Selepas Yoona & (Mungkin) Suzy, Lee Seung-Gi Kembali Temui Cinta Dengan..

Share

 

Pelakon romantik kegemaran ramai, Lee Seung Gi dilaporkan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon berbakat, Lee Da In.

Tambah menarik apabila cinta mereka berdua dikatakan sudah pun bertaut untuk setahun lamanya sebelum ia dapat ‘dihidu’ oleh portal gosip dan warnaget di Korea.

Lee Seung-Gi, 35 dan Lee Da In, 30 pada mulanya hanya berkenalan sebagai rakan biasa saja. Namun dek kerana minat mendalam pasangan tersebut dalam sukan golf, mereka mula mengenali hati budi masing-masing.

Lee Seung-Gi dan Lee Da In.

Baik Seung-Gi mahupun Da In nampaknya tidak cuba untuk merahsiakan perhubungan ini. Agensi pelakon Alice itu iaitu 9ato Entertainment telah mengesahkan bahawa artis mereka itu kini masih dalam fasa perkenalan dengan Seung-Gi dengan lebih mendalam sejak enam bulan lalu.

Dengan populariti yang dimiliki oleh Seung-Gi sekarang menerusi drama Mouse yang sedang ditayangkan, respon yang diterima daripada warganet nyata berbeza jika dibandingkan dengan selebriti Korea lain sekiranya mereka ‘ditangkap’ sedang bercinta.

Rata-rata gembira dengan berita ini. Tambahan pula, Seung-Gi sudah agak lama tidak menaruhkan hatinya kepada mana-mana wanita lain selepas kali terakhir dia bercinta dengan pelakon dan penyanyi Girl’s Generation, Im YoonA dari tahun 2013 hingga 2015.

Lee Seung-Gi dan Im YoonA.
Lee Seung-Gi dan Bae Suzy.

Seung-Gi juga pernah digosipkan dengan rakan pelakon, Bae disebabkan kemesraan dan chemistry yang tercetus di antara mereka menerusi drama Gu Family Book (2013) dan Vagabond (2019).

Bagaimanapun, semua itu ditepis dan mereka hanyalah rakan selebriti biasa saja.

Apapun, kami amat gembira bila mendengar kisah percintaan Lee Seung Gi pada kali ini adalah bersama Lee Da In. *Cue for tissues*

ARTIKEL BERKAITAN : 6 Power Couple Selebriti Korea Yang Pernah Gemparkan Industri Hiburan – REMAJA

IKLAN