Selepas 16 Tahun Bergelar Anak Seni, Ummi Nazeera Akhirnya Berjaya Julang Trofi Pelakon Wanita Terbaik

Share

Ummi Nazeera merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehebatannya sebagai seorang pelakon mendapat perhatian ramai kerana mampu membawa apa sahaja watak yang diberi dengan jayanya.

Semalam telah berlangsungnya Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS) yang menyaksikan ibu kepada dua cahaya mata itu telah diangkat sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan hebatnya dalam drama bersiri, Risik Pada Hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan Royal Melbourne Institute of Technology, Ummi Nazeera Anak Seni Hebat Masa Kini

Ummi berjaya mengalahkan sembilan lagi calon yang lain yang tidak kurang hebat iaitu Fauziah Ahmad Daud, Nabila Huda, Nad Zainal, Bella Astillah, Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Zara Zya, Siti Saleha dan Sofia Albarakbah.

Seiring dengan kemenangannya itu, ia menjadi satu momen bersejarah kerana trofi tersebut merupakan trofi pelakon pertama yang dia terima sepanjang bergelar anak seni.

Usai menerima trofi tersebut, menerusi satu hantaran di laman Instagram, Ummi berkongsi, “Alhamdulillah. Diberi peluang ini after 16 years as an actress. Manis Sungguh terasa.”

Pada majlis tersebut Ummi tampil menawan dalam persalinan nuansa hitam dan putih rekaan Khuntum. Wajahnya pula dirias oleh jurusolek terkenal, Datin Saidatulnisa Aminuddin.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN