Tanggal 29 November 2022 merupakan detik gemilang buat para wanita dari bumi Timur Tengah apabila wakil pertandingan ratu cantik Miss Earth dari Palestin, Nadeen Ayoub tampil menjuarai gelaran Miss Earth Water – sekaligus menjadi wakil ratu cantik Palestin pertama dalam sejarah perwakilan negara tersebut untk memenangi pertandingan ratu cantik di peringkat antarabangsa.
Nadeen Ayoub yang pada waktu itu baru berusia 24 tahun dimahkotakan di Manila, Filipina bersama-sama tiga lagi juara kategori masing-masing termasuklah juara gelaran utama Miss Earth 2022 dari Korea Selatan, Mina Sue Choi; Andrea Aguilera dari Colombia (gelaran Miss Fire 2022) dan Sheridan Mortlock dari Australia (gelaran Miss Air 2022).
Sepanjang hampir setahun selepas malam kemenangan itu, masing-masing telahpun bertugas di bawah pengurusan organisasi Miss Earth ke berpuluh-puluh buah negara bagi menyampaikan mesej kesejahteraan terhadap alam sekitar kepada masyarakat di seluruh dunia.
Terbaru, Nadeen sepatutnya dijadualkan untuk berada di acara Miss Earth Vietnam 2023 di mana beliau akan meraikan kemenangan wakil dari Vietnam bagi edisi tahun ini.
Bagaimanapun, Nadeen dilaporkan tidak membuat kemunculan seperti yang diharapkan lalu membuatkan peminat dunia ratu cantik tertanya-tanya mengenai keberadaannnya.
Nadeen yang juga merupakan seorang jurulatih kecergasan dan penasihat nutrisi rupa-rupanya mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak berada di Vietnam.
Ads
Bukannya empunya badan enggan muncul secara sengaja, namun Nadeen sensitif terhadap situasi peperangan yang sedang melanda negara Palestin.
Serangan berbalas di antara Palestin dan Israel yang menyaksikan ramai orang ramai tidak bersalah terbunuh termasuklah kanak-kanak membuatkan Nadeen memilih untuk terus setia kekal dengan negara kelahirannya.
“Ramai di antara anda bertanyakan saya mengapa saya tidak menghadiri Miss Earth Vietnam 2023.
“Ini merupakan waktu yang cukup menyedihkan bagi negara saya dan saya perlu bersama mereka memandangan waktu ini tidak sesuai (bagi saya) terlibat dengan keraian. Saya sedang berkabung bersama-sama seluruh rakyat (Palestin).”
Ads
“Sepanjang beberapa hari yang lalu, saya terjaga dari tidur dan masuk tidur sambil terkenangkan kanak-kanak di Palestin dibunuh. Insiden ini boleh terjadi kepada saya mahupun anda.. apa yang membezakan kita dengan mereka adalah kita tidak dilahirkan di Gaza,” catatnya menerusi hantaran Instagram Story.
Memetik temubual bersama Institute for Middle East Understanding (IMEU) yang diterbitkan pada 13 Februari 2023, Nadeen menyifatkan pertandingan ratu cantik seperti Miss Earth sebagai caranya untuk memecahkan tembok streotaip yang dihadapi oleh wanita Palestin dan negara-negara Arab dalam laporan media mereka.
Ads
“Wanita Arab adalah golongan yang kental, mempunyai bermacam-macam kelebihan untuk ditawarkan, berpelajaran dan cantik. Cantik bukan hanya dari luaran tetapi kami juga mampu berkongsi kepada dunia mengenai budaya serta sejarah sebenar terbinanya negara Palestin sejak dahulu kala,” katanya.
Nadeen dibesarkan di beberapa buah negara termasuklah di Palestin, Amerika Syarikat dan Kanada. Biarpun terpaksa mengikut keluarga bermastautin ketika zaman kanak-kanak, ibu bapa Nadeen serius dalam memastikan beliau terus kekal dengan adat resam seorang warga Palestin malah berbangga dengan latar belakangnya itu.
Setelah menamatkan pengajian dalam jurusan sarjana muda Sastera dan Psikologi daripada sebuah universiti di Kanada, Nadeen tidak teragak-agak untuk pulang semula ke Palestin untuk berkhidmat di kawasan Tebing Barat.
Sebagai info, pertandingan Miss Earth mengikut sejarah penganjurannya merupakan salah satu daripada empat buah pertandingan ratu cantik antarabangsa yang diiktiraf sebagai ‘The Big 4’; di samping Miss World, Miss Universe dan Miss International.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama bertahun-tahun lamanya, pertandingan ratu cantik Miss Universe telahpun menggunakan slogan ‘Confidently Beautiful’ atau Cantik Dengan Keyakinan sebagai moto utamanya.
Malah jika korang masih ingat, pada tahun 2015, juara Miss Universe pada edisi tersebut iaitu Pia Wurtzbach dari Filipina turut menyelitkan slogan berkenaan dalam jawapan akhirnya.
Antaranya, ia berbunyi, “Saya ingin menunjukkan kepada dunia, ataupun alam semesta, bahawasanya saya cantik dengan keyakinan menyeluruh dan hati yang suci. Terima kasih,” jawabnya.
Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach.
Lantas, apabila semalam Miss Universe mengumumkan bahawa organisasi itu akan menukar slogan berkenaan daripada ‘Confidently Beautiful’ kepada ‘Beautifully Confident’, ramai yang tertanya-tanya sebab di sebalik penukaran itu dan sekiranya ada perbezaan besar antara duanya.
Iyalah, dengar macam sama. Tukarkan kedudukan perkataan sahaja.
Menurut kenyataan Miss Universe, penukaran slogan ini merupakan satu bentuk evolusi organisasi itu dalam memperkasakan wanita kuat di seluruh dunia menerusi pertandingan yang mereka anjurkan. Lantas, fokus terhadap kecantikan kini telah dialihkan kepada ‘attitude’ dan keyakinan yang ada pada seseorang wanita.
Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu.
“Seorang duta Miss Universe ialah seseorang yang berfikiran luas, inovatif, berani dan dikuasai oleh kepercayaannya sambil terus komited untuk menghormati hak, perbezaan dan maruah insan lain. Duta-duta kami membina asas kemasyarakatan yang kuat di seluruh dunia lalu memupuk rasa kekitaan,” catat CEO terbaru organisasi Miss Universe, Amy Emmerich.
Perubahan slogan ini sekaligus menutup jilid lama Miss Universe yang dahulunya terkenal dengan melantik pemenang berdasarkan rupa paras semata-mata sekitar era 2000-an sewaktu ia dipimpin oleh Donald Trump.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan gaun petang antara sesi penting dalam pertandingan pusingan awal Miss Universe. Semua ternanti-nanti apakah prestasi yang akan dipersembahkan oleh ratu cantik asal bumi Sarawak ini.
Ketika sesi pengenalan gaun petang yang berlangsung di Malaysia, gaun rona biru rekaan Rizman Ruzaini yang diinspirasikan dari kisah dongeng Puteri Sejinjang mendapat reaksi bercampur baur dari pencinta pertandingan ratu cantik tempatan.
Gaun dengan penceritaan Puteri Sejinjang ini menerima reaksi bercampur baur peminat pageant tempatan.
Pagi tadi tepat jam 8 pagi waktu Malaysia, ternyata Francisca mengejutkan semua penonton dengan gaun dengan ilusi kemban belahan tinggi di bahagian tepi penuh hiasan jemeki itu. Ternyata ia bukan gaun yang sama dari apa yang dipersembahkan di Malaysia. Menariknya ia dinamakan Puteri Santubong sebagai lawan kepada Puteri Sejinjang.
Masih lagi direka oleh pereka fesyen yang sama, dalam hantaran di Instagram rumah fesyen tersebut, penjelasan lanjut diberikan. “This monochromatic ombre gown di reka pada September 2020 selepas Francisca di mahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia.
“Mengadaptasi kisah saga fairytale Puteri Santubong yang gemar amat menenun kain juga punya pekerti nian putih sebersih hatinya telah disumpah menjadi gunung yang gah di Negari Sarawak setelah berlakunya pergelutan bersama Puteri Sejinjang.
“Taking all that into note, Rizman Ruzaini masih mengekalkan siluet sleek dan demure kepada gaun malam ini memandangkan ratu kita mempunyai aura eksotik yang cukup tersendiri. Rizman Ruzaini believes that Francisca will inject her aura and persona into making this dress truly comes alive with her statuesque features, bright mind and kind soul. Taking the spirit of Santubong herself from the mountains of Borneo to the Universe.
Gaya anggun dan yakin Fran di pentas pusingan awal Miss Universe 2020
“BUNGA TERUNG adalah elemen Borneo utama yang disuntik kala melakar corak ulangan cacahan tatu bersama siluet jam pasir pada gaun bustier adorned by hand sewn intricate ombre bead work by our artisans completing every inch and hugging Francisca’s dangerous curves.”
Adakah Francisca bakal menjadi pemecah kemarau kemaraan Malaysia untuk berada dalam kelompok semi-finalis Miss Universe 2020?
Sama-sama kita nantikan. Untuk pengetahuan pembaca, kali pertama dan terakhir Malaysia berjaya memasuki kelompok semi-finalis adalah pada tahun 1970 menerusi wakilan Josephine Lena Wong.
Setelah Malaysia mencapai kedudukan Top 30 di pertandingan Miss Universe 2024 menerusi jelitawan, Sandra Lim; kini tiba giliran wakil terbaru negara untuk sekali lagi membawa nama negara di pentas ratu cantik berprestij tersebut.
Chloe Lim yang dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2025 kira-kira sebulan lalu kini berada di Bangkok, Thailand untuk melakukan yang terbaik bagi mengekalkan kedudukan membanggakan yang diperolehi pada tahun lalu.
Memasuki hari kelima di sana, malam ini menyaksikan Chloe dan lebih seratus delegasi lain dari serata dunia terlibat dalam sebuah acara formal bagi memperkenalkan diri mereka di mata dunia.
Tampil dalam busana serba merah oleh pereka fesyen tempatan, Brian Khoo; Chloe jelas semakin yakin dengan skil yang dipersembahkan di pentas ratu cantik.
Terdahulu sebelum ‘terbang’ ke Thailand, Chloe terpaksa menelan kritikan yang dilontarkan ke arahnya oleh warganet yang mengikut rapat dunia ratu cantik.
Biarpun berdepan kata-kata berbaur negativiti, ia tidak sesekali menghambarkan semangat dan keinginan Chloe untuk memberikan yang terbaik buat negara tercinta. Nah! REMAJA senaraikan lima fakta menarik mengenai wakil negara ini.
Miss Universe Malaysia 2025, Chloe Lim
01. Kali Pertama Sertai Ratu Cantik
Sebelum terlibat dalam dunia ratu cantik, Chloe yang kini berusia 27 tahun berkhidmat sebagai Perunding Pengurusan. Walaupun pernah menyuarakan hasrat untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam hidupnya, Chloe sama sekali tidak pernah terfikir untuk menyertai pertandingan ratu cantik apatah lagi memenanginya.
02. Ubah Fikiran Saat-Saat Terakhir
Chloe hampir tidak menyertai pertandingan Miss Universe Malaysia 2025 apabila dia nekad untuk menghantarkan borang penyertaan hanya dua jam sebelum aplikasi ditutup!
03. Bawa Mesej Kemanusiaan
Keberadaan Chloe di Thailand bukanlah sekadar untuk kelihatan glamor di hadapan kamera. Sebaliknya, Chloe membawa mesej kesedaran terhadap jurang pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak di Malaysia. Sejak usia belasan tahun lagi, Chloe telah menawarkan diri untuk misi sukarelawan di Lighthouse Children Welfare Home di Bangsar, Kuala Lumpur terutamanya untuk meraih dana kewangan untuk kegunaan rumah amal tersebut.
Chloe Lim bersama teman sebiliknya di Miss Universe 2025 dari Honduras.
04. Ghairah Kejar Pendidikan
Keazaman Chloe dalam menyuarakan isu jurang peluang pendidikan dalam kalangan kanak-kanak ini muncul daripada pengalamannya sendiri. Chloe bertuah kerana pernah melanjutkan pelajaran hingga ke United Kingdom, New York, Portugal dan Estonia. Daripada pengalaman meluas ini, Chloe sedar bagaimana akses terhadap pendidikan yang berkualiti amat penting untuk menentukan masa hadapan seseorang.
*
Ayuh! Sama-sama kita berikan sokongan buat Chloe Lim sepanjang keberadaannya di Bangkok bagi mengharumkan nama Malaysia.
Pentas akhir Miss Universe 2025 bakal berlangsung pada 21 November ini bagi menyaksikan siapakah ratu baharu yang akan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh juara 2024 dari Denmark, Victoria Kjær Theilvig.