Senarai 14 Filem Box Office Terbitan Skop Production, Mana Catat Kutipan Paling Rendah?

Share

Bila sebut tentang Skop Production Sdn Bhd, secara automatik ramai akan teringat Datuk Yusuf Haslamkan. Kejayaannya mengarahkan Sembilu lakonan Erra Fazira, Ziana Zain dan Awie suatu ketika dahulu sehingga mampu mengutip RM6 juta memberikan impak tersendiri kepada syarikat dan kredibiliti dirinya.

Kesenimbungan itu kini terzahir kepada dua anak lelakinya, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang mana banyak filem arahan mereka berdua seperti Munafik, Abang Long Fadil 2 dan sebagainya. Sama ada menerbitkan filem dan berkolaborasi dengan syarikat lain, ini senarai filem-filem box office keluaran Skop Production Sdn Bhd.

Jom semak, dalam 14 filem box offfice keluaran syarikatnya dan menjalin kerjasama dengan penerbit lain, filem apa catat keuntungan paling rendah?

Filem: Abang Long Fadil 2
Keuntungan: RM18.15 juta
Keluaran : 2017
Lakonan : Zizan Razak, Syamsul Yusof, AC Mizal, Wak Doyok, Bocey, Shuib Sepahtu

Filem : Munafik
Keuntungan: RM17.04 juta
Keluaran : 2016
Lakonan : Syamsul Yusuf, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz

Filem : KL Gangster
Keuntungan: RM11.74 juta
Keluaran : 2011
Lakonan : Aaron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan, Syamsul Yusof

Filem : KL Special Force
Keuntungan: RM11.448 juta
Keluaran : 2018
Lakonan : Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof

Filem : Khurafat
Keuntungan: RM8.08 juta
Keluaran : 2011
Lakonan : Syamsul Yusof, Liyana Jasmay

Filem: Sembilu 2
Keuntungan: RM6.10 juta


Keluaran: 1995
Lakonan : Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, Mustafa Kamal

Filem: Evolusi KL Drift 2
Keuntungan: RM5.67 juta
Keluaran: 2010
Lakonan : Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Scha al-Yahya, Farid Kamil, Shaheizy Sam, Remy Ishak

Filem: Jalan Kembali :Bohsia 2
Keuntungan: RM4.99 juta
Keluaran: 2012
Lakonan : Zizan Razak, Nabila Huda, Syamsul Yusof, Sofi Jikan, Salina Saibi

Filem: KL Gangster 2
Keuntungan: RM4.96 juta
Keluaran: 2013
Lakonan : Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan, Sofi Jikan

Filem: Maria Mariana
Keuntungan: RM4.72 juta
Keluaran: 1996
Lakonan :  Erra Fazira, Ziana Zain, Edika Yusof

Filem: Abang Long Fadil
Keuntungan: RM4.61 juta
Keluaran: 2014
Lakonan : Zizan Razak, Sofi Jikan, Kamal Adli, Syamsul Yusof, Tauke Raja Lawak, Aaron Aziz

Filem: Gerak Khas The Movie
Keuntungan: RM4.40 juta


Keluaran: 2001
Lakonan : Abby Abadi, AC Mizal, Erra Fazira

Filem: Sembilu
Keuntungan: RM4.39 juta
Keluaran: 1994
Lakonan : Erra Fazira, Awie, Ziana Zain & Mustafa Kamal

Filem : Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Keuntungan : RM4.33 juta
Keluaran : 2016
Lakonan: Pekin, Rosyam Nor

Berdasarkan jumlah kutipan, ternyata filem Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit arahan Pekin Ibrahim mencatatkan jumlah terendah iaitu RM4.33 juta

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN