Lesen memandu adalah perkara yang paling penting untuk dimiliki kerena dengan adanya dokumen ini, masyarakat kita bebas untuk memandu ke mana sahaja. Malah, sekiranya kita melancong ke luar negara, terdapat beberapa negara yang menerima lesen memandu dari Malaysia tanpa perlu memiliki lesen memandu Antarabangsa.
Walau bagaimanapun, kadar bayaran lesen memandu kini nampaknya sudah meningkat jika mahu dibandingkan dengan waktu lalu. Kalau dulu, sewaktu penulis mengambil lesen kereta manual (D) harganya baru sekitar RM600 lebih, namun kini tidak lagi ya.
Kredit foto: arinaholdings.wordpress
Terdapat beberapa peraturan baru lesen memandu diperkenalkan. Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2020, termasuk kereta dan motosikal.
Selain itu juga, khabarnya ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini. Wah, macam best je. Hiks!
Jom kita semak senarai harga lesen memandu mengikut kategori:
Motosikal (B2) – RM350
Kereta Manual (D) – RM1,150
Kereta Automatik (DA) – RM1,250
Kredit foto: imkl.com
Di Malaysia, individu seawal usia 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc, manakala lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila sudah genap berusia 17 tahun. Untuk lesen E (bas/lori) pula, korang kena tunggu sehingga umur 21 tahun terlebih dahulu.
Ads
Walau bagaimanapun, harga lesen memandu ini juga terpulang mengikut sekolah memandu dan negeri juga. Jadi, jika korang ingin mengambil lesen memandu, sila semak di sekolah memandu pilihan korang.
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Selepas setahun, Pencarian Dewi Remaja masih lagi diteruskan untuk mencari siapakah gadis yang bakal menyandang gelaran Dewi Remaja 2019. Selepas 4 hari berlangsungnya misi pencarian, kini kami menampilkan 20 finalis yang berjaya disenarai pendek.
Kini kami mahu memperkenalkan 20 finalis yang berjaya melalui semua peringkat uji bakat dan dapat menawan hati juri.
1. Adriana Ghaafar
Merupakan seorang pelajar sarjana muda perundangan dari Universiti Malaya, Adriana juga berbakat dalam sukan futsal dan bola tampar. Suka membuat kerja amal, gadis ini ingin menjadi seorang motivator yang memberi kesedaran terhadap hak dan kepentingan wanita.
2. Aina Shuada
Sedang melanjutkan pelajarannya dalam jurusan pengurusan tanah, Aina merupakan peminat sukan bola sepak dan suka melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar. Kelebihan gadis ini adalah dia boleh menungga motocross, serta gemar melakukan aktiviti hiking.
3. Aishah Azhan
Gadis ini memulakan pengajian dalam bidang perakaunan di BPP University, Birmingham UK. Kini, Ash sedang menghabiskan bahagian terakhir secara online. Apa yang menariknya tentang anak kelahiran Selangor ini, dia mempunyai bakat dalam bidang lakonan.
4. Saidah Syahirah
Merupakan seorang pramugari di syarikat penerbangan komersil, selepas dua kali hadir ke uji bakat Dewi Remaja barulah gadis ini berjaya melepasi ke peringkat seterusnya. Jelas sekali, dia seorang yang tidak mudah putus asa dan sering berusaha untuk mendapatkan apa yang diingininya.
5. Shaza Nuriman
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mempunyai banyak pengalaman dalam bidang iklan TV, modelling dan juga pengacaraan. Selain bergelar seorang graduan jurusan Bachelor of Art di Universiti Malaya, Shaza juga menjadi guru separuh masa dalam kelab drama di sekolah rendah.
6. Farha Nabila
Anak sulung daripada 5 beradik ini berasal dari Kuala Lumpur merupakan graduan diploma Pembantu Perubatan (MA) di Lincoln University College juga berkerjaya sebagai seorang pramugari yang turut bergiat aktif dalam bidang modelling dan TV komersil.
7. Nynaa Harizal
Mula menjinakkan diri di dalam bidang modeling seawal usia 10 tahun, Nynaa bukan sahaja bergelar graduan jurusan perakaunan dan kewangan, malah gadis ini juga giat dengan hobi menunggang kuda dan bermain piano. Gadis dari Selangor ini juga turut aktif dalam bidang modelling dan TV komersil.
8. Andrianna Fernandez (Dian)
Sedang menuntut dalam jurusan Komunikasi Korporat di KUPTM, Dian merupakan darah kacukan Filipina yang berbakat dalam bidang nyanyian.
9. Farzana
Seorang lagi pelajar Universiti Malaya dalam jurusan sarjana muda Ekonomi & Pentadbiran, Zaza terlebih dahulu bergelar graduan diploma Perakaunan. Pernah terlibat dalam persembahan Siti Nordiana di Sukan Sea, anak gadis kelahiran Johor ini juga aktif dalam bidang tarian di UM.
10. Syamira Izzati
Anak bongsu daripada dua beradik ini mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pengacaraan dan penyampai berita. Merupakan penuntut sarjana muda Pengurusan Perniagaan di UiTM Puncak Alam, Syamira mempunyai nama panggilan iaitu Manja-Embun. Unik kan?
11. Aini Sophi
Finalis ini merupakan seorang penari dan pernah terlibat dalam persembahan pentas komersil. Gadis ini juga pernah menjadi wakil Institut Seni Melaka ke Festival di Bulgaria dan Istanbul.
12. Clara James
Bukan sahaja bijak dalam bidang Komunikasi Profesional, pelajar International University of Malaya Wales ini fasih dalam empat bahasa iaitu Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris.
13. Azra
Gadis yang berasal dari Negeri Sembilan ini merupakan anak kedua daripada empat beradik. Azra mempunyai minat dalam bidang pengacaraan dan ingin mengambil peluang ini untuk mengetengahkan bakatnya itu.
14. Shatirah Amanda
Suaranya yang lunak menjadikan salah satu kelebihan buat anak kelahiran Kelantan ini. Amanda juga sememangnya berbakat dalam menyanyikan lagu-lagu tradisional.
Mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan untuk televisyen di Jepun, gadis ini pastinya menjadi saingan dalam Dewi Remaja 2019.
15. Sharlina Gilbert
Bekas pramugari dari Kota Kinabalu ini kini merupakan Setiausaha Koperasi Amanah Pelaburan Berhad yang sememangnya aktif menyertai pertandingan ratu cantik di Sabah.
16. Hidatul Hikmah
Mempunyai bakat melukis dan berlakon, Hidatul merupakan anak bongsu daripada 7 beradik dan menggemari makanan Thailand. Gadis ini juga adalah pelajar jurusan Komunikasi Massa di UiTM Lendu, Melaka.
17. Nina Ariff
Boleh menari ballet dan Korean Pop, gadis berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan anak saudara kepada selebriti terkenal M.Nasir dan Marlia Musa. Nina juga mempunyai latar belakang belakang jurusan undang-undang.
18. Shahirah Sazali
Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bekas atlet lompat tinggi SUKMA, Shahirah sudah lama aktif dalam bidang sukan sejak usianya 11 tahun lagi. Dia juga pernah mewakili Malaysia di Asian School Game, Filipina pada 2015. Gadis ini merupakan seorang pemandu Grab.
19. Myra Natasha
Myra merupakan seorang jurulatih pasukan sorak yang mempunyai syarikatnya sendiri, Elite Cheer Academy. Baru berusia 24 tahun, anak jati Selangor ini juga fasih berbahasa Mandarin.
20. Nina Amin
Gadis kacukan Cina ini boleh berbahasa Jepun dan Korea, serta berkebolehan dalam seni mempertahankan diri taekwando dan sukan bola jarring.
Jadi, siapakah antara mereka yang bakal layak ke peringkat seterusnya? Jangan lupa untuk mengikuti pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2019 tidak lama lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ekoran daripada peningkatan gelombang ke tiga wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang terutamanya Selangor yang mencatat kluster terbanyak semalam, ramai yang menggesa agar kementerian menutup operasi persekolahan demi memutuskan rantaian wabak itu daripada terus merebak.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat kenyataan media berhubung penutupan sebahagian sekolah di daerah Petaling bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020. Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling.
Sebanyak 298 sekolah di kawasan yang disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diarahkan tutup.
Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang akan ditutup di daerah Petaling, Selangor.
Untuk makluman korang, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke sama dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my, serta di platform media sosial rasmi KPM.
Bersama-samalah kita mendoakan agar wabak pandemik ini cepat berakhir dan kita boleh menikmati hidup seperti dahulu. Rindunya nak lakukan aktiviti harian tanpa rasa risau pasal virus maut ni.
Kucing antara haiwan peliharaan yang bukan sahaja comel, tetapi banyak aksi mereka berjaya menambat hati si pencinta haiwan. Malah, individu yang takut kucing pun boleh terhibur melihat kecomelan telatah mereka.
Bagi pemilik kucing di rumah, sudah tentu korang terbiasa dengan aksi-aksi si bulus yang bermacam ragam. Ada yang suka duduk di almari, ada yang suka bermain karpet, malah ada juga yang suka ‘menghilangkan’ diri. Hiks!
Lain pula seperti yang telah dikongsi oleh selebriti Rusia di laman TikToknya, video aksi kucing yang dimuat naik oleh Victoria Bonya ini mendapat perhatian apabila seekor kucing memberikan reaksi paling ‘win’ ketika mendengar tuannya tidur berdengkur.
Video tersebut mendapat lebih daripada 4 juta tontonan dengan 6,000 komen daripada netizen di seluruh dunia. Rata-ratanya geli hati melihat reaksi spontan kucing itu.
Haihh, si bulus ni bikin orang geram je tau. Hehe!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.