Selebriti Yang Terlibat Dalam Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 35 Jalani Ujian Swab

Share

Susulan daripada selebriti Alif Satar disahkan positif COVID-19, beberapa penyanyi yang turut serta dalam acara separuh akhir Juara Lagu 35 menjalani ujian swab kerana menjadi kontak rapat kepada individu itu.

Alif Satar yang membuat persembahan dengan lagu I Want You to Love Me pada episode pertama separuh akhir Jumaat lalu meminta maaf dan menjelaskan bahawa disahkan positif COVID-19 semalam.

Episode 3 separuh akhir tersebut ditunda dan selebriti-selebriti yang terlibat dengan Anugerah Juara Lagu 35 itu tidak berlengah lagi dan terus melakukan ujian swab.

Antara selebriti yang berkongsi melakukan ujian swab COVID-19 di Instagram mereka adalah Hael Husaini, Ernie Zakri, Ismail Izzani, Syamel, Sherry Alhadad, Stacy, Zynakal dan Tuju K-Clique.

Instagram: Hael Husaini
Instagram: Ernie Zakri
Instagram: Ismail Izzani
Instagram: Syamel
Instagram: Sherry Alhadad
Instagram: Stacy
Instagram: Zynakal

Rata-rata mereka memohon agar segala urusan dipermudahkan dan terus berdoa untuk orang disekeliling. Alif Satar dilihat meninggalkan komen di Instagram @azreewhuut

memohon maaf sekiranya dia telah menyusahkan semua.
Instagram: Azreewhuut

Ernie Zakri juga turut menjelaskan bahawa SOP yg dijalankan oleh pihak TV3 amat ketat. Dan mereka juga sekadar ingin mencari rezeki kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan “padan muka” kepada selebriti yang terkait dengan virus ini.

Apa-apa pun kita doakan agar semuanya dipermudahkan dan semoga virus ini tidak terus menular kepada orang ramai. Jangan lupa amalkan penjarakan sosial dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Instagram, Twitter

IKLAN