Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan senarai lokasi dan premis berdasarkan data daripada aplikasi MySejahtera, Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang menjadi hotspot penularan COVID-19.
Ekoran daripada itu, kebanyakan pusat membeli-belah telah mengambil tindakan untuk menutup sementara operasi mereka bagi menjalankan proses sanitasi. Berikut kami senaraikan antara premis-premis yang terlibat dalam menutup operasi mereka selama tiga hari bermula hari ini.
Dah jadi macam satu trend bila ada segelintir masyarakat kita yang melayan drama-drama bersiri televisyen setiap hari.
Bukan nak kata tak bagus, tapi apa yang kami lihat ramai juga yang memberikan komen negatif tentang drama Melayu masa kini.
Persoalannya, sejauh mana kebenaran kata-kata yang dilemparkan netizen ini?
Untuk menjawab segala tanda tanya berkaitan dengan isu ini, REMAJA tertarik dengan pendapat yang dikongsi oleh thepatriots.asia tentang perbezaan yang di antara drama Jepun dan Melayu.
Jom kita cuba hadamkan apa yang dikatakan oleh brother ni dan hendaklah diingatkan bahawa ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saja. Mungkin korang juga punya pendapat yang tersendiri.
Dari budaya hiburan pun kita boleh memahami sifat sesebuah masyarakat. Ini namanya ‘sociology of culture’.
Kalau korang perhatikan, setiap drama Jepun akan menceritakan tentang satu profesion atau pekerjaan.
Great Teacher Onizuka (1998) bercerita tentang cikgu.
Shomuni (1998) tentang office lady.
Hero (2001) tentang pendakwa raya.
Engine (2005) tentang pemandu F3000.
Nodame Cantabile (2006) tentang pemain muzik klasikal.
Osen (2008) tentang pengusaha restoran.
Hanzawa Naoki (2013) tentang banker.
Doctor-X (2012/2013) tentang doktor.
Sampai pemain sukan polo air pun ada: Water Polo Yankees (2014). Punyalah ‘niche’.
Eh, tapi drama Melayu pun ada kan? Ada kapten (Sayangku Kapten Mukhriz), ada pilot (Suri Hati Mr. Pilot), ada bomba (Abang Bomba I Love You), ada wedding planner (Cinta Si Wedding Planner). PTD pun ada (Ariana Rose).
Tapi bezanya, drama Melayu tak memberi gambaran langsung tentang selok belok sesebuah profesion atau pekerjaan.
9 dari 10 drama Melayu mempunyai jalan cerita yang sama: watak lelaki utama seorang anak orang kaya yang sombong, watak perempuan utama seorang anak orang biasa-biasa atau orang susah. Dua bertemu secara kebetulan. Dan secara kebetulan mereka berkahwin. Mula-mula tak suka, kemudian jadi suka. Cinta mereka diuji dengan mak mertua yang pandang rendah terhadap watak perempuan utama, dan bekas kekasih watak lelaki utama cuba jadi pihak ketiga. Tapi apa-apa pun happy ending.
Apa yang istimewa dengan pilot, kapten, bomba, wedding planner, kita tak tahu. Sebab itu bukan fokus cerita.
Drama Jepun pula ‘highlight’ suka duka, cabaran dan kesusahan yang dihadapi oleh setiap anggota lapisan masyarakat.
Sebagai seorang PTD yang berkhidmat di MITI, saya pula tertarik dengan drama Jepun yang berjudul ‘The Summer of the Bureaucrats’ (官僚たちの夏 – Kanryotachi no Natsu).
Drama tahun 2009 ini bercerita tentang kehidupan birokrat atau penjawat awam yang berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Jepun (MITI, sekarang dah tukar nama jadi METI).
MITI merupakan kementerian yang paling berprestij di Jepun sebelum 1990-an. Orang panggil ‘Mighty MITI’. Siapa nak jadi PM kena jadi menteri MITI terlebih dahulu.
Cerita itu diadaptasi dari kisah benar, berdasarkan hidup Shigeru Sahashi yang berkhidmat sebagai ‘Jimu Jikan’ MITI dari tahun 1964-1966. Jimu Jikan ni macam KSU (Ketua Setiausaha), pangkat penjawat awam tertinggi dalam setiap kementerian.
Drama ini memaparkan dilema kehidupan penjawat awam yang tersepit antara kepentingan umum, prosedur, kepentingan ahli politik dan prinsip peribadi. Benda ini kebanyakan orang Malaysia tak faham, jadi mudah bersangka buruk dengan penjawat awam.
Watak utama drama ini, Shingo Kazakoshi menjadi sasaran ahli politik kerana menentang dasar liberalisasi perdagangan yang akan merugikan industri tempatan Jepun.
Akibat campur tangan politik, Kazakoshi tidak dinaikkan pangkat sebagai Jimu Jikan walaupun dah sampai giliran beliau berdasarkan senioriti. Beliau dilangkaui oleh junior yang pro-liberalisasi. Malah beliau diturunkan pangkat dan akhirnya ‘direhatkan’.
Bahagian yang paling ‘touching’ ialah solidariti yang ditunjukkan oleh kakitangan MITI terhadap Kazakoshi. Walaupun Kazakoshi seorang bos yang tegas dan kekadang menakutkan, tapi prinsip dan integriti beliau mengingati para pegawai MITI tentang misi dan peranan mereka sebagai pembela kepentingan umum.
Saya boleh ‘relate’ dengan drama ini. Drama ini menjadi pembakar semangat malah pedoman saya sepanjang menjadi seorang PTD.
Drama Jepun pendek (hanya ada 10 episod) tapi padat, mesejnya jelas dan buat kita berfikir. Ia membantu kita membina empati terhadap orang yang lain pekerjaan dan lain latar belakang dengan kita. Empati adalah antara faktor yang menyumbang kepada perpaduan masyarakat Jepun.
Drama Jepun adalah seni. Drama Melayu pula sekadar hiburan untuk gelak tawa.
Bukan tak boleh berhibur. Saya layan gak cerita-cerita Akasia. Minat gak dengan lakonan Nelydia Senrose. Cuma kita boleh pergi lebih jauh lagi. Kita kan generasi TN50.
Hanya disebabkan oleh dua keping foto yang dimuat naik oleh pempengaruh terkenal, Ameera Khan yang mesra dengan panggilan Little Miss Khan, warga Instagram telah melontarkan pelbagai komen terhadapnya.
Dalam muat naik terbaru Ameera hari ini, dia tampil dalam persalinan jumpsuit berwarna kulit dan berada dalam posisi yang mungkin kurang dipersetujui oleh warganet.
Sumber Foto: Instagram @littlemisskhan
Sekali imbas, jumpsuit berwarna kulit tersebut nampaknya berjaya menampilkan efek neutral yang diinginkan apabila ramai berpendapat Ameera seakan tidak berpakaian.
Malah, ramai yang membandingkan Ameera dengan sosialit terkenal Amerika Syarikat iaitu Kylie Jenner yang gemarkan pakaian berwarna kulit seperti ini.
Tidak kurang juga ada yang menyamakan posing Ameera itu persis penyanyi rapper seperti Nicki Minaj yang terkenal dengan imej daring-nya.
Namun apabila ditelek semula, Ameera hanyalah memakai jumpsuit yang sama ronanya dengan warna kulitnya. Ia demi sebuah kempen produk penjagaan rambut baru yang dikenali sebagai FAFAA.
Berdasarkan permerhatian REMAJA, jenama tersebut bakal memperkenalkan beberapa produk debut mereka seperti pupur rambut merawat (treatment hair mask) dan syampu.
Meskipun ada menerima kecaman warganet, keputusan Ameera untuk berimej sedemikian demi kempen produk rambut ini diterima oleh ahli keluarganya seperti Noor Nabila dan Athisha Khan.
Siapalah kita untuk mengatakan sesuatu yang negatif jika ia dipersetujui oleh insan yang disayangi oleh Ameera sendiri, bukan?
Apapun, REMAJA memang menggemari betapa bersinarnya rambut Ameera menerusi kempen ini. Nak cuba lah!
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Malah, isu perkauman bukan satu benda yang boleh dibuat main apatah lagi gurauan.
Baru-baru ini, seorang atlet hoki kebangsaan yang dikenali sebagai Hanis Onn telah meninggalkan komen di sebuah posting yang dimuat naik oleh Kosmo!! Malah, komen itu juga dikatakan berbau perkauman.
Meskipun konsert itu berjalan dengan penuh meriah namun terdapat satu isu yang tular di media sosial apabila seorang pemain hoki wanita negara mengeluarkan komen berbaur perkauman berkaitan konsert berkenaan.
Rata-rata netizen mengecam tindakan atlet tersebut. Pun begitu, komen tersebut telah pun dipadam dan rentetan itu Hanis turut memohon maaf secara terbuka mengenai kenyataannya menerusi laman Twitter miliknya.
“Dengan ini saya berasa menyesal di atas kecuaian saya dan dengan penuh rasa kesedaran sekali lagi saya memohon jutaan kemaafan kepada yang terkesan,” tulisnya.
Untuk info, hujung minggu lepas, penyanyi dan komposer ternama dari India AR Rahman menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan menghiburkan seramai 60,000 orang penonton.
Konsert yang diadakan bersempena 30 tahun perjalanan karier muziknya itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Ismail, hadir sama Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Duta India ke Malaysia, BN Reddy.
Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak tinggalkan komen buruk padahnya. Jadi fikir dua tiga kali ye apa yang ditulis okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!