Pengunaan pulse oximeter di rumah sedang giat diperkatakan di media sosial, khususnya dari ahli perubatan yang menyarankan agar satu rumah mempunyai satu pulse oximeter ini bagi memeriksa tahap oksigen.
Alat ini sangat penting bagi pesakit yang mempunyai simptom COVID-19 seperti batuk, demam dan sesak nafas. Namun kini ramai yang sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan alat pulse oximeter ini sentiasa ada di rumah bagi persediaan sekiranya perkara tidak diingini berlaku.
Sekiranya korang ingin membeli, pastikan ia adalah yang original dan bukannya tiruan. Sudah banyak pulse oximeter tiruan yang dijual secara online dengan harga jauh lebih murah. Jadi, untuk mengelakkan daripada tersalah beli, berikut kami senaraikan antara jenama pulse oximeter yang telah diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA).
Menggunakan dua bateri alkali jenis AAA dan penggunaan kuasanya sangat menjimatkan bateri. Sepit pada hujung jari menggunakan alat ini dan biarkan pulse oximeter membaca kadar nadi dan tahap oksigen dalam darah. Produk ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC1574221-53413.
Penggunaannya sangat mudah dengan hanya menekan satu butang sahaja, ia sudah berfungsi. Terdapat enam jenis format yang dipaparkan iaitu gelombang, bar, digit dan lain-lain. Model ini sudah pun diluluskan oleh MDA dibawah nombor pendaftaran GC52083234217.
Sesuai digunakan oleh semua golongan dewasa dan kanak-kanak dan ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Produk ini telah diluluskan oleh MDA di bawah nombor pendaftaran GC94689685818.
Jika bacaan normal, alat ini tidak akan menggeluarkan apa-apa bunyi tetapi jika sebaliknya, penggera akan berbunyi. Alat ini hanya boleh digunakan bagi golongan dewasa sahaja. Ia telah disahkan oleh MDA dibawah nombor pendaftaran GC2160119-29755.
Alat ini juga sesuai untuk pesakit vaskular, mereka yang bekerja lebih dari 12 jam sehari, mereka yang melakukan sukan lasak, kronik alkohol dan lain-lain. Diluluskan oleh MDA dengan nombor pendaftaran GC6804921-68270.
Pulse oximeter ini menggunakan dua biji bateri AAA untuk menghidupkannya dan mempunyai sistem automatik switch-off jika 8 saat tidak digunakan. Disahkan oleh MDA dibawah nombor pendaftaran YGC9480821-57718.
Antara pulse oximeter yang paling murah untuk dibeli, Yonker Pulse Oximeter YK-82 ini telah diluluskan oleh MDA dengan nombor pendaftaran GC4998120-43555.
Sangat mudah untuk digunakan, letakkan hujung jari pada bahagian sensor, tunggu beberapa saat dan keputusan akan keluar pada skrin LED. Model ini telah mendapat kelulusan MDA dibawah nombor pendaftaran GB3615421-57602.
Diharap agar senarai yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu korang mencari pulse oximeter yang original dan disahkan MDA.
Setelah dihentikan operasi pendakian pada 13 Januari lalu, kini aktiviti mendaki puncak Gunung Kinabalu sudah dibenarkan semula bermula Jumaat ini (5 Mac) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari sahaja.
Walau bagaimanapun, pendaki terlebih dahulu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki.
Pendaki juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), termasuklah mengemukakan keputusan ujian sebelum jam 10 pagi pada tarikh pendakian dan pendaki yang telah divaksin dikecualikan untuk ujian saringan COVID-19.
Mengikut SOP yang telah ditetapkan itu juga, pendaki dibenarkan mendaftar pada hari pendakian tetapi dengan syarat keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan kos saringan ujian ditanggung sendiri.
Bayaran pendakian akan dikembalikan sekiranya ujian saringan yang dibuat adalah positif dengan syarat memaklumkan secara bertulis kepada pihak taman sebelum jam 10 pagi pada hari pendakian.
Hm, tapi di negeri Sabah sendiri masih belum dibenarkan untuk merentas daerah, apa lagi nak rentas negeri kan? Jadi, mungkin penduduk sekitar gunung bolehlah daki Kinabalu ni. Hiks!
Siapa tak kenal dengan tonggak serangan pasukan Jurgen Klopp ini.
Mohamed Salah menjadi topik bualan ramai minggu ini apabila masa depannya di Liverpool menjadi tanda tanya ramai pihak.
Khabarnya, banyak kelab bola sepak yang tampil menawarkan harga pembelian lumayan bagi memilikinya bagi musim hadapan. Mananya tidak, pemain ini telah mencatatkan prestasi memberangsangkan sepanjang beraksi dengan Liverpool.
Sebagai rekod, Salah telah merekodkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Leeds United pada tahun lalu; lantas menjadi pemain keempat merekodkan 100 gol EPL sewaktu bersama Liverpool selepas Robbie Fowler, Michael Owen dan Steven Gerrard.
Manakala dalam sejarah penganjuran EPL, Salah menjadi pemain ke-30 mencecah jumlah 100 jaringan.
Baru kini, khabar angin mengatakan Salah bakal berpindah kelab telahpun secara rasminya dinafikan oleh Liverpool apabila kontrak pemain itu disambung pada hari ini.
The Reds melanjutkan khidmat pemain Mesir ini bersama mereka dengan semangat baharu. Salah bertekad membawa lebih banyak kejuaraan ke Anfield selepas menemui kesepakatan bersama dengan pengurusan kelab kendalian Jurgen Klopp itu.
Berikut merupakan 7 fakta tentang Salah yang mungkin ramai tidak tahu.
1. Mohamed Salah pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan, oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA).
2. Salah dianggar bernilai £29.75 juta berdasarkan laman web Transfer Market UK. Pemain kelahiran Mesir yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) daripada AS Roma setakat ini telah menjaringkan 100 gol bersama Liverpool.
3. Pernah terpalit kontroversi kerana enggan berlaga pipi bersama seorang hos wanita sewaktu menerima anugerah Pemain Terbaik Liga Swiss ketika bermain untuk Basel.
“Di Swiss, orang bertepuk tangan sedangkan di Mesir mereka mengkritik saya,” jelasnya.
4. Sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Makka, sempena nama kota suci umat Islam.
5. Salah juga salah seorang pemain bola sepak Muslim yang tidak berselindung tentang identiti Islamnya. Dia sering melakukan sujud syukur selepas berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan.
Pemain yang lahir pada 15 Jun 1992 di Mesir ini sering menadahkan pandangannya ke langit sambil menunjuk ke atas.
6. Salah yang lahir dan dibesarkan di perkampungan Nagrig di wilayah barat Mesir. Walaupun sudah dikenali seluruh dunia, dia tetap tidak melupakan tanah airnya dengan kerap membantu orang-orang miskin, hospital, sekolah dan teman-temannya sewaktu kecil dulu.
7. Pernah melibatkan diri di lapangan ketenteraan Mesir sebelum bergelar seorang pemain bola sepak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tiba hujung minggu, kebiasaannya kita mengambil peluang untuk menyediakan juadah makanan yang boleh dinikmati ketika hari cuti. Selain daripada makanan utama, kami pasti ramai yang sering tercari-cari makanan ringan yang boleh dijadikan snek sewaktu menonton drama/filem di masa lapang.
Biasalah, bila hari cuti ramai yang nak berehat dan kalau boleh, nak habiskan masa untuk marathon drama kan?
Jadi, sambil menonton tu mesti rasa nak mengunyah. Apa kata korang cuba resipi simple buat waffle sendiri di rumah. Mesin waffle boleh beli secara online dan harganya pun tidaklah mahal sangat, yang penting berbaloi.
Kalau beli di luar, kadang-kadang tekstur waffle tu jadi lembik dan kurang menarik. Ini kami nak berikan resipi waffle rangup yang telah dikongsi oleh Nor Asiah di grup Facebook Masak Apa Hari Ni?
Bahan-bahan:
– 3 cawan tepung gandum
– 1 cawan susu full cream
– 1 ½ cawan air
– ¾ cawan minyak masak/butter cair
– 2 biji telur
– Sedikit esen vanilla
– 2 sudu besar susu tepung
– 3 sudu gula castor
– ½ sudu kecil garam
– 1 sudu besar baking powder
– ¼ sudu kecil baking soda
Cara menyediakan:
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kemudian, kacau hingga sebati. Biarkan adunan dalam 10 ke 15 minit. Seterusnya, boleh terus dimasak dalam bekas waffle.
Siap!
Selepas itu, bolehlah letakkan jem di atas waffle tersebut
Baru-baru ini, pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin mengikat tali pertunangan bersama bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada 26 Mac,...