Mengenali figura si tinggi lampai ini, sememangnya sama sekali tidak mengenali erti penat lelah untuk mengukir nama dalam industri seni.
Mimi Lana, pelakon anggun dan berbakat besar ini yang juga terkenal dengan watak air mata, setiap lakonan yang diberikan pasti dilunaskan dengan sempurna.
Tidak hairanlah, dari hari ke hari pelakon ini acap kali menjadi perhatian pengarah tempatan dan mendapat tempat di hati para penonton dengan lakonan yang ditampilkan di layar skrin.
Bagaikan berbakti semula di tempat lahirnya seorang ‘Mimi Lana’ sebagai anak seni, terbaharu bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu diberi peluang sebagai juri jemputan bagi episod ketujuh Hero Dewi Remaja 2023 iaitu cabaran lakonan.
Berkata kepada Remaja, Mimi menyifatkan kesemua finalis memiliki masa depan yang sangat cerah dalam industri seni tanah air.
“Bagi saya, mereka semua ada masa depan yang sangat cerah. Bukan sahaja datang dengan ‘look’, tetapi mereka datang sekali dengan bakat.
Ads
“Paling penting mereka semua ada kesungguhan dan tahu apa yang mereka lakukan dalam program ini. Saya berharap mereka akan terus fokus kerana ini baru sahaja permulaan dan jangan berputus asa.
“Hero Remaja ini bukan semata-mata untuk lakonan sahaja, jadi jika tidak dapat nak teruskan dalam bidang lakonan, ada banyak lagi bidang lain di luar sana. Jadi, pilihlah dengan baik apa yang anda mahu,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama hit Perempuan Itu turut menitipkan pesanan kasih sayang buat peserta yang berjaya ke pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 sebelum melangkah ke dunia seni yang sebenar.
“Kita semua bermula daripada bawah, jadi kelemahan itu akan diperbaiki apabila mereka fokus, disiplin dan kesungguhan dalam industri ini.
Ads
“Seperti yang saya katakan, program ini adalah satu permulaan. Kita memang mula daripada kosong tetapi apa yang paling penting adalah pengetahuan dan tahu apa yang anda nak dalam industri ini.
“Bukan untuk kejar glamor semata-mata, kerana tanggungjawab anda sebagai seorang pelakon adalah lebih daripada itu. Buatlah perkara yang betul dan ke jalan yang betul.
Sempat mengimbas kembali momen di saat dirinya berada di pentas Dewi Remaja, aktres berusia 28 tahun ini mengakui bakat baharu yang berada dalam Hero Dewi ini lebih baik daripada batch yang terdahulu, selain berbangga dengan prestasi mereka.
“Kalau saya boleh imbas semula semula, batch mereka ini adalah lebih baik daripada kami yang dulu. Mungkin mereka sudah tahu platform Hero Dewi Remaja ini untuk apa, jadi mereka sudah lakukan persediaan. Saya sangat berbangga dengan mereka.
Ads
“Perkara itu kita tidak boleh elakkan, tetapi finalis dalam ini perlu buktikanlah yang anda berada di sini untuk apa.
“Ambil juga peluang untuk belajar dengan senior yang ada dalam industri ini, itu adalah penting juga. Sentiasa hormat orang sekeliling dan rendah diri,” tuturnya lagi.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan pada Jumaat hadapan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Personaliti media sosial dan model, Dahlia Rizal menzahirkan kesyukuran apabila suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil berjaya memiliki sebuah kereta elektrik jenama Build Your Dreams (BYD).
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, Dahlia dilihat memuat naik video menunjukkan dalaman dan luaran kereta milik suaminya yang berona putih.
“Kereta baru suami! Alhamdulillah atas rezeki ini,” katanya.
Dalam pada itu, Dahlia turut berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan buat bekas peserta Hero Remaja itu sehingga berjaya membeli sebuah kereta baharu yang setelah lamanya diidamkan.
“Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua yang membantu Imran menjayakannya, untuk sokongan dan sayang anda,” coretnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menumpang gembira atas kejayaan tersebut selain menitipkan doa buat pasangan berkenaan agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Dahlia berkongsi berita gembira apabila dirinya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkin ini satu kesan peredaran zaman semua beralih ke dunia online.
Terbaru, jenama fesyen high street popular dunia iaitu ZARA, bakal menutup sebanyak 1,200 kedai di seluruh dunia kerana peruncit pakaian mahu meningkatkan penjualan atas talian sejak timbulnya pandemik Covid-19.
Fuh….Kiranya mereka mahu tutup kedai tapi penjualan atas talian masih diteruskan.
Zara dilaporkan akan menutup sebanyak 1,200 kedai di seluruh dunia kerana peruncit pakaian mahu meningkatkan penjualan atas talian sejak timbulnya pandemik Covid-19. Kiranya mereka mahu tutup kedai tapi penjualan atas talian masih diteruskan.
Penutupan dijangka tertumpu di Asia dan Eropah. Difahamkan, 107 kedai di UK tidak terlalu terjejas dengan ketara.
Inditex, salah satu peruncit pakaian terbesar di dunia telah mengalami kerugian besar semasa penularan wabak Corona, dengan penjualan menurun hampir 44% antara 1 Februari dan 30 April, pada suku pertama.
Syarikat melaporkan kerugian bersih €409m pada suku tersebut. Hampir satu perempat daripada kedainya tetap ditutup pada 8 Jun.
Walau bagaimanapun, penjualan atas talian meningkat 50% pada suku tersebut, dan meningkat 95% pada bulan April.
So rasa- rasanya Zara Di Malaysia turut terjejas ke tak eh? Korang tunggu jela kalau Jenama ni umumkan notis dan jualan murah maka tamatlah riwayat Zara di sini.
Amacam? Korang rasa perubahan Zara dari butik fizikal ke online ini wajar ke..?
Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 9.15 pagi tadi.
Menurut muat naik di Instagram Scha, suaminya Awal Ashaari dan anak sulung mereka, Lara Alana, bayi perempuan seberat 3.2kg itu telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua pada 12 Februari 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
“Keduap-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami bersyukur di atas amanat ini dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga,” catat ketiga-tiga akaun Instagram mereka.
Buat masa ini, bayi tersebut hanya dikenali sebagai Baby L.
Mereka sekeluarga menunggu waktu yang bersesuaian setelah Scha dibenarkan pulang ke rumah dalam masa beberapa hari untuk memperkenalkan nama Baby L untuk pengetahuan khalayak.
Tak sabar rasanya nak menatap wajah Baby L buat pertama kali.
Terdahulu, Scha dan Awal pernah berkata dalam temuramah di majlis makan malam Nona Superwoman Award 2020 bahawa mereka inginkan jantina Baby L menjadi kejutan buat mereka bertiga dan sanggup menunggu hingga ke saat-saat kelahiran hari ini untuk mengetahuinya.