Lebih kurang sudah seminggu final Hero Remaja 2020 berakhir, pemenang tempat keempat Jabir Meftah terus meneruskan perjuangannya dalam meneraju acara kebajikan preloved carnival terbesar seluruh Malaysia anjuran Youth Care Malaysia.
Sebagai presiden kelab tersebut, sudah tentu Jabir menjadi antara orang kuat dalam memastikan kesemua perancangan dan pelaksanaan dapat dilakukan dengan baik.
Bertempat di PJ Live Box semalam, satu acara simposium kebajikan penstriman digital telah dibuat dan ia merupakan satu inisiatif kemanusiaan dan kebajikan hasil cetusan idea daripada komuniti belia Youth Care Malaysia.
“Menerusi acara ini, kami ingin menjadi contoh teladan terbaik kepada seluruh komuniti belia di Malaysia. Kami percaya dengan sedikit suntikan usaha dan sokongan moral yang kami laksanakan ini mampu membantu golongan belia sasar untuk terus bangkit dalam memajukan diri dan seterusnya menjadi satu contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana,” jelas Jabir Meftah.
Jabir Meftah turut turun padang memberi bantuan kepada golongan asnaf
Acara ini turut mendapat sokongan daripada beberapa selebriti tempatan yang turut memberi sumbangan dan membantu dalam menyebarkan informasi tentang kebajikan ini. Antara selebriti yang terlibat adalah Datin Diana Danielle, Syafiq Kyle, Sufian Suhaimi, Lisa Surihani dan Syafi Tee.
Ads
Aniq Suhair menjadi hos digital dalam siaran pelancaran semalam
Apa yang lebih menarik, Jabir juga turut mengajak beberapa finalis Hero Remaja 2020 seperti Azim, Tom, Aniq dan Hariz untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan ini dan ditempatkan dibeberapa lokasi berbeza.
Preloved Carnival Youth Care Malaysia berjaya mengumpulkan barangan terpakai seperti sejumlah 25,789 helai pakaian harian dan pakaian menyambut Hari Raya Aidil Adha, 1,086 buah buku termasuk kelengkapan alat tulis, 1,066 buah perabot terpakai yang diperoleh daripada syarikat atau organisasi terpilih dan 139 buah mainan terpakai.
Kanak-kanak gembira menerima mainan daripada wakil Youth Care Malaysia
Ads
Kesemua barang yang diperoleh telah disanitasi dan dihantar ke dobi bagi tujuan pembersihan semula. Hasil kutipan barangan terpakai ini akan disalurkan kepada belia asnaf terdiri daripada 637 buah isi rumah belia asnaf dan 6 buah rumah badan kebajikan masyarakat yang telah dikenalpasti seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Agihan bantuan di Sabah
Sebelum ini juga, Youth Care Malaysia telah menjalankan kempen ‘Tanamtree’ dengan misi menanam 1 juta pokok seluruh Malaysia sepanjang tahun 2020. Namun, disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19, mereka tidak dapat meneruskan misi tersebut.
Syabas REMAJA ucapkan kepada Jabir Meftah dan Youth Care Malaysia atas inisiatif yang telah dilakukan oleh mereka bagi menarik lebih ramai anak muda melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan bermanfaat. Bagi korang yang ingin menjadi volunteer, DM sahaja mereka di Instagram @youthcaremalaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang yang aktif bersukan, Afiq pernah mewakili sekolah dalam sukan tenis dan renang serta menjadikan aktiviti boxing sebagai hobinya. Pernah menetap selama empat tahun di Amerika Syarikat, anak muda berusia 20 tahun ini mempunyai minat yang tinggi dalam bidang peragaan fesyen, namun mengakui sebelum ini dia tidak berkeyakinan dengan tubuh badannya.
Semuanya bermula apabila ibunya sering memberikan sokongan dan galakkan untuk Afiq cuba memasuki industri seni. Dia kini merupakan model sambilan yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon terkenal tanah air.
Afiq juga merupakan pelajar bidang aviation yang turut menjadikan kerjaya juruterbang sebagai backup plan sekiranya dia tidak dapat meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan.
“Saya sekarang sedang belajar bidang kejuruteraan penerbangan di UniKL MIAT. Jadi, disebabkan PKP ini, saya mengikuti kelas secara online dan jika tiada kelas saya akan belajar sendirian di rumah,” jelas Afiq.
“Waktu petang pula dalam lebih kurang pukul 5, saya dan ayah akan memulakan rutin bermain tenis. Ayah merupakan jurulatih saya dan disebabkan PKP gelanggang tenis semua tutup, jadi kami hanya berlatih di kawasan berhampiran rumah,”
“Pada waktu malam, saya banyak menghabiskan masa untuk membuat muzik kerana suasana malam yang sangat sunyi dapat memberikan idea untuk berkarya. Bila idea datang, saya boleh letak terus dalam DAW. DAW ialah aplikasi yang boleh menghasilkan muzik,” tambahnya lagi.
Jelas Afiq, tidak banyak yang boleh dilakukan sepanjang PKP ini, namun ia bukanlah alasan untuk dirinya tidak melakukan apa-apa aktiviti untuk mengisi masa lapang.
Jangan lupa saksikan Hero Remaja 2021 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria. Korang juga boleh mengikuti update terkini di media sosial Majalah Remaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merupakan peserta termuda di pencarian Hero Remaja 2021, Syazani mula minat berlakon selepas menonton banyak filem dan drama Korea sewaktu PKP tahun lalu.
Pernah mencuba dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020 tetapi tidak berjaya, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat anak muda ini dan akhirnya berjaya menjadi finalis Hero Remaja 2021.
Menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idolanya dalam bidang lakonan, Syazani tidak sabar untuk meneruskan perjalanan di Hero Remaja 2021 sebagai peserta paling muda dan ingin mencabar dirinya untuk lebih bersinar dan bersaing dengan finalis yang lain.
Siapa sangka anak muda ini juga mempunyai minat untuk mencuba dalam bidang masakan. Jelas Syazani, sepanjang PKP ini dia banyak mencuba resipi yang dikongsi oleh pengguna-pengguna media sosial di Instagram dan antara yang menjadi kegemarannya adalah kek pisang.
“Sebenarnya kalau ikutkan rutin saya, setiap kali selepas bangun tidur saya akan melayari media sosial dahulu untuk mengetahui berita-berita semasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita,”
“Selepas itu, saya akan cuba mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti sendiri. Contohnya memasak. Why not kita cuba benda baru daripada tak buat apa-apa di rumah kan?,” jelas Syazani.
Walaupun menjadi peserta paling muda dalam edisi Hero Remaja kali ini, Syazani tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk dia merasakan rendah diri kerana baginya setiap peserta pasti mempunyai kelebihan masing-masing.
Korang juga boleh mengundi Syazani untuk Hero Remaja Favorite 2021 di www.remaja.my.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.