Pencarian Dewi Remaja dianjurkan sejak tahun 1985/1986 dan tahun ini sudah menjangkau usia 37 tahun ye.
Tahun ini Dewi Remaja kembali lagi untuk edisi ke-12. Ujibakat Dewi Remaja 2022 kini berlangsung di hotel The Palace, Kota Kinabalu ini akan berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Jumaat bertarikh 12 dan 13 Mac 2022.
Sama seperti Pencarian Hero Remaja, program Dewi Remaja juga sudah banyak melahirkan aktres terkenal tanah air. Dalam ramai-ramai peserta Dewi Remaja ni, mesti ada yang korang langsung tak sangka rupa-rupanya mereka ni dilahirkan daripada program ini.
Agak-gak korang, siapa je yang pernah menyertai Dewi Remaja selain Neelofa? Ramai juga artis-artis wanita ‘meletop’ rupanya.
Jadi apa tunggu lagi sumandak-sumandak Sabah! Ada masa lagi untuk ke hotel The Palace, Kota Kinabalu. Kami nantikan kehadiran anda. Jangan lupa daftar secara dalam talian di www.remaja.my/dewi.
Pesonakan Bintangmu!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa je yang tak teringin untuk menghadiri pertunjukan fesyen jenama fesyen terkenal di bandaraya New York. Tak semua orang mempunyai akses ke dalam khemah terkenal mereka itu, inikan lagi untuk berada di kawasan belakang pentas, berjumpa dengan pereka fesyen secara personal dan digayakan sendiri oleh para stylist mereka.
Tapi tak semua orang merupakan Scha Alyahya dan Noor Neelofa.
Jika korang follow mereka di Instagram, pastinya foto serta video mereka menghadiri acara New York Fashion Week SS2020 melintas di timeline masing-masing.
Foto gegar berdua pun onz!
Amboi kemain bergaya lagi juara Dewi Remaja berdua kami ini!
Sebelum menghadiri pertunjukan fesyen terakhir oleh Marc Jacobs dan pulang ke Malaysia, Scha sempat untuk memuat naik satu foto bersama Neelofa dengan caption yang menyebut, “DR 05/06 & DR 09/10”. DR di sini membawa simbol Dewi Remaja. Aww girls, we are so proud of you both.
Korang ada OOTD kegemaran daripada Scha dan Neelofa sepanjang mereka berada di New York. Kami recap semula momen fashionable mereka di kota Big Apple itu sepanjang minggu ini.
TORY BURCH
Scha AlyahyaNeelofaNeelofa
MICHAEL KORS 01
Scha AlyahyaNeelofaNeelofa
MICHAEL KORS 02
Scha AlyahyaNeelofaScha Alyahya
MARC JACOBS
Neelofa
ALEXANDER WANG x BVLGARI
Scha AlyahyaScha Alyahya
LONGCHAMP
Neelofa
TOMMY HILFIGER
NeelofaNeelofa
Look mana yang paling korang gemari daripada Scha Alyahya dan Noor Neelofa?
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perempuan cantik lemah dan selalu dibuli? Malah, perempuan cantik juga dikatakan takut untuk lakukan aktiviti mencabar kerana mahu menjaga penampilan?
Sebelum korang berikan pendapat, dengar dulu kata-kata sebahagian finalis Dewi Remaja 2018/2019. Menerusi episod kedua yang ditayangkan semalam, mereka telah buktikan di sebalik kecantikan, kebanyakannya mampu menyelesaikan aktiviti lasak dan mencabar.
Jantina perempuan bukan alasan untuk tidak melakukan cabaran sebaik mungkin. Tangan mungkin calar balar, badan juga masih terasa sakit-sakit namun kepuasannya berbeza bila dapat menghadapi dan menghabiskan halangan yang ada.
Korang boleh nilai sendiri melalui cabaran yang ditonjolkan semalam di Tadom Hill Resorts, Banting.
Pakaian sudah penuh dengan lumpur, macam Maze Runner pun ada hehe. Foto: Niza Suhaimi.Aween yang berhijab pun membuktikan dirinya boleh! Foto: Niza Suhaimi.Go Anna dan Sherin! Foto: Niza Suhaimi.Wow, Rasya perah semua tenaga untuk tarik Aween naik ke atas wall. Barulah teamwork! Foto: Niza Suhaimi.
Mencabar stamina
Tia Sarah, 18 tahun mengakui aksi mengerah tenaga khususnya memanjat halangan setinggi 6 kaki adalah perkara sukar untuk dia lakukan. Namun biar sesusah mana, team mate Lydia berikan kerjasama sewajarnya. #squadgoals
Nak cepat sampai terbenam kepala Tia hehe. Foto: Niza SuhaimiHalangan memanjat tembok setinggi 6 kaki inilah yang dikatakan Tia. Dengan kerjasama Lydia, semuanya mudah. Foto: Niza Suhaimi
“Honestly, Tia sudah lama tak bersenam. Bila perlu lakukan 6 halangan termasuk memanjat tayar, meredah masuk ke dalam air, merangkak dan sebagainya, ia mencabar minda dan emosi juga.
“Tia ambil secara positif dan cuba untuk tidak mudah serah kalah. Setiap finalis Dewi mencubanya kerana sebagai perempuan pun, kita perlu ada persiapan dari segi fizikal dan mental,” katanya.
Haneesya Cedera Pergelangan Tangan
Cantik, berbakat tetapi momentumnya tersekat sebentar semalam selepas memulakan cabaran yang melibatkan aktiviti fizikal . Bagi finalis Haneesya, biarpun gagal untuk memanjat tembok setinggi 6 kaki tetapi dia akui telah mencubanya sedaya upaya.
Foto: Nurul NizaFoto: Nurul Niza
“Masalah scoliosis yang Hanee hadapi menyukarkan diri untuk bergerak lasak walaupun sudah mencuba. Belakang badan jadi sakit, malah kedua belah tangan pun bengkak akibat cubaan memanjat,” katanya sambil menunjukkan luka tersebut.
Walaupun selalu ke gym, halangan memanjat tersebut terpaksa Hanee lupakan kerana rasa sakit di bahagian belakang tidak mampu lagi untuk dikekang. Bukan mengaku kalah sebaliknya Hanee telah mencuba sedaya mungkin.
Rania suka rock climbing, futsal dan bola sepak
Affie Rania membuktikan aktiviti lasak tidak akan menghilangkan sifat femininnya – kecantikan bukan sesekali menjadi penghalang. “Kita kena tahulah bila masa nak menjadi glamor dengan mekap semua, dan bila untuk menjadi lasak. Kena ada balance.”
Semasa sekolah, Rania selalu menyertai merentas desa dan menjadi juara. Dia terpilih mewakili Kuala Lumpur dan mendapat tempat ketiga. Bukan itu saja, dia gemar bermain bola sepak, futsal, melakukan aktiviti rock climbing dan banyak lagi.
Betul-betul menyerap semangat Paskal! Foto: Niza SuhaimiRania akui dia biasa buat rock climbing. Jadi air separas lutut ini biasa baginya. Foto: Niza Suhaimi
“Dulu Rania gemar berenang tetapi bila melihat otot bahu, lengan dan kaki semakin membesar, Rania hentikan dan cari sukan baru seperti futsal untuk terus bergiat aktif. Ayah jurulatih bola, mak pula model – jadilah versi Rania sebegini,” katanya.
Faz Daki Gunung Stong, Kelantan
Kecil tapi lasak. Inilah yang dibuktikan oleh Fazreen atau mesra disapa Faz. Selain suka lakukan aktiviti camping dan memasak dalam pesekitaran luar, Faz juga pernah memanjat Gunung Stong, Kelantan dan dua buah gunung lain sekitar Febuari lalu.
“Kalau terlalu fikir nak cantik setiap masa, Faz rasa seakan hilang satu nikmat hidup iaitu untuk go all out dan berpeluh sakan.
“Bagi Faz, kecantikan bukan batasan untuk mencuba sesuatu walaupun ada mulut-mulut nakal yang akan memandang penuh skeptikal. Semasa penggambaran episod kedua, bagi Faz ini hanya segelintir ujian sebab sudah terbiasa buat lebih lasak dari itu walaupun datang ke Tadom Hill dengan skirt. (ketawa)”
Cantik tak bermakna lemah okay! Jangan lupa untuk menonton episod ketiga Dewi Remaja 2018/2019 pada hari Ahad ini (9 Disember 2018) jam 10.30 malam untuk melihat mengapa finalis menerima kritikan pedas daripada mulut supermodel, Tini.
Kemudian, sit back and relax sambil menonton LIVE Instagram dan Facebook di akaun @majalahremaja bersama finalis terpilih – pada jam 11.30 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak keluar TV saja perlu cantik. Nak jadi popular pun perlu cantik.
Jadi jika tidak cantik, peluang untuk menyertai industri seni mahupun dikenali ramai itu TIADA lah?
Topik Rupa atau Bakat yang diangkat oleh program Darah Muda kendalian Bernama TV kelmarin mengupas topik yang begitu dekat dengan remaja sekarang.
Tambahan pula, insan yang ditemubual merupakan juara Dewi Remaja 2019 iaitu Shaza Bae. Jadi tentunya Shaza mempunyai pendapat mengenai isu ini.
Adakah hanya orang cantik saja yang boleh ke hadapan dalam industri seni?
Shaza Bae menghiasi cover Majalah Remaja isu Januari – Mac 2020.
“Untuk melawan stigma ‘perlu wajah cantik untuk berada di kaca televisyen dan filem’ di Malaysia’ ini, mungkin masih mencabar. Ya ramai yang inginkan orang cantik saja untuk ditonton.
“Tetapi saya percaya jika seseorang bekerja keras dan mempunyai azam yang tinggi, insyaAllah orang di sekeliling pun akan perasan dengan kemampuan kita. Jika kita ikhlas melakukan sesuatu, Allah juga akan membantu.
“Kerja keras dan niat yang baik itu masih perkara utama. Wajah kedua,” katanya yang mengaku ada menerima kritikan setelah memenangi gelaran Dewi Remaja 2019 kerana faktor kulit kuning langsat tetapi memilih untuk mengendahkannya.
“Sekiranya ingin mengajak orang ramai ke arah kebaikan sekalipun seperti melakukan kerja-kerja amal misalnya, saya tak rasakan rupa cantik dan populariti itu satu faktor utama. Tak perlu nak tunggu jadi cantik untuk berbuat baik pun.
“Sebelum menyertai Dewi Remaja 2019, saya juga pernah ke Solo Indonesia untuk mengajar kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekolah jenis ekosistem. Jadi bagi saya, populariti dan wajah cantik itu tak bukan penghalang jika seseorang itu ingin memberi semula kepada masyarakat. Semua orang boleh.”
*
Bercakap mengenai trend menonjolkan wajah cantik di media sosial, ia semakin menjadi-jadi dengan wujudnya aplikasi online yang pelbagai.
Situasi itu berbeza dengan 8 tahun lalu semasa Shaza Bae mula berjinak-jinak dalam industri.
“Pada usia 17 tahun, saya mula berlakon menerusi iklan Petronas. Platform media sosial pada waktu itu baru nak ‘naik’. Tetapi sekarang situasinya berbeza. Disebabkan media sosial, standard kecantikan itu sudah lain. Ada sesetengah jenis rupa fizikal saja yang dianggap cantik, katanya.
“Saya memilih untuk melihat ke arah positif dan saya rasakan orang Malaysia sekarang sudah lebih berfikiran terbuka. Mereka tidak lagi hanya memberi peluang kepada yang berkulit cerah saja. Apa yang saya boleh lakukan adalah just being myself dan yakin dengan personaliti saya.”
Dalam erti kata lain, personaliti seseorang itu sendiri perlu sama cantik. Jika tiada personaliti, mana mungkin masyarakat di sekeliling boleh lebih dekat dengan seseorang selebriti itu.
*
Melihat kepada pemenang pertandingan seumpama Dewi Remaja di seluruh dunia, kebanyakan daripada mereka mempunyai misi untuk menyumbang semula kepada masyarakat.
Shaza Bae juga merasakan misi dalam hidup itu penting kerana ia memberi ‘makna’ atau purpose dalam kehidupan seharian.
“Misi saya berbalik semula kepada minat saya untuk mengajar. Itu adalah cara saya untuk give back to the society. Semasa membesar, saya tak datang daripada latar belakang keluarga yang berada. Jadi itu menginspirasikan saya untuk terus mengejar misi menjadi seorang tenaga pengajar.
“Selain minat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, saya juga berminat untuk menjadi seorang speaker. Seni itu cinta saya dan sebahagian daripada hidup, tetapi pengajian ilmu itu adalah kepentingan dalam hidup saya.”
*
Untuk menonton temu ramah penuh Bernama TV bersama Shaza Bae, korang boleh klik di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!