
Aktres jelita, Aprena Manrose meluahkan rasa sayu apabila mengenang kembali perjalanan usahanya mendapatkan zuriat (TTC) bersama sepupunya, Datin Nelydia Senrose, yang kini sedang hamil anak pertama.
Menerusi perkongsian di Threads, Aprena meluahkan isi hatinya tentang situasi yang sedang dilalui.
“Nak meluah sekejap. Dahulu saya dan Nely (Nelydia) sama-sama TTC, kita saling kuatkan antara satu sama lain.
“Sekarang tinggallah saya seorang saja yang belum ada rezeki anak,” tulisnya.
“Semua sepupu dah beranak-pinak. Saya bila lagi ya Allah?” kongsinya.
Terdahulu, Nelydia Senrose mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.
Sementara itu, Aprena sebelum ini mengesahkan telah bercerai dengan bekas suaminya, Mohd. Afiq Hazman pada Jun tahun lalu.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016, namun tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.