka pada 1948. Protes itu juga berlangsung secara kebetulan dengan pemindahan pejabat Duta Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis.
Menerusi akauan Twitter, Gigi Hadid berkongsi petikan artikel dari Al Jazeera berserta foto yang menyeru orang ramai untuk memperingati ‘Al-Nakba’.
Jelasnya, “saya sudah mengatakannya sebelum ini dan akan mengatakannya sekali lagi. Bagi saya, isu ini bukan tentang agama atau persengketaan antara satu sama lain – ia adalah tentang ketamakan”. Tweet tersebut turut disertakan dengan hashtag #freepalestine #freegaze #coexist dan emoji ‘peace’ dalam tweet seterusnya.
Walau bagaimapaun terdapat pihak terutamanya pengguna Twitter pro-zionis telah menempelak tindakan Gigi Hadid tersebut. Sebagai contoh, akaun Stand Wit Us (akaun inisiatif pendidikan Israel pro-Zionis) yang mendakwa tindakan tentera tersebut sebagai mempertahankan diri dan turut jengkel dengan penggunaan perkataan ‘tamak’ terhadap Israel.
Tetapi dengan penuh tenang Gigi Hadid membalas, “apa yang saya katakan ialah untuk rakyat Palestin dan Israel hidup aman seperti dahulu kala – bulannya hidup dalam ketamakan”.
Gigi Hadid yang juga mempunyai darah keturunan Palestin menegaskan dia bukanlah mempunyai agenda ‘anti’ kepada mana-mana pihak. Dia juga menlahirkan kekecewaan apabuila kenyataannya sering dipuatr belit terutama oleh pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan Palestin.
Ini bukalah kali pertama ahli keluarga Hadid bersuara mengenai konflik ini. Selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan akan memindahkan pejabat Kedutaan AS ke Baitulmaqdis, adik Gigi iaitu Bella Hadid turut melahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Palestin menerusi akauan Instagram miliknya.
Sekali lagi, tahniah buat Gigi Hadid yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kebobrokan rejim Zionis. Semoga keberanian Gigi Hadid ini menjadi inspirasi buat kita untuk tidak takut menyuarakan pendapat jika kita yakin berada di phak yang benar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!