Berdasarkan senarai berikut, Brazil merupakan negara yang paling banyak menjuarai Piala Dunia, iaitu selama lima kali, diikuti oleh Itali dan Jerman sebanyak empat kali.
So, tahun ni kita tengok siapa pula yang bakal merampas takhta Jerman, selaku juara dunia 2014.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya kes penipuan yang melibatkan scammer masih lagi belum berakhir, malah ada individu yang turut menjadi mangsa akibat tindakan licik individu tidak bertanggungjawab ini.
Baru-baru ini, seorang remaja berusia 17 tahun menjadi mangsa scammer apabila dia yang pada asalnya ingin membeli sehelai blaus dan perlu membayar RM200 termasuk kos penghantaran akhirnya kerugian RM26,000 selepas ditawarkan cabutan bertuah memenangi seunit iPhone 12 Pro Max.
Menurut Harian Metro, mangsa berminat untuk membeli sehelai blaus dan berurusan dengan penjual melalui aplikasi mesej di Instagram yang memintanya memasukkan RM200 ke satu akaun bank milik individu bagi bayaran baju berkenaan termasuk kos penghantaran.
Beberapa hari kemudian, mangsa menerima mesej WhatsApp daripada satu talian tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai wakil dari butik pakaian berkenaan dan memaklumkan mangsa memenangi cabutan bertuah seunit iPhone 12 Pro Max dan diminta membuat bayaran terlebih dahulu sebagai wang jaminan.
Mangsa seterusnya membuat pindahan wang sebanyak RM1000 ke satu akaun bank milik individu berbeza menggunakan perkhidmatan perbankan internet milik ibunya.
Mangsa kemudiannya diminta untuk membuat tiga lagi bayaran berjumlah RM7,000 ke akaun bank yang sama kononnya sebagai wang cagaran yang akan dipulangkan semula.
Dalam tempoh beberapa hari kemudian, mangsa masih lagi diminta membuat beberapa lagi bayaran berjumlah RM18,000 ke beberapa akaun bank lain milik individu berbeza bagi pelbagai tujuan seperti untuk membuka kata laluan iPhone 12 Pro Max berkenaan, selain untuk kos penghantaran.
Akhirnya mangsa mengesyaki dirinya ditipu selepas menerima satu panggilan aplikasi WhatsApp memperkenalkan diri sebagai pegawai bank memintanya membuat bayaran tambahan bagi mendapatkan kembali wang miliknya dan jika tidak berbuat demikian, remaja itu diugut akan dibawa ke mahkamah.
Mangsa yang belum menerima baju yang dibelinya dan juga hadiah cabutan bertuah itu terus membuat laporan polis dengan jumlah kerugian RM26,200.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta boleh juga dikenakan denda.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan tawaran iklan barangan atau perkhidmatan secara dalam talian terutama yang meminta bayaran ke akaun bank milik individu yang tidak dikenali.
Orang ramai juga diminta untuk tidak cepat rasa teruja dan mempercayai sebarang tawaran hadiah cabutan bertuah yang meminta bayaran dibuat terlebih dahulu sebelum hadiah berkenaan diterima.
Orang ramai juga disaran membuat semakan nombor akaun bank dan juga nombor talian di laman web semakmule atau di aplikasi telefon pintar “Check Scammers CCID’ yang boleh dimuat turun secara percuma.
Talian CCID Scam Response Centre 03-2610 1559 / 03-2610 1599 juga boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut mengenai modus operandi jenayah komersil dan juga untuk mangsa hubungi sekiranya sudah melakukan transaksi bayaran ke akaun keldai.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana mudahnya remaja ini terpedaya dengan sindiket penipuan, tiada siapa yang ingin kejadian seperti ini berlaku dan semoga ia dijadikan pengajaran buat semua lapisan masyarakat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kedengaran mengarut bukan? Tetapi inilah realiti yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah yang terletak di negara Jepun.
Walaupun tiada statistik menyeluruh mengenai berapa banyak sekolah yang meletakkan syarat ini, namun dalam tinjauan pada 2020, satu daripada 10 sekolah di Fukuoka menguatkuasakan larangan ikatan rambut ponytail kepada pelajar perempuan.
Bercakap kepada Vice, seorang guru yang dikenali sebagai Motoki Sugiyama berkata pihak pengurusan sekolah memberitahu kepadanya yang pelajar perempuan tidak boleh menggayakan ikatan rambut ponytail yang mendedahkan leher mereka.
Ini kerana pihak sekolah khuatir gaya tersebut akan merangsang pelajar lelaki secara seksual.
“Saya selalu mengkritik peraturan ini tetapi kerana kurangnya kritikan secara menyeluruh, perkara ini menjadi normal. Pelajar tiada pilihan kecuali menerimanya,” ujarnya.
Sugiyama telah mengajar di lima buah sekolah sepanjang 11 tahun berada di wilayah Shizuoka; kira-kira 90 batu di barat daya Tokyo dan kesemua sekolah itu mengharamkan gaya ikatan ponytail.
Kerana percaya yang peraturan itu tidak berasas, dia telah menjadikan isu ini sebagai misi peribadinya untuk mendedahkan hal yang tidak munasabah kepada pelajar. Misi ini selari dengan seruan yang semakin meningkat terhadap sekolah untuk menggugurkan peraturan yang seksis dan secara terang-terangan menghalang ekspresi diri bagi pelajar.
Larangan menggayakan ikatan rambut ponytail hanyalah salah satu daripada larangan lain yang dikenali sebagai buraku kosoku, yang dikenakan ke atas pelajar di Jepun.
Senarai sekatan di bawah peraturan ini menentukan warna seluar dalam dan stoking pelajar, panjang skirt dan bentuk keras yang dikenali sebagai Buraku Kosoku, yang dikenakan ke atas pelajar di Jepun.
Antara senarai peraturan lain seperti menentukan warna seluar dalam dan stoking pelajar, panjang skirt dan bentuk kening.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah dinamakan rezeki. Malah Allah menjanjikan rezeki bagi hambaNya yang redha dengan setiap ujian diberikan. Jika semalam begitu ramai yang mendaftar i-Akaun untuk mengeluarkan RM500 dari akaun 2 masing-masing, tak kurang juga yang menyerbu laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk Tabung Bantuan Prihatin yang dijanjikan oleh pihak kerajaan buat golongan B40 dan M40.
Hari ini pula sekali lagi rezeki buat golongan B40 apabila Pusat Pungutan Zakat melancarkan program Musaadah Khaira Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang mana ia membuka ruang lebih luas kepada mana-mana individu yang layak termasuk bukan Islam untuk memohon bantuan khas koronavirus (Covid-19).
Program di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang menerima suntikan dana awal sebanyak RM1 juta itu menumpukan kepada golongan B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,300 sebulan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dana sebanyak RM1 Juta disalurkan ke Musaadah COVID-19 ini dan dibayar secara one off. Bagi orang bukan Islam, PNB ada salurkan dana RM300,000 untuk permulaan
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, permohonan program bantuan wang tunai RM300 itu mula dibuka semalam dengan kaedah secara atas talian di pautan musaadahkhaira.zakat.com.my.
“Pihak kami sasarkan untuk proses sekurang-kurangnya 1,000 permohonan sehari dengan tempoh pemprosesan kelayakan dalam tempoh tujuh hari,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Musaadah Khaira Covid-19 di Kompleks Islam Putrajaya semalam.
Perasmian itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Pada majlis sama, Presiden Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed turut menyumbang RM300,000 bagi Tabung Khaira PPZ bantuan khas Covid-19.
Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, sumbangan badan korporat di bawah tanggungjawab sosial korporat itu akan digunakan untuk membantu pemohon bukan Islam, manakala dana terkumpul melalui sumber PPZ pula akan disalurkan kepada pemohon beragama Islam.
“Sumbangan ini adalah bersifat ‘one-off’ dan jumlah penerima itu adalah bergantung kepada kutipan sumbangan yang diperoleh untuk masa-masa akan datang,” katanya. Sumber : SINAR HARIAN
Kalau korang nak duit dari kami, REMAJA pun boleh, jangan lupa join contest REMAJA DENGAR KATA nie. Seminit jer buat video. Kalau terpilih dah dapat hadiah. Lagi pun boring-boring tu, join nie lagi seronok.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!