Steven Paul Steve Jobs ialah seorang usahawan dan merupakan pengasas kepada beberapa syarikat sebelum syarikat terakhirnya iaitu Apple Inc.
Baru-baru ini, sepasang selipar Birkenstock terpakai milik Steve Jobs yang mempopularkan idea eksekutif teknologi memakai pakaian yang sama dalam penampilan awam telah dilelong hampir AS$200,000 (RM998,250) oleh sebuah firma lelongan berpangkalan di California, Amerika Syarikat pada Ahad.
Firma Julien’s yang mengendalikan lelongan itu menjangkakan selipar tersebut akan dilelong antara AS$60,000 (RM272,250) dan AS$80,000 (RM363,000).
Sepasang selipar milik pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dilelong – Foto Julien’s Auctions via AP
Bagaimanapun, pembelinya tidak didedahkan. Selipar kotor itu dipakai oleh Jobs pada tahun 1970-an dan 1980-an dan diselamatkan daripada menjadi sampah oleh Mark Sheff yang menguruskan salah satu hartanah ahli teknologi itu di Albany, California, pada tahun 1980-an.
Jobs memakai sandal ini semasa detik-detik penting dalam sejarah Apple, kata firma lelongan itu dalam laman webnya. Pada tahun 1976, dia memulakan pengeluaran komputer Apple di garaj rumah keluarganya di Los Altos dengan rakannya, Steve Wozniak dan beberapa orang lagi sambil sekali-sekala memakai selipar tersebut.
Ads
Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 ketika berusia 56 tahun selepas bertarung lama dengan kanser pankreas.
Orang hebat, selipar kotor pun ada nilai ratusan ribu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Korea Selatan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pempengaruh media sosial, Yoon Ji-ah, di kawasan pergunungan Muju, Wilayah Jeolla Utara sehingga ia mencetuskan persoalan besar apabila polis mengesyaki pembunuhan yang dilakukan oleh individu berprofil tinggi dalam industri penstriman.
Memetik laporan media Korea Selatan, Yoon yang berusia dalam lingkungan awal 20-an dan memiliki lebih 300,000 pengikut di TikTok, ditemui tidak bernyawa pada 11 September lalu dam beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas menamatkan siaran langsung terakhirnya dari Pulau Yeongjong, Incheon di mana lokasi yang terletak lebih tiga jam dari tempat mayatnya ditemui.
Dalam pada itu, bedah siasat mendapati punca kematian Yoon adalah akibat lemas disebabkan tekanan pada leher. Selain itu, mangsa turut mengalami lebam dan kecederaan fizikal lain yang menunjukkan tanda-tanda serangan, sekaligus menolak kemungkinan kematian secara tidak disengajakan.
Kawasan pergunungan yang dipercayai tempat penemuan mayat Yoon Ji Ah
Sementara itu, menurut susulan siasatan, seorang lelaki berusia 50-an dikenali sebagai Choi telah ditahan pada 13 September lalu. Rakaman kamera litar tertutup atau CCTV menunjukkan Choi memaksa Yoon masuk semula ke dalam sebuah kenderaan pada jam 3.27 petang hari kejadian sebelum beredar dari lokasi tersebut.
Choi sebelum ini memperkenalkan dirinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat IT dan menggunakan nama samaran “Black Cat” di platform penstriman. Beliau juga dikenali sebagai penaja VIP yang sering terlibat dalam urusan perniagaan bersama beberapa pempengaruh, termasuk Yoon.
Pada masa yang sama, menurut laporan program penyiasatan SBS Curious Story Y, Choi dipercayai berada dalam tekanan kewangan dan cuba mengawal kerjaya Yoon melalui jadual serta arahan yang bersifat paksaan. Mangsa difahamkan mahu menamatkan hubungan kerja dengan suspek sebelum insiden itu berlaku.
“Dia kelihatan terdesak dan merayu agar Yoon tidak memutuskan hubungan perniagaan mereka,” kata salah satu sumber industri yang enggan dikenali.
Selepas kejadian, Choi dilihat membawa sebuah beg besar ke kawasan pergunungan dan berhenti di lapan lokasi berbeza, dipercayai bagi mengaburi siasatan pihak berkuasa. Walaupun pada awalnya menafikan penglibatan, beliau akhirnya mengaku selepas mengetahui mayat Yoon telah ditemui.
Kes ini kini masih dalam siasatan lanjut oleh pihak polis, yang sedang meneliti motif sebenar di sebalik kejadian tersebut. Tragedi ini turut membuka semula perbincangan mengenai keselamatan serta tekanan yang dihadapi oleh pempengaruh digital di Korea Selatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Percubaan kenderaan yang ‘menyelit’ di tol plaza sebelum palang diturunkan semata-mata demi mengelak daripada membayar cas tol bukanlah satu perkara asing di lebuh raya Malaysia.
Perbuatan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja dilakukan pemandu kereta bahkan juga oleh penunggang motosikal yang degil inginkan jalan mudah dan mengambil laluan tol kenderaan bertayar empat.
Mereka tidak sedar bahana yang diletakkan ke atas diri sendiri sekiranya mereka tidak mampu mengelak daripada palang tol biarpun sudah mengikut rapat kenderaan di hadapan.
Sekiranya pemandu gagal untuk ‘mengagak’ jarak dengan tepat atau lebih malang lagi, jika kereta di hadapan menekan brek kecemasan.. tidak fasal-fasal mereka sudah ‘menyondol’ dan berlakulah pelanggaran.
Menyusahkan orang betul!
Nasib baiklah kini wujud teknologi seperti dashcam yang boleh merakam bukti golongan ‘penyelit’ ini.
Syarikat konsesi yang mengendalikan tol plaza di seluruh negara juga semakin bijak dan berani memaparkan senarai nombor plat kenderaan yang melanggar etika melalui paparan sistem kamera litar tertutup (CCTV) canggih.
Tinjauan REMAJA semasa melalui plaza tol Guthrie berdekatan Bukit Jelutong baru-baru ini menemui sekeping kertas yang menyenaraikan nombor plat kenderaan ‘penyelit’. Sebelum ini, ia pernah tular di media sosial dan terbukti, ia bukanlah omong semata.
Ia benar-benar ditampal untuk memberi amaran kepada pengguna lebuhraya yang merancang melepasi plaza tol tanpa membayar. Malu dapat, dakwaan di sisi undang-undang pun dapat. Aduh..
Carian REMAJA di bahagian komen menemui perkongsian tip sekiranya berdepan golongan ‘penyelit’.
Syor warganet, apa kata korang perlahankan kenderaan selepas membayar dan semasa keluar daripada tol plaza jika korang diikut rapat oleh kenderaan di belakang. Melalui cara ini, pengimbas dapat merakamkan tindak-tanduk kenderaan tersebut agar mereka tidak terlepas.
Bagus juga inisiatif ini. Barulah si ‘penyelit’ gusar dan tahu makna tanggungjawab serta etika.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah berita SM Entertainment akan memperkenalkan girl group baharu yang dikenali sebagai AESPA, kami telah pun dapat mengagak keterujaan peminat K-pop di seluruh dunia menantikan genre muzik dan identiti kumpulan tersebut.
Semalam, peminat AESPA (dan SM Entertainment) tidak lagi perlu meneka apabila AESPA yang dianggotai oleh Karina, Giselle, Winter dan Ningning ini muncul dengan video muzik pertama mereka menerusi single ‘Black Mamba’.
Video muzik tersebut pantas mencatatkan rekod baharu apabila menjadi video debut pertama mana-mana penyanyi yang mencatatkan 10 juta tontonan dalam masa 9 jam saja selepas dilancarkan.
Sehingga artikel ini ditulis, Black Mamba telah mencatatkan 18,591,718 tontonan kurang daripada 24 jam. Wah, syabas AESPA!
Kredit foto: Soompi
Mengikut prediction pengikut dunia K-pop, AESPA dijangka bakal memberikan saingan sengit kepada girl group K-pop popular termasuklah Blackpink (YG Entertainment) dan TWICE (JYP Entertainment). Malah, status Red Velvet sebagai girl group kesayangan SM Entertaiment semasa juga mungkin sekali boleh ‘terancam’.
*
Tinjauan terhadap komen yang diberikan pada video muzik tersebut menyaksikan ramai memuji Black Mamba dan menyifatkan Aespa adalah artis rookie terbaik pada tahun ini
*
Bagi korang yang belum menonton, jom kita layan muzik video mereka.
Apa-apa pun, kami pasti masing-masing mempunyai pengikut dan peminat yang tersendiri.
Diharap peminat bintang Kpop yang lain turut memberikan sokongan kepada pendatang baru seperti AESPA.