Jika kelmarin suri hati baginda bersuara mengenai isu penderaan yang terjadi kepada Bella. Hari ini Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pula berkenan menunjukkan tanda sokongan kepada remaja kurang upaya Sindrom Down yang didera itu.
Menerusi tinjauan REMAJA ke laman Instagramnya, Tunku Ismail memuatnaik gambar Bella dan juga orang kena tuduh, Siti Bainun bersama pasukan peguamnya di Instastory.
Menerusi hantaran tersebut ayahanda kepada empat orang cahaya mata itu turut menampilkan tanda pagar Justice for Bella. Selain itu Tunku Ismail turut menulis, “Saya bersama anda.” Menunjukkan soladiriti terhadap kes tersebut dan mangsa, baginda turut membuat ciapan menggunakan gambar yang sama di Twitter.
Setakat artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah menerima hampir 17 ribu ulang kicau, 25 ribu tanda suka dan juga 214 balasan mesej mereka yang bersetuju dengan tindakannya. Rata-rata rakyat dalam rangkaian ciapan tersebut berterima kasih kepada Tunku Ismail kerana cakna terhadap apa yang terjadi kepada remaja malang itu.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 16, 2022
Ini antara mesej pengguna Twitter yang membalas ciapan tersebut.
“Tuanku, tolong bantu bella tuanku. kami sebagai rakyat marhaen hanya mampu mendoakan dan buat mana yang kami mampu je. Semoga Allah membalas jasa tuanku.”
Ads
“Semoga Tuanku sekeluarga sentiasa dibawah Rahmat Allah. Bella perlukan sokongan seperti Ini. Terima Kasih Tuanku.”
“Thank you for the support and kindness your Royal Highness. Lots of love and respect to the Entire Johor Monarch from a humble Malaysian Rakyat. Hoping for the very best outcome for Bella.”
Dalam kemaskini terbaru, Tunku Ismail telah menerangkan mengenai tindakan selanjutnya yang akan dilakukan baginda mengenai kes ini. Terang baginda, “Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguan saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap orang kena tuduh dalam kes ini.”
Ads
Tambah baginda lagi, “Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian untuk kes ini.”
Kelmarin Che Puan Besar Khaleeda Bustamam menyatakan kekecewaannya terhadap apa yang berlaku. Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory, beliau menulis, “Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.”
Semoga dengan sokongan yang diberikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan isteri mampu memberikan impak positif dan juga menyedarkan masyarakat Malaysia yang kes seperti ini tidak boleh didiamkan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa kita semua ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik kerana sudah terbukti tiada peningkatan mendadak kes positif COVID-19 direkodkan selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari.
Khairy mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia daripada segi tingkah laku yang baik pada Fasa Peralihan ke Endemik ini.
“Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka,”
Foto: The Star (Gambar hiasan)
“Jadi maknanya rakyat Malaysia sudah tahu macam hendak hidup dengan COVID-19 dan mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri,”
“Jadi nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan peralihan ke endemik ini,” jelas Khairy
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas jangkaan sesetengah pihak yang meramalkan kes COVID-19 akan naik mendadak selepas Aidilfitri ini. Namun, selepas dua minggu dilaporkan keadaan masih terkawal dan tiada peningkatan mendadak berlaku.
Tambahnya lagi, faktor vaksinasi juga turut mendorong kejayaan Malaysia membendung wabak berkenaan dan membantu mengurangkan kesan yang buruk kepada pesakit COVID-19.
Syukur kes COVID-19 nampaknya semakin berkurangan. Semoga ia terus kekal tidak mencatatkan peningkatan, namun kita masih lagi perlulah sentiasa berjaga-jaga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban hari, semakin ramai individu dijangkiti wabak Covid-19 tanpa mengira umur dan latar belakang seseorang, termasuklah di kalangan rakan dan saudara rapat kita.
Negara kita bagai ke satu ‘kehidupan baharu᾿ di mana penularan kes-kes Covid-19 akan sentiasa wujud di dalam masyarakat. ‘Hidup’ bersama Covid-19’ ini memerlukan semua orang memainkan peranan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri dan juga mereka di sekeliling. Malah,
Rata-rata dari kita memilih menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR) mahupun Rapid Test Kit (RTK) untuk mengesan diri dijangkiti Covid-19 atau tidak.
Sekiranya dijangkiti tetapi tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala yang tidak teruk, anda perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Baru-baru ini, seorang ahli farmasi, Huda Kamsani berkongsi satu yang bermanfaat kepada pesakit Covid-19 yang kuarantin di rumah melalui akaun TikToknya.
Menurut Huda, Enam item asas yang diperlukan adalah:
1. Thermometer – untuk periksa suhu badan dua kali sehari.
Foto Via Pexels
2. Oximeter – untuk periksa oksigen dan kadar denyut nadi dua kali sehari.
Foto Via Pexels
3. Difflam – untuk melegakan sakit tekak.
4. Paracetamol – untuk turunkan suhu badan (ambil dua kali sehari).
REMAJA tidak terkejut apabila mendapat tahun Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan penggemar dan pengumpul karya seni lukisan. Ini memandangkan sesebuah karya yang boleh mencecah puluhan hingga ratusan ribu Ringgit adalah salah satu bentuk pelaburan di mana harganya boleh melipat ganda dalam tempoh masa tertentu.
Pembelian karya seni lukisan terbaru oleh Sultan Sharafuddin bagaimanapun telah menarik tumpuan rakyat setelah mereka memerhatikan konsep lukisan tersebut dan siapakah artis disebaliknya.
Menerusi akaun rasmi media sosial Selangor Royal Official di platform Facebook dan Instagram, baginda nampaknya telah tertarik dengan sebuah karya yang mengambil inspirasi daripada ruang Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia. Manakala ahli Parlimen yang sedang bersidang pula digambarkan sebagai monyet dan katak.
Apa yang membuat hantaran di media sosial itu menjadi bualan ramai adalah kerana konteks karya tersebut dan baginda yang sedang berdiri bersebelahan dengannya.
Catat pemegang akaun tersebut, “Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj.
“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli dan menggangtungnya di ‘private study room’ Baginda.”
Tambah kapsyen itu lagi, ia bukanlah untuk dimiliki buat selamanya dan Baginda Sultan berhasrat untuk melelong lukisan ini satu hari nanti. Hasil lelongannya kelak akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.
Sekilas pandang, lukisan tersebut mirip ilustrasi yang pernah dihasilkan oleh artis jalanan Inggeris terkenal, Bansky. Lukisan beliau pernah terjual pada harga kira-kira RM50 juta ataupun 9.9 juta pound pada tahun 2019.
Karya lukisan Bansky berjudul ‘Devolved Parliament’ ini juga dikenali dengan nama ‘Questioned Time’.
Waktu hantaran ini dimuat naik juga menarik perhatian rakyat memandangkan Parlimen pada minggu ini sedang membentangkan Rang Undang-Undang yang menghalang Ahli Parlimen daripada tindakan melompat parti. Mereka yang bergelar ‘katak’ ini mungkin sekali akan berhadapan tindakan kehilangan kerusi di peringkat Parlimen jika berbuat sedemikian selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan Selangor tawar kelas bahasa percuma Selangor bermula 2026 melibatkan Mandarin, Tamil dan bahasa antarabangsa secara dalam talian untuk semua rakyat.