Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif kini menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Najwa yang kini memegang tanggungjawab sebagai seorang pensyarah mengakui, misinya apabila meneruskan pengajian pada peringkat PdD ini tidak lain tidak bukan adalah demi terus mengejar ilmu selain memajukan diri sebagai seorang pendidik profesional.
“Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan tidak pernah ada penghujung,”
“Walaupun setelah tamat PhD nanti, saya rasa saya masih akan hendak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.
Ads
“Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi, terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,” memetik daripada laporan portal tempatan.
Gadis berusia 26 tahun ini khabarnya masih dalam proses menentukan topik penyelidikan yang ingin dikaji bagi melengkapkan tesisnya nanti.
“Setakat ini, saya hendak fokuskan penyelidikan dalam lapangan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi platform atas talian. Tetapi saya masih belum berbincang dengan penyelia. Belum putuskannya lagi sebab saya baru saja tamat hadiri taklimat pengajian minggu ini,” jelasnya.
Najwa tidak menafikan dia cukup teruja apabila memikir akan gelaran doktor yang bakal diperolehinya nanti. Bukan saja itu menjadi bekalan motivasinya, ia juga satu pencapaian yang luar biasa untuk Najwa yang pernah satu ketika dahulu tidak begitu meminati bidang akademik.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Najwa Latif dan semoga kejayaan yang dikecapinya ini menjadi inspirasi buat anak muda untuk lebih berjaya dalam pelajaran.
Walaupun mempunyai minat dan berbakat dalam bidang seni, Najwa tidak pernah mengabaikan pelajarannya dan berusaha mencapai kejayaan di peringkat yang lebih.
Vokalis kumpulan Govinda, Irfan, menyifatkan penyanyi versatil, Ernie Zakri antara penyanyi tanah air yang berpotensi untuk mencipta nama dan mengembangkan sayap ke negara seberang.
Berkata kepada Remaja, ia kerana pelantun lagu popular Ku Bersuara itu mempunyai kemampuan nyanyian yang luar biasa, justeru layak diberi peluang untuk menyerlah di negara itu.
“Kehadiran Ernie ke Indonesia dengan lagu Hal Hebat dan Masing-Masing disambut baik peminat dan rakan media di Indonesia.
“Dia miliki suara yang luar biasa, salah seorang diva terbaik dari Malaysia, justeri kami bangga kerana dapat mempromosikan dia di sana,” katanya ketika ditemu bual pada sidang media Konsert Govinda Hal Hebat.
Dalam pada itu, Irfan turut memberitahu, pandangan yang mengaitkan Ernie menumpang populariti kumpulan mereka untuk dikenali di Indonesia adalah sama sekali tidak benar.
Tambahnya, bakat yang dimiliki isteri kepada penyanyi Syamel itu sudah cukup untuk mengangkatnya, justeru dia tidak perlu menumpang populariti kumpulan berkenaan.
“Ernie ada bakat yang luar biasa dan kami yakin namanya boleh melonjak di Indonesia,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti biasa, setiap bulan pastinya peminat K-Drama menantikan drama-drama terbaru yang bakal ditayangkan.
Untuk bulan Mei ini, khabarnya ada lebih kurang 10 siri K-Drama terbaru yang akan ditayangkan.
So, let’s check this out!
1. Going Out
Berbeza dengan siri K-Drama yang lain, Going Out merupakan drama pendek tvN yang hanya mempunyai dua episod sahaja. Dijadual tayangannya pada 4 Mei, A Night Out atau Going Out dibintangi oleh Han Hye Jin, Kim Tae Hoon dan juga Kim Mu Kyung.
Mengisahkan tentang Han Jung Eun yang telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dengan Lee Woo Cheol dan dikurniakan seorang anak perempuan. Wool Cheol adalah seorang DJ di sebuah stesenr radio, sementara Jung Eun sibuk bekerja dan menguruskan rumah tangga serta anak perempuannya.
Suatu hari, ibu Jung Eun datang ke Seoul untuk membantu menjaga cucunya. Namun, keluarga mereka tiba-tiba mengalami sebuah tragedi dan mereka harus menghadapi kenyataan yang menakutkan.
2. Shall We Have Dinner Together?
Mengisahkan tentang Woo Do Hee, seorang wanita yang putus dengan kekasih yang masih dicintainya. Kim Hae Kyung, lelaki yang sudah penat untuk menjalinkan hubungan cinta. Mereka seorang yang suka makan, tetapi tidak suka pergi ke restoran secara bersendirian.
Suatu hari, ketika Hae Kyung dan Do Hee secara tidak sengaja bertemu di satu kedai makan, pelayan restoran tersebut menawarkan menu ‘couple’ dan menyuruh mereka untuk duduk bersama. Mereka pun buat seperti date makan malam bersama. Dari situlah hubungan persahabatan mulai terjalin.
3. Oh My Baby
Merupakan drama komedi romantis tvN yang dijadualkan tayang pada 6 Mei. Oh My Baby menceritakan tentang Jang Ha Ri, seorang workaholic yang tidak berminat untuk mencari pasangan walaupun sudah berusia.
Namun, dia berkeinginan untuk mempunyai anak, sehingga akhirnya Jang Ha Ri terlibat dengan tiga orang lelaki, iaitu Han Yi Sang seorang jurugambar bebas, Yoon Jae Young, doktor yang merupakan single parent dan Chong Kang Eu-Ddeum seorang pekerja junir di tempat Jang Ha Ri bekerja.
Bagaimana kisah selanjutnya, adakal Jang Ha Ri berjaya memiliki seorang anak? Nantikan drama lakonan Jang Na Ra, Park Byung Eun, Go Joon dan Jung Gun Joo ini.
4. Soul Mechanic
Berkisarkan tentang seorang psychiatrist bernama Lee Shi Joon yang bersemangat menjalankan tugasnya untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah hidup. Manakala, Han Woo Joo adalah seorang pelakon muzikal yang sedang naik dan sangat mencintainya kerjanya itu.
Satu hari, Lee Shi Joon dan Han Woo Joo dipertemukan dalam hubungan yang unik dan heartwarming.
5. My Unfamiliar Family
Mengisahkan tentang anak-anak yang menjadi seperti orang asing dengan kedua orang tua mereka, saat mereka semakin dewasa. Malah, mereka juga sepertinya sudah mendapatkan keluarga baru bersama dengan orang lain.
Setiap daripada mereka menyimpan rahsia yang sukar untuk dikongsi bersama keluarga sendiri, tetapi lebih terbuka untuk menceritakan kepada orang lain atau teman-teman.
6. Old School Intern
Dibintangi oleh Park Hae Jin, Kim Eung Soo dan Han Ji Eun, drama ini mengisahkan tentang Ga Yeol Chan yang membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana sering menerima arahan daripada pihak atasan yang kolot bernama Lee Man Shik.
Yeon Chan berjaya mendapat pekerjaan baru di perusahaan ramen dan meraih jawatan tinggi dengan usaha kerja kerasnya. Namun, suatu hari Yeol Chan harus kembali menghadap bekas bosnya itu yang menjadi pegawai senior di tempatnya bekerja.
7. Mystic Pop-up Bar
Diangkat dari webcomic popular berjudul Ssanggap Pocha, mengisahkan tentang pojangmacha atau tempat minum outdoor misteri yang hanya dibuka pada malam hari.
Pelanggannya terdiri daripada manusia yang hidup dan yang telah mati. Sambil minum dan menikmati hidangan lain, mereka mencurahkan isi hati dan berkongsi masalah yang dihadapi.
8. Team Bulldog: Off-duty Investigation
Berkisarkan tentang Jing Kang Ho, seorang detektif yang bercita-cita tinggi dan pantang menyerah dalam membongkar kes jenayah dengan pelbagai cara. Dia bertemu dengan Kang Moo Young, seorang pemberita daripada program penyiasatan televisyen.
Mereka pun bekerjasama dalam program tersebut untuk membongkap pelbagai kes yang belum diselesaikan.
9. The Moment
Dijadualkan tayangannya pada 25 Mei, The Moment mengisahkan tentang kehidupan orang-orang muda di industri modeling. Di mana, latar belakang seperti menjadi penentu nasib di masa hadapan dan menggapai impian adalah sebuah kemewahan yang tidak semua orang dapat merasainya.
Namun, Sa Hye Joon merupakan seorang model, Ahn Jung Ha seorang make-up artist dan Won Hae Hyo adalah seorang model dan aktor yang dapat membuktikan bahawa setiap kerja keras dan passion akan membuatkan mimpi menjadi kenyataan.
10. Wind and Cloud and Rain
Choi Chun-Joong (Park Si Hoo) adalah penilik wajah terbaik di Joseon. Dia dilahirkan dalam keluarga yang berprestij, tetapi keluarganya dibunuh. Dia dipandang rendah sebagai peramal, tetapi dia akhirnya menjadi orang yang paling berkuasa di Joseon. Dia menyedari nasib Joseon dan berusaha mengubahnya. Dia juga mengabdikan hidupnya untuk wanita yang dia cintai.
Nah, banyak drama baru yang bakal ditayangkan bulan ini. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah stres 5 hari seminggu, kadangkala korang nak je pergi bercuti sekejap. Lari daripada bandar penuh bingit, ala-ala Rangga gitu. Namun untuk percutian jenis weekend getaway ini, bajetnya tentulah tak besar. Jauh sekali memerlukan korang untuk menempah tiket penerbangan.
Jom lakukan sesuatu yang berbeza dan alami penginapan di hotel yang tampil lain daripada yang lain ini. Bukan hanya bercuti, korang boleh penuhkan feed Instagram korang dengan gambar yang cantik! Mulakan carian hotel anda di sini.
Tubotel, Pulau Langkawi
Tubotel, Pulau Langkawi
Tubotel (Tube + Hotel) terletak di Pantai Cenang dan diperbuat daripada paip pembentung simen. Mencedok ilham daripada Dasparkhotel di Austria, ia menawarkan dua jenis pemandangan iaitu menghadap laut atau kawasan taman. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah Pulau Langkawi menjadikan Tubotel sering dipilih pelancong yang inginkan feel seperti di Amerika Selatan. Hola!
Masbro Village, Melaka
Masbro Village, Melaka
Jika kamu ingin mencari penginapan dengan suasana yang ceria dan berbeza, Masbro Village adalah pilihan yang tepat. Ia terletak di Paya Rumput, kira-kira tujuh kilometer daripada pusat bandar raya Melaka. Seni bina rumah tiga segi yang unik dan landskap menghijau membuatkan ia cukup popular di kalangan generasi muda untuk bercuti dengan rakan sebaya ala dorm.
The Rucksack Caratel
The Rucksack Karatel, Melaka
Tampil dengan kombinasi moden dan tradisional, The Rucksack Caratel Jalan Banda Kaba, Melaka ini terletak betul-betul di tengah bandar raya Melaka. Pelbagai bilik yang ditawarkan mengikut kategori dan harga berbeza mengikut keluasan, kemudahan dan pemandangan. Korang pilih saja sama ada hendakkan pemandangan jalan, kolam renang atau taman. Mereka juga selalu menawarkan promosi seperti ‘We Want Groupies’ di mana pelanggan boleh mendapatkan harga bilik lebih rendah dengan menetap bersama 9 rakan yang lain.
Container Hotel, Kuala Lumpur
Container Hotel, Kuala Lumpur
Hotel ini diperbuat daripada kontena dan direka semula dalam bentuk yang lebih moden, berwarna-warni dan ceria. Ia hadir dalam tiga jenis bilik iaitu Outgoing (berkonsepkan asrama), Adventure (bilik dalam tube) dan Conservative (bilik biasa). Harga juga berlainan mengikut jenis bilik yang dipilih.
Time Capsule Retreat, Pahang
Hadir dengan suasana hutan sunyi dan sejuk sesuai buat kamu yang inginkan ketenangan. Hotel ini juga diperbuat daripada paip pembentung dan mempunyai lapan kapsul untuk didiami secara total. Di dalamnya pula tersedia katil bersaiz Queen, lampu, soket dan penyaman udara.
Time Capsule Retreat, Pahang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...