Hujan lebat di Lembah Klang semalam pastinya memberi kembimbangan buat orang ramai kerana khuatir sekiranya berlaku banjir teruk sekali lagi. Beberapa kawasan dikatakan sudah menaiki air akibat hujan lebat yang tidak berhenti dari pagi.
Bagi penduduk Selangor yang berhadapan dengan kecemasan akibat banjir dan memerlukan bantuan, Smart Selangor telah berkongsi informasi tentang pihak yang korang boleh hubungi segera. Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi C51 Smart Selangor di tujuh talian untuk laporan dan aduan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Antara talian yang boleh dihubungi ialah 0356500501, 0356500502 dan 0356500503 serta menerusi aplikasi WhatsApp di talian 0108887364. Untuk talian WhatsApp beroperasi 24 jam dan talian telefon sehinga pukul 9 malam.
Ads
Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beerapa lokasi di sekitar ibu negara dinaiki air, antaranya termasuklah Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh ke Jalan Rahmat, Jalan Sultan Ismail ke Ampang dan Jalan Kampar off Jalan Sentul.
Antara lokasi lain yang terkesan ialah di Bulatan Dato, Kampung Periuk, Jalan Duta Mas, Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi sementara di Selangor antara yang terkesan dilaporkan di Sekinchan dan Puchong.
Ads
So guys, korang boleh simpan senarai talian yang boleh dihubungi oleh penduduk di Selangor dan sekiranya berlaku masalah banjir dapatkan bantuan dengan segera. Semoga kejadian awal tahun ini tidak lagi berulang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nasib setiap orang tidak sama. Ada dilahirkan dalam keluarga yang sempurna dan dimanjakan, ada pula yang perlu berusaha sendiri demi mengapai impian dan cita-cita.
Ilmu itu tidak terbatas pada usia, taraf ekonomi dan juga latar belakang. Semua orang berhak mendapatkan ilmu jika dia ada kemahuan dan bersedia untuk belajar.
Begitu juga dengan pendidkan di peringkat tinggi di universiti. Pada zaman sekarang ramai remaja dan anak muda yang terus bekerja selepas tamat sekolah. Kadangkala ia berlaku bukan kerana kehendak diri sendiri tetapi mungkin disebabkan terpaksa akibat kesemptian hidup atau ingin membantu keluarga.
Namun, lain pula dengan pemuda dari Kota Bharu, Kelantan ini. Ahmad Arif Aziz, 20, sanggup melakukan tiga kerja semata-mata untuk mengumpul kos perbelanjaan bagi menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Itu yang dilakukannya demi memenuhi impiannya untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang syariah.
Malah, pemuda ini turut bekerja di sebuah kedai ‘produk sunah’ sejak sebulan lalu dan mengajar mengaji al-Quran kepada kanak-kanak di sebuah pusat pengajian di Pengkalan Chepa dan orang dewasa secara dalam talian sejak setahun lalu.
Ahmad Arif Aziz, 20 menunjukkan surat menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir ketika ditemui di rumahnya di Kampung Petani, Sering. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR ( HMetro)
Menurutnya, dengan tiga kerja itu, dia mampu meraih pendapatan melebihi RM1,000 sebulan sekali gus dapat menyimpannya untuk dibuat belanja sepanjang tempoh pengajiannya di Mesir yang dijangka pada September ini.
“Saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa kerana mereka sudah berkorban segalanya untuk saya selama ini.
“Jadi, saya mengambil keputusan melakukan tiga kerja ini di samping turut dibantu oleh kerajaan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Parlimen Pengkalan Chepa, Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan ini, guru, saudara dan orang ramai.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa membantu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Petani, Sering di sini.
Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, bapanya, Aziz Ismail, 64, yang juga imam di Masjid Pasar Kota Jembal adalah orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan pada mata kiri, manakala ibunya, Ramlah Seman, 60, hanya seorang suri rumah.
“Kedua-dua ibu bapa saya menyokong apa sahaja yang saya lakukan asalkan ia baik dan memberi faedah.
“Saya tidak mahu membebankan ibu bapa kerana tahu kos pengajian di luar negara semestinya mahal berbanding dalam negara. Ini impian saya untuk belajar di Mesir seterusnya mahu membalas jasa kedua ibu bapa dan berbakti untuk negara,” katanya.
Ahmad Arif yang juga lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari Maahad Muhammadi Lelaki berkata, dia mendapat tawaran melanjutkan pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Syariah.
Dia bersyukur kerana sempat mencari duit bagi menampung perbelanjaan di sana nanti dan berharap pengajiannya selama empat tahun berjalan lancar serta dipermudahkan.
“Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini dan akan menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan,” katanya.
So semua, tak kiralah apa saja ujian dan kesusahan hidup yang penting kita perlu ada matlamat dan tahu apa yang diinginkan dalam kehidupan. REMAJA mendoakan agar kejayaan sentiasa melingkari kehidupan remaja ini pada masa-masa akan datang dan dalam pelajarannya.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehangatan Piala Dunia 2018 semakin dirasai. Korang masih ingat lagi tak negara mana yang menjuarai setiap perlawanan piala dunia?
Jom kita throwback sikit senarai juara Piala Dunia bermula dari 1930 hinggalah 2014.
1930 – Uruguay
Pusingan akhir: Uruguay 4 – 2 Argentina
Negara tuan rumah: Uruguay
1934 – Itali
Pusingan akhir: Itali 2 – 1 Czechoslovakia
Negara tuan rumah: Itali
1938 – Itali
Pusingan akhir: Itali 4 – 2 Hungary
Negara tuan rumah: Perancis
1950 – Uruguay
Pusingan akhir: Uruguay 2 – 1 Brazil
Negara tuan rumah: Brazil
1954 – Jerman
Pusingan akhir: Jerman 3 – 2 Hungary
Negara tuan rumah: Switzerland
1958 – Brazil
Pusingan akhir: Brazil 5 – 2 Sweden
Negara tuan rumah: Sweden
1962 – Brazil
Pusingan akhir: Brazil 3 – 1 Czechoslovakia
Negara tuan rumah: Chile
1966 – England
Pusingan akhir: England 4 – 2 Jerman
Negara tuan rumah: England
1970 – Brazil
Pusingan akhir: Brazil 4 – 1 Itali
Negara tuan rumah: Mexico
1974 – Jerman
Pusingan akhir: Jerman 2 – 1 Belanda
Negara tuan rumah: Jerman
1978 – Argentina
Pusingan akhir: Argentina 3 – 1 Belanda
Negara tuan rumah: Argentina
1982 – Itali
Pusingan akhir: Itali 3 – 1 Jerman
Negara tuan rumah: Sepanyol
1986 – Argentina
Pusingan akhir: Argentina 3 – 2 Jerman
Negara tuan rumah: Mexico
1990 – Jerman
Pusingan akhir: Jerman 1 – 0 Argentina
Negara tuan rumah: Itali
1994 – Brazil
Pusingan akhir: Brazil 3 – 2 Itali
Negara tuan rumah: Amerika Syarikat
1998 – Perancis
Pusingan akhir: Perancis 3 – 0 Brazil
Negara tuan rumah: Perancis
2002 – Brazil
Pusingan akhir: Brazil 2 – 0 Jerman
Negara tuan rumah: Jepun/Korea Selatan
2006 – Itali
Pusingan akhir: Itali 1-1 (5-3) Perancis
Negara tuan rumah: Jerman
2010 – Sepanyol
Pusingan akhir: Sepanyol 1 – 0 Belanda
Negara tuan rumah: Afrika Selatan
2014 – Jerman
Pusingan akhir: Jerman 1 – 0 Argentina
Negara tuan rumah: Brazil
Berdasarkan senarai berikut, Brazil merupakan negara yang paling banyak menjuarai Piala Dunia, iaitu selama lima kali, diikuti oleh Itali dan Jerman sebanyak empat kali.
So, tahun ni kita tengok siapa pula yang bakal merampas takhta Jerman, selaku juara dunia 2014.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.
Berita kurang baik kembali datang dari keluarga kerabat diraja Inggeris. Baru-baru ini, Putera William dilaporkan positif COVID-19 pada April lepas.
Laporan dari The Sun itu bagaimanapun turut disahkan oleh beberapa media tempatan termasuk BBC
The Sun melaporkan William, 38, dirawat oleh doktor istana dan menjalani kuarantin di rumahnya Ammer Hall di Norfolk.
Sepanjang April, beliau masih menjalankan tanggungjawabnya dengan mengadakan sebanyak 14 panggilan telefon dan video.
“Pada satu tahap, William bergelut untuk bernafas yang jelas membuatkan orang di sekelilingnya panik.
“Selepas berjumpa dengan pasukan perubatan dan disahkan positif (keputusan itu) agak mengejutkan memandangkan beliau cukup sihat dan aktif (dalam masa sama) William tekad untuk meneruskan kerjanya,” kata seorang sumber kepada The Sun.
Laporan itu mendakwa William dijangkiti COVID-19 hanya beberapa hari selepas bapanya, Putera Charles, 71 tahun turut disahkan positif COVID-19 pada hujung Mac.
Tambahan lagi, beliau bagaimanapun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum kerana ingin mengelak kebimbangan orang ramai dan sehingga kini, tiada sebarang komen dari Istana Kensington.
Apapun kita doakanlah agar pewaris takhta diraja Britain ini kembali sihat seperti sedia kala. Sebab tu pentingnya seluruh rakyat Malaysia mendengar arahan kerajaan yang dikeluarkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!