Kontroversi besar melanda dunia fesyen dan sukan baru-baru ini apabila model terkenal, Bella Hadid telah dipecat dari Adidas atas kontroversi yang melibatkan sokongannya terhadap Palestin.
Ia susulan Adidas melancarkan iklan terbaru mereka sempena peringatan Olimpik Munich 1972, di mana Bella Hadid dipilih sebagai model untuk mempromosikan kasut sukan SL72 yang pertama kali dilancarkan pada acara tersebut.
Walau bagaimanapun, kempen yang sepatutnya meriah itu berubah menjadi sebuah kontroversi apabila Israel mengkritik pemilihan Bella Hadid sebagai model Adidas.
Kredit: Elle
Kritikan itu berlandaskan 11 atlet Israel dibunuh oleh penyerang Palestin ketika suatu tragedi berlaku di Munich. Israel turut menuduh Bella Hadid sebagai anti-semitik dan menyatakan bahawa pelantikannya sebagai model itu tidak patut berlaku.
Ads
Disebabkan desakan dan tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk di media sosial yang menyuarakan rasa kurang senang terhadap jenama terkenal itu. Adidas telah mengambil keputusan mendadak dengan ‘memecat’ atau membatalkan Bella Hadid dari mana-mana kempen iklan mereka.
Dalam pada itu, sebarang bentuk promosi yang melibatkan Bella, bermula dari poster hingga video telah ditarik semula secara berperingkat.
Ads
Kredit: Page Six
Jenama Adidas juga turut mengeluarkan permintaan maaf kepada model berusia 28 tahun itu atas insiden yang berlaku. Mereka turut menyatakan bahawa mereka khilaf dan tidak sedar implikasi sensitif daripada pemilihan Bella sebagai model.
Ads
Meskipun begitu, Bella Hadid tetap mendapat sokongan dari orang ramai dan kini Adidas pula telah mendapat kritikan ramai pihak.
Susulan itu, Bella Hadid dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang selepas dipecat sebagai model Adidas. Model itu turut berpendapat bahawa Adidas telah gagal bertanggungjawab atas keputusan mereka dan telah memburukkan nama baiknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh di media sosial apabila foto selebriti popular Korea, Jennie Blackpink dan V BTS tersebar dan dikatakan keluar bersama di Pulau Jeju dan ini membuatkan ramai peminat memberi spekulasi bahawa kedua-dua pasangan ini sedang menjalinkan hubungan.
Khabar angin itu bermula apabila foto V sedang memandu dan Jennie di sebelah tempat duduk penumpang tersebar dikalangan peminat mereka. Namun, peminat merasakan foto itu telah disunting dan bukanlah foto sebenar. Mereka mendakwa foto V itu telah diambil oleh J-Hope semasa rancangan BTS In The Soop tahun lalu dan ia bukanlah foto baharu.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini dikatakan memang ke Pulau Jeju dan ada juga peminat yang mengatakan ahli kumpulan BTS juga berada di pulau itu tidak lama dahulu.
Susulan daripada khabar angin itu, agensi BTS, BIGHIT MUSIC enggan membuat sebarang kenyataan dan agensi Jennie Blackpink, YG Entertainment berkongsi,
“Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan mengenai khabar angin itu. Kami akan memaklumkan sekiranya ada respon terkini untuk dikongsi.”
Kedua-duanya sebelum ini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan apabila peminat mengatakan bahawa V secara tidak sengaja telah mengikuti Jennie di instagram. Selain itu, baru-baru ini juga timbul khabar angin bahawa Jennie telah berpisah dengan G-Dragon.
Apa-apa pun sama-sama kita nantikan jika ada kenyataan rasmi daripada dua selebriti popular ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap yang bergelar ibu pasti inginkan yang terbaik buat cahaya mata kesayangan mereka. Bukan itu sahaja, segala kehendak dan keinginan anak, pasti dilunaskan walau apa cara sekalipun.
Begitulah pelakon terkenal, Puteri Sarah yang dilihat berkongsi hobi baharu anakanda sulungnya, Syaikhul Islam.
Menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya, Puteri Sarah dilihat membawa putera kesayangannya itu ke sebuah kedai barangan sukan untuk membeli satu set sukan bola sepak.
Meluahkan keterujaan, pelakon itu berkongsi anak sulungnya itu sudah menunjukkan minat dalam sukan bola sepak.
“Dah pandai ini. Ronaldo lah, Messi lah. Mama kena belajar. Sabtu ini nak join footballclass. Nak cari jersey abang kata,” coretnya ringkas.
Dalam perkongsian sama, pelakon drama Suri Hati itu turut berkongsi keterujaan Syaikhul memilih barang keperluan kelasnya pada hari Sabtu nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
"Saya tak adalah belajar sepanjang masa, tetapi.."
Sekiranya betul-betul meminati sesebuah subjek itu, tiada apa yang dapat menghalang diri seorang pelajar untuk melakukan yang terbaik.
Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar dari Kolej MARA Seremban yang terpilih di kalangan 30 pelajar Malaysia lain untuk menerima anugerah Top In World: Outstanding Cambridge Learner Awards bagi subjek Matematik. Anugerah itu diterima Raziq Kamaruddin, 18 setelah cemerlang dalam ujian Cambridge International AS Level.
Katanya kepada rakan media di BH kelmarin di Shah Alam, "Saya tak adalah belajar sepanjang masa dan mempunyai jadual pelajaran ketat. Namun saya akan pastikan ketika belajar dan mengulang kaji, saya akan berikan 100 peratus fokus.
"Sama juga semasa berehat, saya akan manfaatkan peluang itu sepenuhnya," kata bekas pelajar MRSM Baling ini.
Selain Raziq, 4 orang lagi pelajar dari Kolej MARA Seremban turut tersenarai sebagai penerima anugerah. Muhamad Danial Yamany Dicky Yamany, Muhammad Adam Abdul Rashid dan Nur Hidayah Khosim menyertai Raziq menerima anugerah Top in World dalam subjek Matematik tersebut. Manakala Muhammad Amirul Adam Mohamad Zambri menerima anugerah Top in Country dalam subjek Perakaunan.
Kini, Raziq yang bercita-cita untuk bergelar seorang akauntan satu hari nanti akan menduduki satu lagi ujian pada bulan Jun tahun hadapan untuk meloloskan diri ke sebuah universiti di United Kingdom.
Untuk pengetahuan korang, ujian Cambridge International AS Level ini diduduki lebih sejuta pelajar dari seluruh dunia bagi membolehkan mereka memasuki universiti di United Kingdom.
All the best korang!
Sumber: BHarian
Foto: Facebook Kolej MARA Seremban
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!