Tanpa disangka, pencarian Hero Remaja telahpun memasuki ulang tahun ke 30 sejak penganjurannya pada edisi pertama 1990/1991.
Sebilangan besar selebriti lelaki yang selalu kita tonton menerusi karier mereka dalam bidang lakonan, pengacaraan dan peragaan rata-rata memulakan langkah mereka menerusi pencarian Hero Remaja.
Senang cerita, kalau campak batu dalam kelompok penggiat seni, adalah yang akan terkena pada bekas finalis Hero Remaja.
Oleh itu, istimewanya pada tahun 2020, NU Ideaktiv menerusi Majalah Remaja serta pihak Astro memperkenalkan edisi kesepuluh bagi meraikan tempoh 3 dekad penganjurannya.
Sesi uji bakat telahpun dianjurkan pada Disember lalu dengan kehadiran hampir 600 orang peserta.
Jumlah luar biasa tersebut telahpun dijangkakan oleh penganjur setelah meninjau respon positif terhadap pencarian Hero Remaja di platform media sosial sejak ia kali terakhir dimenangi oleh Alif Muhaimin pada edisi 2017.
*
Daripada ratusan yang hadir, hanya 12 orang finalis yang telah disenarai pendek mewakili yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Mereka semua akan ditempatkan di bawah satu bumbung untuk tempoh hampir 2 bulan bagi menjalani penggambaran 8 buah episod yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 27 Februari 2020.
Jom kenali siapa 12 orang finalis yang terpilih, secara susunan huruf.
01
ANIQ SUHAIR
02
AZIM YUSOF
Ads
03
AZRI KHAIR
04
HARIZ HAMDAN
05
HAZIQ
06
IMRAN AQIL
Ads
07
JABIR MEFTAH
08
JAZMY
09
MEERQEEN
10
NADHIR NASAR
Ads
11
TOM
12
UMAR
Ada tak peserta favourite korang setakat ini?
Dalam sidang media pengenalan Hero Remaja 2020 sebentar tadi juga telah menyaksikan pengumuman hos dan juri tetap untuk musim ini.
Jika pada musim Hero Remaja 2017, Scha Al Yahya yang menggalas tanggungjawab sebagai hos. Kali ini, Hero Remaja 2020 akan menyaksikan Ain Edruce pula sebagai pengacara baharu.
Manakala kerusi juri tetap yang akan mengadili dan menjadi mentor kepada finalis pula dipegang oleh Scha Al Yahya (Dewi Remaja 2005/06) dan Datuk Hans Isaac.
Sepanjang musim ini juga, ramai personaliti tanah air yang turut akan ditampilkan sebagai juri jemputan dan mentor kepada finalis.
Tak sabar kan nak tonton program ini dan cabaran yang akan mereka tempuhi. Lebih lebih lagi apabila ia menerima sokongan NIVEA MEN sebagai Penaja Utama.
Pencarian Hero Remaja 2020 bakal ditayangkan bermula 27 Februari 2020 pada jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Di samping itu, update terkini finalis juga boleh korang ikuti dari semasa ke semasa di laman digital serta media sosial Majalah Remaja. #HeroRemaja2020
Congratulations boys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Debaran minggu finale Hero Remaja 2021 semakin dirasai. Tinggal satu hari sahaja lagi sebelum empat finalis beraksi di pentas akhir. Bersaing ketika wabak pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak kekangan yang dilalui oleh barisan finalis Hero Remaja tahun ini.
Namun, ia bukanlah satu alasan untuk mematahkan semangat mereka bagi terus berjuang menyelasaikan tugasan yang diberi setiap minggu.
Kini, tinggal lagi sehari sebelum kita ketahui siapa yang bakal bergelar Hero Remaja 2021.
Bagaimana agaknya perasaan finalis terakhir Mierul Aiman dalam membuat persediaan menjelang finale? Jom kita selami perasaan dan harapan Mierul untuk persembahan akhir malam esok.
“Persiapan saya untuk finale ini yang penting sekali adalah saya perlu siapkan diri saya daripada segi mental untuk berhadapan dengan ribuan penonton pada malam itu. Saya kena percaya pada diri sendiri dan bagaimana cara untuk berjuang dalam pentas akhir Hero Remaja 2021,”
“Saya dah lalui sebanyak tujuh episod bersama rakan-rakan yang lain, dan pada malam finale nanti insyaAllah saya akan lakukan yang terbaik buat semua penyokong yang telah menyokong saya selama ini. Persiapan yang lain pula, saya perlu mencari kreativiti untuk membuat kelainan kerana kekuatan setiap peserta adalah daripada kelainan yang mereka tampilkan,”
“Tapi apa-apa pun, pada malam itu nanti Mierul hanya nak have fun and enjoy the moment, adat pertandingan ada yang menang, ada yang kalah. Paling penting, Mierul dapat menjadi seorang penghibur pada malam itu,” ujar Mierul.
Sudah melangkah ke pentas akhir, pastinya setiap finalis mengimpikan gelaran Juara bagi melengkapkan misi mereka dalam Pencarian Hero Remaja 2021. Begitu juga dengan peserta 24 tahun ini, bergelar seorang Juara adalah misi utamanya ketika daripada awal lagi dipilih sebagai finalis.
“Harapan Mierul sejujurnya ingin menjadi Juara pada malam itu dan ingin berseronok menjadi penghibur untuk menghiburkan penonton. Dan terakhir sekali, saya ingin membuatkan ibu bapa saya bangga kerana jika bukan sokongan daripada mereka, saya tidak akan pergi sejauh ini,” tambahnya lagi.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite anda di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, kami sedang mencari para finalis yang berpotensi untuk PENCARIAN HERO REMAJA 2017 yang bakal bermula pada April ini. Tak boleh terbang pun tak mengapa. Kuasa adiwira tidak diperlukan untuk bergelar HERO REMAJA.
Anda layak jadi hero jika anda…
• Bijak, berbakat, aktif dan mempunyai keperibadian yang menarik. • Memiliki aura ikon remaja milenia Malaysia. • Punya iltizam kuat untuk berjaya dalam bidang peragaan, industri seni hiburan atau bidang yang ingin kamu ceburi. • Mempunyai kelulusan pendidikan baik di peringkat SPM/Diploma/Ijazah.
Superpower tak diperlukan! Kami mahu Hero yang:
• Warganegara Malaysia. • Berumur antara 17-24 tahun. • Memiliki ketinggian melebihi 170sm dan bentuk badan yang ideal. • Fotogenik dan versatil. • Bujang. • Kod pakaian: Baju putih & jeans biru.
Jadi, sudahkah kamu bersedia? Tiba masanya untuk kamu serlahkan keterampilan dan personaliti diri untuk ditransformasikan menjadi ikon Hero Remaja 2017.
Jom sertai majalah REMAJA di lokasi uji bakat ini.
Lokasi Rasmi: Bangunan Kumpulan Media Karangkraf No.1, Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Jangan terlepas tarikh ni:
• 22 April 2017 (Sabtu) • 29 April 2017 (Sabtu) • 6 Mei 2017 (Sabtu) Masa: 9 Pagi-3 Petang
*Semak keratan borang penyertaan di majalah REMAJA edisi April.
See u guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, Ben Ali dan Nadiyah Shahab berjaya dengan bisnes kek Absolut mereka, kini pasangan suami isteri selebriti ini telah pun melebarkan sayap dengan membuka syarikat Absolut Talents & Management dengan menggendalikan 10 barisan selebriti yang bernaung di bawah label pengurusan mereka.
Satu sidang media telah pun diadakan bagi memperkenalkan secara rasmi selebriti yang terlibat, serta sekali gus menganjurkan majlis menandatangani kontrak perjanjian diantara pihak pengurusan, selebriti dan juga rakan penaja.
Tiga daripada sepuluh selebriti yang dipilih merupakan bintang kelahiran Hero Remaja 2017, iaitu Harris Annuar, Ikmal Amry dan Nabil Aqil. Barisan-barisan selebriti lain adalah termasuk Nadiyah Shahab, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Najla Shamsul, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow.
“Sebelum ini memang Ben Ali yang menguruskan segala job-job lakonan saya. Jadi, ramai yang tanya siapa yang menguruskan kerjaya seni saya. Mungkin disebabkan ini juga Ben mengambil keputusan untuk membuka syarikat pengurusan bagi membantu rakan-rakan artis yang lain,” jelas Ikmal Amry.
Dari kiri, Najla Shamsul dan Ikmal Amry
Bagi Harris Annuar dan Nabil Aqil pula, sebelum ini mereka telah pun bernaung di syarikat pengurusan yang lain, namun mungkin kerana masih baru ketika itu, mereka mungkin tidak biasa dan tidak tahu selok belok sebenar dalam bidang seni ini.
“Ben Ali juga merupakan finalis Hero Remaja 2012, walaupun dia lebih aktif dalam bidang perniagaan, tapi dia juga banyak kenalan yang bekerja di produksi. Selain itu juga, kami percaya Ben memahami dan tahu apa yang terbaik untuk kami,” jelas Harris pula.
Harris Annuar
Menyedari akan kepentingan menjaga kebajikan para selebriti, pihak pengurusan Absolut mengambil inisiatif dengan memperkenalkan 10 keistimewaan kepada artis naungan mereka. Antaranya adalah seperti memberikan perlindungan insuran, menyediakan slip gaji bulanan bagi tujuan memudahkan urusan pembelian kereta, rumah atau sebagainya, menyediakan jurugambar atau juruvideo untuk tujuan kerja dan banyak lagi.
Semoga barisan selebriti yang bernaung di bawah pengurusan Absolut maju jaya dan dapat meluaskan lagi kerjaya mereka dalam industri seni tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Good Boys Go To Heaven ialah siri terbaru daripada Astro Originals yang sarat emosi dan misteri, mengangkat kisah kehilangan kanak-kanak, trauma komuniti serta isu kesihatan mental bermula 8 Mei di Astro One dan sooka.