
Jika sebelum ini 3X Extra Spicy Ayam Goreng McD mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Malaysia, kini McDonalds telah memperkenalkan Spicy Chicken McNuggets pula.
Memang kena dengan selera orang Malaysia yang suka pedas, Spicy Chicken McNuggets ini khabarnya dijual dengan harga RM9.43 untuk 6 ketul, RM13 untuk 9 ketul dan RM24 untuk 20 ketul nugget.

Hm, baru tengok poster pun kami dah telan air liur, belum lagi kalau dapat rasa kan? Confirm meletop ni.

Malah, ada juga pelanggan yang sudah mencuba dan mengatakan nugget pedas ini memang sedap.


Ha guys, so lunch ni makan dekat mana? Boleh la try nugget pedas ni. Let's!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebakaran Australia Kini Seluas Manhattan, 10 Foto ‘Langit Merah’ Ini Curi Tumpuan

Insiden kebakaran hutan yang sedang melanda Australia kini menjadi topik perbualan sedunia apabila ia masih belum dapat diatasi.
Apa yang membimbangkan adalah bagaimana kebakaran tersebut telah merebak kepada keluasan mirip satu pulau Manhattan yang terletak di New York.

Ada juga yang memuat naik perbandingan 45% keluasan Semenanjung Malaysia kepada keluasan kebakaran di Australia bagi menunjukkan betapa seriusnya insiden ini.

Menurut laporan 5 Disember, sehingga kini, sekurang-kurangnya setengah jumlah populasi koala yang sihat di Australia dikhuatiri telah mati terbakar. Manakala, kira-kira setengah BILION haiwan liar di bahagian New South Wales SAHAJA diramalkan telah mati.
Yes, that is how bad it is guys.
*
Masyarakat dunia terkejut apabila fenomena kebakaran hutan yang melanda Australia pada setiap tahun ini mencatatkan rekod terburuknya pada kali ini.
Ini merupakan 10 foto yang membuatkan dunia tersedar bahawa Australia kini memerlukan bantuan mereka. Ingat, foto-foto ini tidak disunting dengan filter berwarna merah ya. Inilah keadaan sebenar di sana.





Langit bumi Australia terutamanya di bandar Bodalla di New South Wales bertukar merah setelah angin Barat meniupkan asap kebakaran ke arah Tasman.
Partikel kimia daripada asap tersebut telah menukar warna biru langit kepada merah terutamanya apabila tiba waktu matahari terbit dan terbenam.





Jadi bukan langit di Australia secara tiba-tiba bertukar merah. Asap kebakaran dan suhu tinggi pada musim bunga panas ini yang menyebabkan ia bertukar warna.
Apapun, sama-sama kita doakan agar insiden kebakaran ini pantas diatasi dengan bantuan sedunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibu Bapa Kanak-Kanak Bawa Kereta Hadapi Dua Pertuduhan, #1 Pengabaian Di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001

Nampaknya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertindak pantas dalam menjalankan tugas apabila bertindak mengambil tindakan terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia 9 tahun yang tular membawa kereta pagi tadi.
Tahniah, diucapkan!
Polis mengambil tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APK 1987) terhadap pemilik kereta selepas didapati membenarkan kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak di bawah umur.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, tindakan itu diambil susulan tular sebuah video di Facebook (FB) yang menunjukkan seorang kanak-kanak memandu kereta dipercayai berlaku di daerah ini.
"Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta serta kanak-kanak terbabit.
"Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu memandu kereta berkenaan tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berlaku di Kampung Bongek, Rembau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini tular video kanak-kanak lelaki memandu Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'.
Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bahawa bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video berkenaan.

Hadap satu lagi pertuduhan
Anuar Bakri berkata, satu laporan polis dibuat dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Menurutnya, kes itu disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.
Katanya, pihaknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap isu berkenaan.
"Saya berharap agar masyarakat dapat terus membantu dan sentiasa menyalurkan maklumat kepada polis," katanya. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Betul Ke Spongebob Squarepants ‘Straight’ Ataupun..” Netizen Pertikai Selepas Posting Nickelodeon Ini

Walaupun dunia animasi adalah khas bagi tontonan kanak-kanak yang masih belum matang, namun kita selalu terdengar bahawa pencipta rancangan dan jenama animasi popular daripada Barat mempunyai agenda mereka yang tersendiri.
Contohnya beberapa tahun lalu, tercetus beberapa video yang dimuat naik ke YouTube yang menunjukkan bagaimana sebuah produksi studio animasi popular melakar bahagian sulit lelaki dan wanita sebagai salah satu bahagian ‘tersirat’ dalam lukisan animasi mereka.
Terbaru, watak popular Nickelodeon iaitu Spongebob Squarepants pula yang menjadi sasaran.
Ia gara-gara sambutan ‘Pride Month’ yang disambut oleh golonan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Queer (LGBTQ) sepanjang Jun ini.
Dalam sebuah posting oleh Nickelodeon di Instagram, mereka memaparkan imej Spongebob dengan latar belakang terang berwarna-warni yang simbolik kepada golongan LGBTQ.
Tambah mencurigakan adalah caption pada foto tersebut yang berbunyi, “Celebrating Pride with the LGBTQ+ community and their allies this month and every month.
“Meraikan ‘Pride’ bersama komuniti LGBTQ+ dan rakan-rakan mereka pada bulan ini dan bulan-bulan yang lain.”
Karya ilustrasi @space.ram itu mencetuskan pertikaian di kalangan peminat animasi itu akan orientasi seksual sebenar Spongebob. Ada yang menuduh spekulasi ini benar.

Ada juga yang secara sinikal mengatakan kita terlalu memikirkan hal ini secara serius. Ini berikutan dakwaan Spongebob beragama Islam selepas Nickelodeon mengucapakan Salam Aidilfitri menggunakan watak Spongebob Squarepants dan Patrick Star yang berbaju Melayu pada bulan lalu.

Ini bukanlah kali pertama Spongebob menjadi sasaran debat ini kerana dialog yang diucapkan oleh Spongebob kadangkala mempunyai maksud yang tersirat ataupun double meaning.
Pihak Nickelodeon tidak pernah meletakkan sebarang info mengenai orientasi seksual watak popular mereka itu. Namun, netizen merasakan bahawa Spongebob mungkin sekali meminati kaum sejenis ataupun biseksual.
Selepas komen tersebut ‘menghujani’ ruangan komen, Nickelodeon memutuskan untuk menutupnya ‘turn off’ sebelum kembali dibuka kepada publik.
Hhm, kenapa nak takut jika Spongebob adalah watak ‘straight’?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

