Selepas 6 Tahun Hiburkan Penonton, Jeon So Min Umum Tinggalkan Running Man

Share

Pelakon Korea terkenal, Jeon So Min secara rasmi akan meninggalkan Running Man selepas enam tahun berada dalam rancangan hit tersebut.

Menerusi laporan Korea Boo, berita berkenaan telah disahkan sendiri oleh agensi Jeon So Min dan juga SBS dalam satu kenyataan berasingan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Terlalu Pasif Punca Netizen Korea Desak Song Ji Hyo Dikeluarkan Dari Rancangan Running Man

Menurut kenyataan tersebut, pelakon berusia 37 tahun itu akan melakukan sesi rakaman terakhir pada 30 Oktober ini.

“Pelakon Jeon So Min akan meninggalkan rancangan Running Man SBS selepas sesi rakaman terakhirnya pada 30 Oktober.

“Selepas perbincangan yang panjang dengan pasukan produksi, diputuskan bahawa dia memerlukan masa untuk berehat dan mengisi semula tenaga supaya dia boleh mempamerkan sisi yang lebih baik daripada dirinya melalui aktiviti masa depannya, termasuk lakonan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada penonton yang bersama Jeon So Min selama enam tahun yang lalu, kedua-duanya ketawa dan menangis. Kami meminta sokongan dan kasih sayang anda untuk Jeon So Min pada masa hadapan,” jelasnya.

Untuk info, pelakon jelita itu menyertai rancangan kegilaan ramai tersebut bermula pada April 2017.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN