Catatan harian kes baharu positif COVID-19 pada hari mengejutkan rakyat Malaysia apabila ia mencecah angka 5,725 kes, iaitu yang paling tinggi setakat ini sejak negara dilanda pandemik tahun lalu.
Lebih mendukacitakan, sebanyak 16 kes kematian direkodkan di seluruh negara. Daripada jumlah yang tinggi itu, 3,126 kes daripada jumlah kes kumulatif dicatatkan di negeri Selangor! Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu (687 kes), Johor (684 kes), Sabah (288 kes) dan Sarawak (179 kes) melengkapkan 5 buah negeri tertinggi kes harian untuk 29 Januari.
Tinjauan REMAJA di media sosial utama yang melaporkan kes harian COVID-19 menunjukkan rasa tidak percaya warganet terhadap perkembangan terbaru ini memandangkan Selangor telahpun diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan selama lebih 2 minggu.
Tidak kurang juga ramai yang tertanya-tanya, zon manakah di negeri Selangor yang ‘membuat hal’ sehingga negara itu menjadi punca lebih separuh daripada jumlah kes baharu.
Ads
Menurut laporan ringkaw oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, daerah yang mencatatkan kes baru tertinggi ialah daerah Petaling dengan 1530 kes baharu. Dalam daerah Petaling saja, 538 kes dicatatkan di mukim Damansara, manakala mukim Petaling mengekor rapat di belakang dengan 543 kes.
Sementara itu, daerah Hulu Langat juga mencatatkan jumlah yang tinggi akibat kes baharu di penjara (350). Jumlah yang tinggi juga dicatatkan oleh daerah Sepang dengan 485 kes baharu.
Berikut merupakan ringkasan penuh untuk korang lihat.
Dengan perkembangan terbaru pada 29 Januari ini, ramai beranggapan bahawa peluang Malaysia bagi menamatkan PKP pada 4 Februari ini kelihatan semakin samar dan mungkin sekali tidak akan terlaksana.
Sudah tentu, banyak perancangan pelbagai jenis industri juga akan terjejas akibat kes baharu yang semakin memuncak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah hampir 2 bulan wabak yang dikenalpasti menular daripada China pada 31 Disember lalu dan telah mengorbankan ramai nyawa. Namun, seperti tiada tanda-tanda ia mahu berakhir.
Susulan kebimbangan penularan wabak COVID-19 ini, dua negara besar iaitu Jepun dan Arab Saudi mengambil keputusan yang mengejutkan. Di mana Arab Saudi bertindak menggantung sementara kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Mekah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah.
Malah kemasukan ke Arab Saudi bagi pemegang visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman COVID-19 turut dilaksanakan.
Keputusan itu diambil selepas melihat perkembangan terkini penularan wabak berbahaya itu yang dikesan telah memasuki negara Timur Tengah.
Sementara itu, berikutan gesaan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe supaya acara sukan dan kebudayaan dibatalkan atau ditangguhkan selama 2 minggu selepas negara itu sedang berdepan krisis wabak koronavirus — telah membawa spekulasi bahawa Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin turut akan dibatalkan.
Jepun berasakan risiko tinggi penyebaran akan berlaku dalam acara sukan dan kebudayaan serta perhimpunan yang membabitkan ramai orang.
Negara matahari terbit itu mempunyai sekurang-kurangnya 164 kes positif koronavirus, selain daripada 691 kes dilaporkan di kapal yang berlabuh di Selatan Tokyo, manakala jumlah kematian yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 5 kes.
Semakin ‘mengganas’ pula wabak COVID-19 ni, harapnya cepat la ia reda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di media sosial sebelum ini tentang ‘Nasi Paku’ yang dijual dan dibungkus unik mengunakan paku, sehinggakan ramai orang berebut-rebut nak membelinya.
Untuk pengetahuan semua, bukan sahaja penggunaan paku yang dilarang malah, pihak peniaga makanan yang membungkus makanan dengan dawai kokot, paku atau apa-apa peralatan yang tajam berpeluang dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun.
Sementara itu, hukuman lebih berat bakal dikenakan peniaga jika barangan bungkusan tajam ini ditemui dalam makanan di mana para peniaga bakal dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun.
Difahamkan larangan keras ini dibuat dalam usaha untuk mengelakkan benda tajam tersebut memasuki makanan sekaligus dijamah pengguna di samping menjaga kebersihan makanan.
Untuk info, sebelum ini seorang kanak-kanak berdepan bahaya dan dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan gara-gara tertelan paku. Lebih tragis, insiden tersebut berlaku gara-gara kanak-kanak tersebut tertelan paku yang tersedia pada Nasi Paku ini.
Seorang kanak² dibawa oleh keluarga ke kecemasan hospital kerana dikhuatiri tertelan paku. Kanak² tersebut mengalami sakit perut & menangis tidak henti.
Imbasan xray mendapati paku tersebut telah sampai ke bahagian perut.
Kebelakangan ini isu anak-anak kecil dan remaja menjadi mangsa rogol dan liwat orang yang rapat iaitu ahli keluarga, jiran, guru agak panas dibicarakan.
Hari ini Harian Metro melaporkan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan sembilan tahun pulang ke rumah dalam keadaan menangis selepas menjadi mangsa lelaki pedofilia, dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu di Seksyen 19, Petaling Jaya.
Gambar Hiasan
Mangsa mendakwa, suspek menarik tangan mereka secara paksaan sebelum melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mereka. Takut dengan kelakuan lelaki itu, mangsa terus menjerit meminta tolong sebelum melarikan diri.
Terkejut dengan kejadian yang menimpa dua anaknya itu, wanita berkenaan terus membuat laporan di Balai Polis Sea Park untuk tindakan lanjut.
Malah, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek. Lakaran wajah suspek juga akan diedarkan kepada orang ramai untuk membantu polis mengesan suspek.
Bagi mengelakkan menjadi mangsa, tolong hadam enam taktik halus yang biasa digunakan oleh pedofilia sebelum melakukan perbuatan terkutuk kepada mangsa seperti didedahkan oleh seorang kaunselor Mohd Hafiz Syafiq yang juga kaunselor panel LPPKN Kedah.
Pakar Dedahkan 6 Peringkat Modus Operandi Pemangsa yang Bernafsu Binatang Ini.
Peringkat 1: Menentukan Mangsa.
Pemangsa akan mensasarkan kepada mangsa terutamanya anak-anak dan remaja yang sedang mengalami masalah emosi, perhubungan, pengasingan, rendah keyakinan diri dan remaja yang kurang pengawasan kedua ibu bapa adalah mangsa yang paling disukai. Pemangsa akan menggunakan alam siber iaitu media sosial sebagai medan mencari dan menentukan mangsanya.
Peringkat 2: Mendapatkan Kepercayaan Mangsa.
Pemangsa akan mendapatkan kepercayaan si mangsa dengan mengumpulkan maklumat tentang latar belakangnya, mengenal pasti keperluannya dan bagaimana mengisinya. Apabila pemangsa ini sudah menemui kelemahan dan keperluan mangsa ini tadi maka dengan mudah pemangsa akan mula menunjukkan perhatian dan kononnya bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan si mangsa.
Hanya dengan perhatian yang diberikan lebih daripada biasa dan terlalu peribadi serta dengan menimbulkan kecurigaan terhadap kedua ibu bapa, si mangsa sudah boleh terpedaya. Pemangsa akan jadi bersemangat dan lebih berdisiplin dengan cara menjadi jarum yang mencucuk mangsa pada masanya tanpa mendedahkan identiti dirinya yang sebenar.
Peringkat 3: Mengisi Keperluan Mangsa.
Seterusnya pemangsa akan lebih bersungguh memenuhi keperluan si mangsa dan mengambil perhatian untuk menjadi orang yang paling penting dalam kehidupan si mangsa, malah sehinggakan mungkin menjadi lebih ideal daripada kedua ibu bapanya sendiri. Pemangsa telah berjaya memberikan hadiahnya yang sangat berharga dengan mengisi keperluan mangsa iaitu perhatian tambahan dan kasih sayang.
Anak kecil yang tidak berdaya selalu menjadi mangsa atas kekejaman orang lebih dewasa
Peringkat 4: Mengasingkan Mangsa.
Pemangsa akan menggunakan hubungan istimewa yang telah dibina dengan mangsa untuk mewujudkan situasi di mana mereka bersendirian. Pengasingan ini terus mengukuhkan lagi hubungan istimewa. Pengasuhan, tunjuk ajar, bimbingan dan perjalanan aktiviti khas antara mereka semuanya dilakukan dalam peringkat pengasingan ini. Hubungan istimewa boleh diperkuatkan lagi apabila pemangsa menanam kepercayaan kepada mangsa itu bahawa dia disayangi atau dihargai dengan cara yang orang lain, bahkan ibu bapa tidak dapat berikan.
Peringkat 5: Mengadakan Perhubungan Seksual.
Pada peringkat kebergantungan dan kepercayaan emosional yang telah mencukupi, pemangsa sudah semakin berani memasukkan unsur-unsur seksual dalam perhubungannya. Perkara ini berlaku melalui bercakap, perkongsian gambar dan video, malah sehingga mangsa diminta telanjang. Pada ketika ini pemangsa akan mula mengeksploitasi rasa ingin tahu semula jadi kanak-kanak dan remaja dengan menggunakan perasaan rangsangan ingin tahu tertumpu kepada aspek perkembangan seksualiti dan fizikal.
Pemangsa akan memanipulasi apa yang menarik minat kanak-kanak dan remaja ini serta memperluaskan hubungan mereka dengan cara ini. (Dalam kes adik tingkatan satu yang dirogol itu dia kononya diajarkan bagaimana cara nak membesarkan payu dara) Pemangsa akhirnya mengajak mangsa untuk berjumpa bagi memuaskan nafsunya.
Peringkat 6: Mengekalkan kawalan.
Sebaik sahaja penderaan seks atau rogol berlaku, pemangsa biasanya akan menggunakan cara sama ada memujuk mangsa untuk mengekalkan penglibatan dalam perhubungan, berdiam diri, atau mengugut untuk menyebarkan rakaman gambar atau video mangsa.
Kanak-kanak dan remaja yang sudah sampai ke peringkat ini sedang berada dalam perhubungan yang terikat atau tersepit. Pada masa ini mereka sedang menghadapi ancaman ugutan yang mana boleh memberikan kesan psikologikal kepada diri mereka sehingga hilang pertimbangan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang lebih rasional.
Para ibu bapa perlu lebih menjaga dan melindungi anak-anak daripada ancaman pemangsa dalam dunia siber kini dengan memberikan tumpuan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.