
Tanggal 1 November tahun lalu, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham masing-masing dilantik sebagai Perunding Kreatif dan Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar Malaysia yang diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Namun begitu selepas empat bulan dalam khidmat, posisi mereka berdua di kementerian tersebut telah ditamatkan serta merta. Menurut laporan Sinar Daily, portal berita tersebut difahamkan yang penamatan tersebut berlaku dalam garis masa 24 jam yang lalu.

Walau bagaimanapun apabila ditanya mengapa kontrak dua personaliti popular itu ditamatkan, Saifuddin tidak memberikan maklumat lebih lanjut tentang perkara tersebut.
Dalam kenyataan ketika pelantikan dua personaliti tersebut di dalam Kementerian luar beliau menjelaskan bahawa pelantikan mereka berdua selari dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah kerangka Dasar Luar Malaysia.

Dr Ahmad Idham sebelum ini merupakan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bermula tahun 2019 sehingga 2021 dan seorang pelakon dan juga penerbit filem.
Manakala Datuk Seri Eizlan Yusof pula merupakan seorang pelakon terkenal yang sudah memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara atas pencapaiannya sebagai anak seni.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Mstar, Sinar Daily
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Tip Temu Duga Kerja Terbaik Wajib Kamu Tahu

Mencari pekerjaan terutamanya bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian merupakan satu cabaran. Bergantung kepada individu, ada yang mampu melakukannya dengan baik dan tidak kurang pula berdepan dengan segala macam debaran.
Bagi kamu yang baru tamat belajar, inilah masanya untuk mula melangkah ke alam dewasa dan berdikari. Pada sesi temu duga, kesemua calon mempunyai peluang sama rata. Mungkin yang membezakan kamu dan orang lain ialah pencapaian akademik.
Tapi ketahuluilah bahawa apa yang terkandung di atas kertas sahaja tidak memadai. Kebanyakan syarikat yang ingin mengambil pekerja baru mereka akan menilai setiap calon berdasarkan banyak faktor. Dan antara faktor yang paling utama ialah bagaimana kamu mengendalikan diri ketika berada di dalam keadaan tertekan.
Jadi apakah tip terbaik untuk kamu mengawal rasa gugup ketika berdepan dengan situasi begini? Jom ikuti tip terbaik yang boleh kamu gunakan ketika melalui proses temu duga kerja!
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Sebab Mengapa Lelaki Sukar Jujur Dengan Perasaan Sendiri
INGAT YA 10 PERKARA DI BAWAH INI! 🙂
1. Jangan lokek senyuman. Ia merupakan komunikasi nonverbal yang paling baik.
2. Pakai pakaian yang sesuai untuk sesi temu duga. Biarlah sesuai dengan jawatan dipohon.
3. Belajar untuk bercakap bila perlu. Jangan cakap terlalu banyak dan merapu yang bukan-bukan.
4. Janganlah terlalu kasual. Ingat, temu duga bukan perkara main-main & perlu ada sikap profesional.
5. Jawablah setiap soalan dengan bahasa yang sesuai dan formal.
6. Jaga attitude. Walau apa jua yang kamu tak puas hati jangan ditonjolkan dengan mimik muka dan bahasa badan.
7. Jangan segan untuk tanya terutamanya jika penemuduga membuka ruang untuk kamu bertanya.
8. Jangan buatkan diri kamu nampak terlalu terdesak. Chill & relaks.
9. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan penuh yakin dan tanpa ragu-ragu.
10. Sebelum sesi temu duga, persiapkan diri dengan homework dan kaji tentang syarikat tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“It’s OK Untuk Ambil Sebagai Reference..” Aedy Ashraf Komen Isu ‘Copy’ Bad Genius

“Tiada istilah meniru dalam dunia seni..”
Tayangan episod pertama Projek: Anchor SPM semalam di saluran Astro Citra nyata telah menarik perhatian ramai penonton tempatan yang kian ghairah mencari naskah drama yang segar untuk ditonton.
Semakin lama, kita disajikan dengan berbagai-bagai pilihan drama serta filem, baik di televisyen, di media sosial seperti YouTube mahupun di laman penstriman atas talian. Lambakan karya baharu di pasaran ini telah memberikan kepuasan kepada penonton untuk bertukar arah genre mengikut mood.
Bagaimanapun apabila terlalu banyak pilihan yang hadir daripada seluruh pelosok dunia, karya drama dan filem terbitan produksi Malaysia secara tidak langsung akan tenggelam JIKA pengarah, penerbit dan seluruh dunia seni lakonan tempatan masih selesa di takuk yang sama.
Jika kita masih dalam zon selamat dengan mempertaruhkan konsep kahwin paksa, cinta yang dicurangi, perniagaan berbilion Ringgit milik anak Datuk dan komedi ringan yang jujurnya kadangkala tidak kelakar pun, nampaknya kita akan terus tertinggal di belakang.
Projek: Anchor SPM
Oleh sebab itulah, kehadiran naskah terbaru arahan Razaisyam berjudul Projek: Anchor SPM ini terasa segar dan baharu kepada penulis dan ramai penonton yang sempat mengikuti episod pertamanya semalam.
Biarpun baru ditayangkan bagi sejam pertama dan masih berbaki tujuh lagi episod, keseluruhan drama digarap sebaik mungkin dan menjanjikan kelainan memandangakn ia adalah siri original terbitan Astro.
ARTIKEL BERKAITAN : 5 Karakter Projek: Anchor SPM, Korang Yang Mana Satu?
Bercakap mengenai originaliti, sejak para pelakonnya memasuki set penggambaran lagi, warganet mula mempersoalkan sekiranya Projek: Anchor SPM ini adalah drama gred kedua yang sekadar menciplak idea karya terbitan Thailand popular berjudul Bad Genius.
Tanggapan pramatang itu hadir disebabkan konsep pelajar yang terpaksa meniru di dalam dewan peperiksaan sekolah. Kedua-dua naskah ini menggunakan plot tersebut sebagai anchor (pun intended) kepada keseluruhan jalan cerita.
Peluang untuk duduk menemubual pelakon utama Projek: Anchor SPM iaitu Aedy Ashraf baru-baru ini telah penulis gunakan untuk bertanya tentang isu kononnya meniru jalan cerita Bad Genius.

“Sebagai seorang pelakon, saya rasakan adalah okay untuk ambil sesebuah karya sebagai reference. Tapi itu tidak bermakna kita meniru. For me, there is no copycat in art.”
“Saya rasa, penulis skrip telah menggunakan plot penceritaan drama ini berdasarkan pengalaman mereka sendiri di sekolah berasrama penuh. Kalau orang nak kata drama ini 100 peratus meniru, saya tidak berapa nak setuju.
“Kita ada penceritaan kita sendiri. Lagipun saya rasakan ia sedikit lebih menarik berbanding Bad Genius kot,” seloroh Aedy.
Setelah menonton episod pertama Projek: Anchor SPM semalam, ia sebenarnya lebih daripada sekadar percubaan meniru itu.
Selain suntingan dan sinematografi berkesan yang membuatkan penonton setia menanti di hadapan layar kaca sepanjang sejam ditayangkan, siri bergenre coming-of age dan young adult ini juga memperlihatkan isu-isu yang dihadapi pelajar sekolah berasrama di Malaysia.
Ada sedikit perisa kenakalan, ada elemen ‘budak sukan’, perasaan cinta dan persahabatan, tekanan mengekalkan prestasi pelajaran dan macam-macam lagi. Kesemua itu dirangkum kemas bagi mengembalikan memori bekas pelajar sekolah menengah.
Bagi khalayak penonton remajanya pula, penulis rasakan Projek: Anchor SPM mampu memberi gambaran sebenar kehidupan mereka walaupun ia hanyalah 30 peratus daripada keseluruhan pengalaman pelajar asrama penuh.
Lagi 70 peratus tu, korang tanyalah sendiri kepada pelajar asrama. Mana boleh reveal semuanya, nanti kantoi.

Tinjauan REMAJA di media sosial juga menunjukkan rata-rata respon positif selepas episod pertama dan mereka juga menidakkan persamaan yang dikatakan wujud antara Projek: Anchor SPM dan Bad Genius.


*
Apapun, episod pertama semalam telah berjaya membuakkan rasa tidak sabar dalam jiwa ramai penontonnya untuk menantikan episod kedua selepas ini.
Bagi yang terlepas untuk menonton siri premium Astro Originals ini semalam, korang boleh menstrimnya semula di aplikasi Astro Go atau On Demand. Teruskan menonton Projek: Anchor SPM setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Citra (108/128)
BACA LAGI : ‘Projek Anchor SPM’ 100% Lain Daripada ‘Bad Genius’ – Nadhir Nasar – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Akhirnya Kita Ada Persamaan…,”- Tular Foto Peha Berbintik Merah & Penuh Stretch Mark, Lisa Blackpink Buat Netizen Sayang Kulit Sendiri

Nama artis K-pop keturunan Thailand, Lisa Blackpink kini terus mekar dalam industri hiburan antarabangsa.
Bukan sahaja mengecap kejayaan bersama kumpulan K-pop popular dunia, Blackpink malah, karier solonya juga turut mendapat sambutan yang luar biasa.

Terbaharu, tular satu ciapan di aplikasi Twitter yang memaparkan foto Lisa sedang membuat persembahan di atas pentas.
Foto berkenaan telah menimbulkan perdebatan hangat netizen yang tertumpu pada bahagian peha Lisa yang dikatakan dipenuhi bintik-bintik merah dan tanda regangan (stretch mark).
WTFFF LISA pic.twitter.com/HC5ITeBvva
— ؘ (@lisashots) August 13, 2023
Ada diantara netizen yang mengkritik tindakan Lisa yang dikatakan tidak mengambil berat tentang penampilan dan penjagaan kulitnya itu.
Namun begitu, terdapat juga netizen yang memuji penyanyi lagu Lalisa itu kerana berani menampilkan warna kulit sebenarnya segali gus menolak stereotaip yang mengatakan selebriti K-pop harus sentiasa tampil cantik sehingga terpaksa menyembunyikan kekurangan mereka kepada umum.
“Selebriti K-pop memang sangat dikenali dengan stereotaip untuk memiliki kulit yang bersih, putih dan lembut. Malah mereka juga obses untuk menyembunyikan warna sebenar kulit mereka. Namun, Lisa telah memecahkan tembok stereotaip yang telah berdekad lamanya di dalam industri seni di Korea.
“Kesan regangan itu normal. Lisa juga manusia.
“Terima kasih kerana menunjukkan dan mengingatkan kami yang ketidaksempurnaan itu sebahagian daripada kesempurnaan.
“Kita kena biasakan selebriti berkongsi gambar asli mereka ketika membuat persembahan di atas pentas daripada menyunting sehingga kelihatan putih dan menutup segala kesan luka,” antara komen-komen netizen.

Pada masa sama, foto Lisa tersebut secara tidak langsung telah menaikkan keyakinan para netizen untuk sentiasa berbangga dengan warna dan keadaan kulit mereka sendiri.
“Kepada para wanita, punyai stretch mark itu normal. Lisa yang punyai duit yang banyak pun ada kulit sebegitu. Jangan insecure lagi.
“Akhirnya saya punya persamaan dengan Lisa. Sama-sama ada stretch mark.
“Lisa juga punyai stretch mark. Rasa insecure berkurang.
“Ketika ini, saya sukakan stretch mark saya sekarang,” antara respon-respon daripada netizen.
Baru-baru ini, Lisa telah mencetuskan sensasi selepas berkongsi beberapa foto yang memaparkan dirinya sedang mengenakan bikini ketika bercuti di sebuah pulau.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Lisa & Twitter @losashots
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


