Bermula sebagai bintang saluran Disney, Selena Gomez merupakan pelakon dan penyanyi yang telah melalui pelbagai pengalaman sejak berusia belasan tahun lagi.
Biarpun kini baru berusia 29 tahun, kita harus ingat bahawa Selena bermula sebagai seorang pelakon dalam rancangan sitkom Wizards of Waverly Place sejak berusia 13 tahun lagi.
Lantas, Selena pernah berdepan dunia glamor sebagai remaja, membesar di bawah spotlight dan dikenali penonton seluruh dunia sebelum dia sempat menghabiskan zaman sekolah lagi.
Namun, dalam suka tersebut tentulah ada duka yang tidak begitu menarik baginya.
Semalam, Selena telah berkongsi kisah dengan Vogue tentang bagaimana dirinya terasa ‘dicabuli’ dan diganggu oleh orang di sekeliling semasa zaman Disney.
Ads
“Saya mula berlakon ketika berusia 10 tahun dan memegang watak Alex Russo dalam Wizards of Waverly Place pada usia 13 tahun.
“Hanya setelah saya berusia 15 tahun, paparazi (jurukamera) mula berani muncul di set penggambaran dan semasa saya sedang bercuti untuk mengambil foto (saya).”
Sumber Foto: Pinterest.
Ads
“Saya ingat lagi semasa saya ke pantai bersama beberapa ahli keluarga yang sedang bercuti di kediaman kami. Dari jauh, kami ternampak beberapa lelaki dewasa dengan kamera masing-masing sambil mengambil foto remaja berusia 15 tahun (Selena) yang sedang memakai baju mandinya,”kata Selena.
“Itu adalah satu pencabulan bagi saya.”
Tentunya sebagai seorang selebriti yang baru ingin meningkat naik, Selena perlu berdepan dengan situasi seperti ini dengan positif kerana mengakui dirinya adalah seorang ‘people-pleaser’.
“Sukar untuk selebriti tidak menjadi people-pleaser kecualilah jika kami adalah seorang lelaki.”
“Salah satu ‘tugas’ saya pada waktu itu adalah untuk menjadi sempurna. Saya dianggap sebagai ‘role model’ kepada kanak-kanak dan perlu menunjukkan contoh baik kepada mereka.
“Saya faham kepentingan tugas tersebut, namun saya rasakan situasi tersebut perlahan-lahan bertukar ‘menjadi gelap’ kerana saya tidak dikelilingi oleh orang yang benar-benar menjaga (protective) dan menyayangi saya,” kongsinya lagi kepada Vogue.
Kalau korang masih ingat baru-baru ini, tular kisah Justin Timberlake yang memohon maaf kepada Britney Spears kerana pernah mengheret bintang pop tersebut ke kancah kemurungan.
Malah sebelum ini, beberapa lagi bintang Disney seperti Bella Thorne dan Miley Cyrus juga pernah berdepan zaman gelap setelah popular pada usia remaja.
Setiap ibu bapa impikan anak yang soleh, taat dan mendengar kata. Anak yang menjadi penyejuk jiwa. Anak yang mampu membahagiakan mereka di masa tua. Anak yang menjaga solatnya, imamnya serta mampu menjadi imam kepada keluarganya di masa depan.
Namun dengan situasi hari ini, cabaran membesarkan anak-anak ditambah pendedahan keterlaluan di media sosial membuatkan anak remaja mudah terdedah kepada perkara tidak menyenangkan.
Bagi memastikan anak-anak terdidik dengan baik dan soleh, Datuk Prof Dr Muhaya Muhamad berkongsi beberapa tip dan doa yang boleh ibu bapa amalkan agar-agar anak jadi anak soleh.
Buat ibu bapa, bacalah doa ini ya kepada anak-anak.
Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" – yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh.
Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakin ramai remaja telah membuktikan kemampuan mereka untuk membeli rumah pada usia muda dengan hasil titik peluh sendiri.
Selebriti muda Hollywood, Zendaya dan Tom Holland yang mula mengenali satu sama lain sejak 2016 selepas mereka membintangi filem Spider-Man: Homecoming khabarnya makin serius dalam perhubungan.
Pasangan ini dilaporkan baru membeli sebuah rumah mewah di London, malah rumah pertama mereka ini berada berdekatan dengan kediaman keluarga Tom Holland yang hanya berjarak enam kilometer. Wah. pandai ya Tom…hehe
Dikhabarkan rumah mewah pasangan itu bernilai kira-kira 4.1 juta dollar atau RM17.1 juta. Bukan hanya itu sahaja, rumah tersebut yang sedang dalam proses renovasi itu dilengkapi dengan enam bilik tidur dan memiliki pelbagai fasiliti bermula dari gym sehingga panggung wayang.
Pasangan itu juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga kerana sebelum ini Tom Holland mengaku mahu berehat sementara dari karier lakonan dan memiliki sebuah keluarga.
“Saya mahu berehat dan fokus untuk memulakan sebuah keluarga serta mencari apa yang saya ingin lakukan di luar dunia ini,” katanya.
Bintang Hollywood berusia 25 tahun ini sudah memiliki keinginan menjadi seorang bapa dan dia mengakui amat menyukai kanak-kanak serta tidak sabar mempunyai anak sendiri.
Walaupun begitu, baik Tom Holland mahupun Zendaya masih belum membuka mulut mengenai perhubungan mereka.
Bagus pasangan ni muda-muda dah fikir nak kumpul aset bersama.
Sumber: Buzz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor popular, Kamal Adli menzahirkan rasa bangga buat isteri tercinta yang juga aktres jelita, Uqasha Senrose yang tidak pernah mengeluh menjaga puteri sulung mereka, Hawra Uqaira.
“Uqasha Alhamdulillah okey baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha sebenarnya sebab cara dia jaga baby itu.
“Macam saya sendiri tak selarat itu maknanya walaupun tiga empat pagi dia boleh bangun dodoikan. Saya tengok dia lama-lama memang dia seorang ibu yang sebenar sebab sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.
“Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung,” kayanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media drama terbaharu Viu, Nafsu.
Selain itu, Kamal turut berkongsi perkembangan Uqaira dan cabarannya sebagai seorang bapa.
“Hawra Uqaira dah masuk dua bulan. Alhamdulillah baby sihat, kami terkejut sekejap dah membesar. Banyak rupa saya sebab ikut mata saya.
“Awal-awal sukar sikit saya kena tukar shift dengan Uqasha. Uqasha ambil siang, saya malam tapi malam pun Uqasha ada bangun juga.
“Susah rupanya berjaga malam ni sebab dia macam nak tidur tak nak tidur. Selain cabaran kena berjaga malam, nak mencari susu formula yang sesuai dengan baby pun sukar,” tuturnya lagi.
Untuk rekod, pasangan kesukaan ramai itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2021 dan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.