“Selamat Jalan, Sahabat” Rakan Artis Turut Bersedih Dengan Pemergian Sandra Dianne

Share

Pemergian peserta Big Stage 2020 mengemparkan seluruh Malaysia pagi tadi, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26 tahun menghambuskan nafas terakhir selepas seminggu koma akibat kemalangan jalanraya.

Rata-rakan rakan selebriti turut meluahkan rasa sedih atas perkhabaran tersebut yang mana menganggap ianya satu kehilangan besar di dalam industri biarpun baru sahaja membuat kemunculan semula selepas bertapak sejak tahun 2014.

Ini antara rakan artis yang turut bersedih dan kongsi khabar sedih di media sosial

Neeta 

Hanie soraya

Wada Syuhadaa

Nana Sheme

Sufie Rashid 

Kehilangan Besar Buat Industri

Sebagai info, Sufie merupakan penyanyi terakhir yang berduet dengan Sandra menerusi konsert program realiti itu beberapa minggu yang lalu.

Rakan-rakan Big Stage 2020 Turut Bersedih

Usop

Fadh Majid

 Farisha Iris 

Yamani Abdillah

Azzam Sham 

Terdahulu, Sandra dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada Sabtu minggu lalu ketika penyanyi kelahiran Sabah ini sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.

Dalam konsert minggu keempat bertemakan Baby Bash, Sandra yang ditugaskan untuk membawa lagu asal Ella berjudul Nuri telah dikecualikan oleh pihak Astro daripada disingkirkan malah elaunnya turut diteruskan.

Al-fatihah dan takziah kami ucapkan buat Sandra.

IKLAN