Masyarakat Malaysia memang dah terbiasa dengan minuman bergula dalam kehidupan seharian. Mana tidaknya, pagi-pagi dah order milo ais dekat mamak.
Betul tak?
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengakibatkan risiko obesity, kencing manis dan seterusnya boleh terkena penyakit jantung. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar pengambilan gula dihadkan sekitar 50 gram sehari untuk orang dewasa. 50 gram ini meliputi semua sumber makanan, minuman, kudapan ringan, gula-gula serta ais krim.
Sebenarnya, memang susah nak buang tabiat yang dah jadi kebiasaan kita. Bila singgah kedai runcit, confirm bila keluar tu ada la setin minuman bergula. Tambah pula pada si peminat kafein. Sehari tak kena kopi, boleh sampai hilang mood. Hiks!
Korang tahu tak, minuman kopi tin ni antara yang mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. Menurut kajian di pasaran Malaysia, berikut merupakan senarai ranking 3 teratas kopi tin paling banyak gula dan 3 teratas yang paling sedikit kandungan gula.
Paling banyak kandungan gula
1. Ali Café Original
25.7 gram gula = 6.2 sudu teh gula
Ini baru kandungan gula untuk setin. Kalau korang minum dua, tiga tin? Haa, fikirlah sendiri. Hehe..
2. Wonda Kopi Tarik
23 gram gula = 5.8 sudu teh gula
Ini adalah antara yang paling tinggi gula dalam kategori kopi jenama ini.
3. Pearl Coffee
21.5 gram gula = 5.2 sudu teh gula
Biasanya diminum oleh kaum wanita.
Paling sedikit kandungan gula
1. Nescafe Americano
Produk ini tiada gula langsung. Memang tak rasa manis pun. Dikeluarkan sempena World Coffee Day.
Kategori paling rendah gula untuk jenama Wonda dan harganya lebih mahal sikit berbanding lain.
Senarai ini adalah apa yang ditulis oleh Dr Ahmad Zulfahmi dan dirangkumkan dalam Medical Mythbusters Malaysia, iaitu page yang sentiasa memberi pencerahan atau pandangan tentang masalah kesihatan dan seumpanya.
Dikatakan bahawa Nescafe Americano boleh menjadi pengganti untuk korang yang gila kopi. Tetap pahit tapi tak manis.
Nilai kalori setiap tin juga berbeza. Selain kandungan gula, ada kopi, krimmer, produk tenusu dan pemanis tiruan yang mempunyai nilai kalori.
Apa-apa pun kata doktor, air kosong tetap yang terbaik. Tak ada gula. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu ini, empat lagi buah lagu baru daripada penyanyi tempatan menarik perhatian REMAJA apabila masing-masing seakan mempunyai konsep yang sama.
Inti pati lirik kali ini adalah lebih melankoli, sedih dan lebih meruntun jiwa. Bagi pendengar yang sedang dilanda masalah peribadi terutamanya masalah emosi, pastinya empat buah lagu ini akan ‘dilayan’ oleh korang.
Penulis hendak ingatkan kepada korang usah dilayan sangat perasaan itu. Setiap permasalahan itu pastinya didatangkan dengan solusi. Cuma dengan kehadiran lagu-lagu ini, korang bolehlah menjadikannya sebagai peneman sementaran, hehe..
Kalau korang memang peminat siri Avengers, mesti korang perasan dengan watak Dr Helen Cho dalam Avengers: Age of Ultron.
Dr Helen Cho atau Claudia Kim/Soo Hyun mencuri perhatian peminat seluruh dunia apabila beliau yang merupakan rakyat Korea dan orang Asia berlakon dalam filem siri terkemuka tersebut.
Untuk pengetahun semua, Claudia Kim atau Soo Hyun pasti menjadi rebutan pelbagai agensi untuk menjadi artis naungan. Terbaru, menurut laporan Claudia akhirnya memilih agensi YG Entertainment untuk mengurusnya.
Buat korang yang tak berapa kenal dengan pelakon Korea ini, Ini 9 fakta korang kena tahu tentang Claudia Kim.
1. Claudia Kim dilahirkan di Seoul, Korea Selatan pada 25 Januari 1985. Menghabiskan masa kecilnya di Amerika Serikat selama enam tahun, sebelum kembali ke Korea Selatan.
2. Claudia Kim merupakan lulusan Universiti Wanita EWHA. Pernah menjadi reporter dan penyiar selama tiga tahun di kampusnya. Claudia Kim juga sempat melakukan internship di The Korea Times dan Arirang TV.
3. Berjinak dalam industri hiburan Korea selepas Claudia Kim memenangi pertandingan pemodelan Korea-Cina pada tahun 2005.
4. Claudia Kim mendapat tawaran untuk membintangi drama Korea ‘Queen of the Game’ pada 2006. Memegang watak sebagai seorang pengacara antarabangsa dan mendapat penghargaan New Star Award dari SBS Awards.
5. Setelah berdiam dari industri seni lebih kurang empat tahun, Claudia Kim kembali dalam drama Korea The Fugitive: Plan B. Dia kemudian membintangi medical dramaBrain (2011), 7th Grade Civil Servant (2013), dan sitcomStandby(2012).
6. Claudia Kim mula mendapat perhatian di Hollywood pada tahun 2014. Dia membintangi siri Netflix Marco Polo. Dalam tahun yang sama, beliau dapat memegang watak Helen Cho dalam filem Avengers: Age of Ultron.
7. Kerjaya Claudia Kim bermula di Hollywood. Terkini, artis Korea ini membintangi filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, yang ditulis oleh J.K. Rowling sebagai Nagini.
8. Claudia Kim mengahwini Cha Min Geun, Pengasas Bersama WeWork Labs pada tahun 2019. Pernikahannya juga dihadiri oleh artis Korea, Im Si Wan dan Ha Seok Jin. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan.
9. Claudia Kim menjadi artis Korea pertama yang menghadiri acara “Women in Film Gala” oleh jenama fesyen Max Mara. Artis YG Entertainment ini juga merupakan model untuk jenama kosmetik SUQQU.
Wah…mesti peminat Claudia Kim tak sabar melihat kerjayanya diuruskan YG Entertainment yang terbukti sebuah agensi tersohor.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon meningkat naik, Shasha Abedul mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah kesihatan mental seperti depresi dan kerisauan melampau (anxiety) yang menyebabkan serangan panik.
Dalam temu bual di sidang media drama Project: Exit, Shasha mengakui bahawa situasi tersebut berlaku sekitar tiga tahun lalu dan dia terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar psikologi dan ahli terapi.
“Tiga tahun lalu, saya mengalami gangguan mental, ‘depression’, ‘anxiety’ dan serangan panik. Tapi saya tak sampai tahap nak cederakan diri sendiri.
“Bila tahun pertama saya rasakan perkara itu, saya tak tahu macam mana nak mengawalnya. Saya pergi jumpa ahli terapi dan pakar psikologi untuk kenal pasti apa yang saya alami dan macam mana nak tangani. Alhamdulillah, saya makin okay,” katanya kepada Remaja.
Enggan bergantung kepada ubat, aktres berusia 28 tahun itu menjelaskan bahawa tahap kesihatannya kini semakin baik kerana dirinya menjalani sesi terapi secara berkala.
“Selepas tahun ketiga, doktor ada bagi saya makan ubat. Tapi saya tak makan kerana saya tak mahu bergantung dengannya sebab itu juga saya jumpa ahli terapi.
“Jadi, saya dapat keseimbangan dari situ. Pakar psikologi, dia doktor yang memang akan bagi ubat. Kalau buat terapi, kita boleh kongsi apa yang kita rasa,” tambahnya.
Shasha turut mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami serangan panik semasa penggambaran Project: Exit disebabkan watak yang dibawanya yang seakan mencerminkan dirinya.
“Bila saya bawa karakter Jannah dalam drama itu, sebenarnya beberapa peratus adalah diri saya sendiri. Bila dapat naskhah tersebut, saya tak rasa pun macam saya tengah berlakon. Saya rasa Tuhan dah persiapkan diri saya lebih awal.
“Saya juga beberapa kali diserang ketika ‘shooting’. Saya ingat lagi untuk babak terakhir untuk drama ini. Watak itu dah terlampau mengawal emosi saya,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...