Kita sering menonton iklan memperlihatkan betapa pentingnya bersarapan pagi.
Sarapan bijirin yang ringkas dikatakan mampu memberi lebihan tenaga kepada kanak-kanak dan golongan remaja untuk kekal cergas ketika di sekolah.
Banyak jenama-jenama bijirin muncul termasuk jenama-jenama popular yang sering dianggap sihat dan baik oleh mak ayah untuk kesihatan anak-anak. Pantang ke pasaraya, tangan anak-anak akan mencapai makanan bijirin ini. Mak ayah yang mungkin tak tahu atau “terpedaya” dengan kebaikan khasiat bijirin, pasti akan membelinya. Kata orang, siapa tak sayang anakkan.
Bijirin begini dianggap mudah sebagai sarapan pagi tapi rupanya mengandungi lebihan gula sebanyak 40 peratus
Lagi pun nak menyediakan sarapan pagi begini amat mudah. Masukkan bijirin dalam mangkuk, tuang susu, nah kita rasakan anak sudah mendapat sarapan yang terbaik.
Tapi pendedahan yang dilakukan oleh laman web Public Health Malaysia ini mungkin akan mengubah pandangan mak ayah tentang pengambilan bijirin kerana dalam usaha golongan profesional ini membawa menyebarkan ilmu kepada masyarakat bahawa terlalu banyak #konspirasi gula dalam makanan dan minuman kita selama ini.
Ads
Jika sebelum ini kita didedahkan dengan 9 sudu gula dalam satu tin minuman berkorbonat, kali rupanya makanan bijirin juga kerana ada lebihan 40 peratus gula lebih tinggi dari sepatutnya. Seperti sedia maklum, apabila terdapat lebihan gula dalam badan, individu itu akan menjadi lebih aktif berbanding biasa.
Baca perkongsian ini. Moga memberi manfaat bersama.
Gula tinggi dalam bijirin sarapan
Ads
Bijirin sarapan sering dipasarkan sebagai produk makanan yang sihat untuk kanak kanak… namun hasil kajian menunjukkan sebaliknya.
Kajian komprehensif 1,556 produk bijirin sarapan mendapati produk yang dipasarkan untuk kanak kanak mengandungi 40% kandungan GULA yang lebih TINGGI
6 dari 10 produk yang memaparkan karektor kartun di kotak pembukusan mengandungi lebih dari 15 gram gula bagi setiap 100 grams.
Ads
Sekiranya kanak kanak makan bijirin sarapan seperti ini setiap hari, mereka telah mengambil 4.5 kilogram gula secara berlebihan setiap tahun!
Menyedari akan isu ini, cadangan telah di usulkan untuk HARAM kan segala bentuk karektor kartun di pek pembukusan makanan (UK).
Obesiti di kalangan kanak kanak adalah isu global yang menjadi perhatian seluruh dunia.
Jadilah ibu bapa yang bijak, jauhi jerat dan perangkap gula!
Tonton Episod Kedua Dewi Remaja 2018/2019 pada 2 Disember (Ahad) ini di saluran Astri RIA (104) dan RIA HD (132). Kemudian, sit back dan ikuti LIVE Facebook serta Instagram bersama para finalis pada jam 11.30pm di akaun majalahremaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kekalahan terdahulu bukanlah alasan untuk tidak meneruskan perjuangan. Sebaliknya momen tersebut harus dijadikan sebagai satu pelajaran penting untuk terus maju ke hadapan.
Ini antara yang boleh kita pelajari daripada wanita cantik berusia 28 tahun ini. Praewwanich Ruanthong bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik Thailand, sebaliknya dia sebelum ini kerap menyertai pelbagai pertandingan namun rezeki tidak berpihak kepadanya.
Pada tahun 2018, dia menyertai pertandingan Miss Thailand World dan berjaya merangkul gelaran naib juara.
Dua tahun kemudian, pada 2020 dia sekali lagi mempertaruhkan nasibnya dengan menyertai Miss Universe Thailand. Walaupun di sebut antara yang bakal bergelar juara, ternyata dia hanya berjaya berada di kedudukan kelima pertandingan.
Tahun ini dia mencuba nasib sekali lagi apabila mendaftarkan diri untuk pertandingan Miss Supranational Thailand 2022. Ketika mengesahkan penyertaannya, wanita yang berasal dari daerah Chumpon ini berkata, “I will and I can. Road to Miss Supranational Thailand 2022.”
Kini semua impiannya telah menjadi kenyataan. Kelmarin, wanita cantik ini telah dimahkotakan sebagai Miss Supranational Thailand 2022 sekaligus memberikannya hak untuk mewakili negara gajah putih itu di pentas antarabangsa.
Dia yang merupakan seorang graduan seni dan pengurusan daripada Prince of Songkhla University berjaya mengetepikan 24 peserta lain.
Dimahkotakan di dalam acara gilang-gemilang bertempat di Show DC Ultra Arena Hall. Seiring dengan kemenangan tersebut dia membawa pulang wang bernilai 500’000 bath, selempang dan mahkota.
Menariknya, Miss Suprantional 2021, Chani Rabe turut hadir ke majlis tersebut untuk menyarungkan selempang kemenangan kepadanya.
Thailand pernah sekali menjuarai pertandingan berprestij ini pada tahun 2019 menerusi perwakilan Antonia Porxild. Tahun lalu pula, Thailand berjaya berada dalam kedudukan top 24 di pertandingan Miss Supranational 2021.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia ratu cantik boleh mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih baik. Seiring dengan populariti yang dikecapi, jika pandai mengemudi kerjaya seseorang ratu cantik pasti boleh membina empayar menerusi takhta yang dimenangi.
Baru-baru ini, seorang lagi ratu cantik telah dinobat di Puerto Rico. Elena Rivera yang merupakan seorang peragawati dan pelajar dalam jurusan pemasaran telah berjaya mengalahkan 29 peserta lain untuk bergelar Miss World Puerto Rico 2022.
Baru berusia 18 tahun, dia yang berasal dari daerah Toa Baja telah dimahkota oleh Miss World Puerto Rico 2021, Aryam Diaz Rosado. Seiring dengan kemenangannya dia membawa pulang hadiah berupa mahkota dan piala.
Dalam sesi soal jawab yang menjadikannya sebagai juara. Elena telah menerima soalan mengenai isu pengguguran kandungan yang sedang rancak diperkatakan di Amerika Syarikat apabila mahkamah negara itu telah memutuskan yang menggugurkan kandungan merupakan satu bentuk jenayah.
Jawabnya, “Saya seorang yang mengutamakan nyawa. Saya faham yang wanita tidak seharusnya ditekan dengan undang-undang ini kerana setiap orang pasti melalui waktu yang sukar.
“Seharusnya ada pendidikan tentang isu ini, tetapi undang-undang tidak akan menghalang dari berlakunya penguguran dengan segaja. Kita harus menjaga wanita, mereka adalah paksi Puerto Rico.”
Setelah dinobatkan sebagai juara, gadis cantik ini berkongsi pengalaman sepanjang bertanding. “Saya kagum dan bersyukur, sebenarnya kesemua finalis pertandingan ini telah menjadi seperti adik-beradik yang luar biasa. Kehebatan adalah milik Tuhan dan saya mendapat mahkota dengan iman dan kepercayaan,” ujarnya.
Setakat ini Puerto Rico pernah memenangi mahkota biru Miss World sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1975 menerusi perwakilan Wilnelia Merced Cruz dan pada tahun 2016 menerusi perwakilan Stephanie Marie del Valle Diaz.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama solek tempatan BeauTyra baru-baru ini mengumumkan dalam mesej ringkas di media sosial bahawa mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada pembeli selepas lima tahun dalam perniagaan kosmetik dan wangian.
Pagi ini, pengasasnya, Tyra Kamaruzzaman, mengumumkan di Twitter bahawa ia akan memulakan perjalanan transformasi dan tidak akan lagi menjual produk solek ikoniknya.
Walaupun BeauTyra tidak mengesahkan sebab keputusan mendadak itu diambil, jenama itu mengakui bahawa ia memainkan peranan penting dalam kehidupan ramai wanita muda yang ingin kelihatan cantik dan manis.
“BeauTyra bukan sekadar jenama solekan. Ia memegang nilai sentimental yang kuat bukan sahaja kepada saya, tetapi kepada ramai orang lain di luar sana. Produk kami bukan sahaja kelihatan cantik di atas meja solek, ia memegang banyak kisah ramai orang yang suka membuat diri mereka kelihatan lebih cantik daripada yang sedia ada.
“Dengan berat hati kami mengucapkan selamat tinggal kepada produk solek yang menentukan diri anda dan kehidupan anda dengan cara tertentu,” tulis pengasasnya dalam satu kenyataan.
Tyra juga mengakui bahawa jenama itu telah dipuji ramai pihak kerana memperjuangkan ‘inclusivity’ sejak penubuhannya
“Saya berbangga untuk mengatakan bahawa selama bertahun-tahun, kami kekal dengan apa yang kami percaya dan kami semakin gemar meletakkan nilai ‘inclusivity’ tersebut dalam perkara yang kami cipta,” kata Tyra.
Sejak diperkenalkan pada 2018, BeauTyra telah mengeluarkan beberapa barangan solekan yang terbukti popular di kalangan pelanggannya, termasuk body mist, gincu dan pemerah pipi, yang kesemuanya tidak akan dijual lagi.
Jenama itu juga menjadi tajuk utama tahun lepas apabila mengumumkan kerjasama rasmi dengan Disney dalam mengeluarkan barisan produk kosmetik mereka sendiri.
Aloooo….min dahlah suka sangat produk Beautyra! Agak-agaknya kenapa eh mereka tutup perniagaan? Kalian rasa sebab apa?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Beautyra
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...