Nama Nur Dhabitah Sabri atau Dhabitah meniti di bibir peminat sukan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia setelah mempamerkan aksi cemerlang di Sukan Olimpik 2020 di Jepun. Beliau mendapat tempat ke-4 setelah menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 326.15, di belakang atlet China dan Amerika Syarikat.
Keputusan penuh menyaksikan dua peserta dari China Shi Tingmao dan Wang Han masing-masing meraih pingat emas dan perak, manakala peserta Amerika Syarikat, Krysta Palmer meraih pingat gangsa.
Namun, aura positif Dhabitah cukup menyenangkan hingga rata-rata mereka yang menyaksikan acara sukan berkenaan memuji atlet kebanggaan Malaysia ini.
REMAJA sempat mengumpul fakta dan informasi tentang gadis genit kebanggaan Malaysia ini melalui media massa lain dan wikipedia. Jom kita kenali Nur Dhabitah Sabri dengan lebih dekat lagi dan mungkin korang tak tahu.
Anak bongsu kepada pasangan Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar ini mula didedahkan dengan sukan renang selepas memperlihatkan minatnya terhadap sukan berkenaan sejak kanak-kanak lagi. Beliau belajar berenang dan menyelam bersama abang sulungnya, Muhammad Danial. Namun, hanya Dhabitah yang meneruskan perjuangan abangnya mengalami trauma sebelum memulakan debut bersamanya.
Peminat K-pop. Beliau menggemari kumpulan Big Bang, Blackpink, dan 2NE1 selain menjadi salah seorang peminat program Rhe Running Man.
Ads
Berasal dari Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 12 Julai 2021 dan baru berusia 22 tahun.
Lebih membanggakan, atlet akuatik negara ini menjadi antara 200 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara. Pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu, Dhabitah dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW).
Sepanjang bergelar atlet, Dhabitah yang mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah berjaya merangkul pelbagai anugerah. Antaranya penerima Anugerah Sekolah Sukan Bukit Jalil (Atlet Sukan Wanita Terbaik), 100 plus Sports Awards (Atlet Harapan Malaysia 2016), pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014, penerima pingat emas Asian Diving Cup 2015, FINA Diving Grand Prix, Sukan SEA 2015, Sukan SEA 2017 dan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2017.
Ads
Atas pencapaian cemerlang dalam bidang sukan, Dhabitah diberi kepercayaan membawa obor terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pada masa lapang, Dhabitah gemar menghabiskan masa dengan melakukan sukan ekstrem seperti parkour dan trampolin.
Ads
Roti canai antara makanan kegemarannya.
Merupakan pasangan penerjun Pandalelala Rinong dan pernah memenangi pingat gangsa dalam platform serentak 10m pada Komanwel 2014 di Glasgow.
Ini merupakan pentas kedua Dhabitah di Sukan Olimpik selepas di Rio pada 2016 lalu dengan 10m papan anjal.
Beliau juga adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy. Nur Dhabitah turut pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.
Semoga Dhabitah terus maju jaya dan mengharumkan nama negara dimasa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Awal tahun 2020 dimulai dengan berita yang agak sedih apabila kira-kira setengah billion haiwan dianggarkan terkorban akibat kebakaran di Australia sejak hujung Ogos tahun lalu.
Kebakaran hutan itu turut menyebabkan kira-kira 8,000 koala mati terbakar iaitu satu pertiga daripada seluruh populasi koala di New South Wales.
Rentetan daripada berita tersebut, sebuah hospital koala di New South Wales, Hospital Port Macquarie Koala membolehkan korang untuk mengadopsi koala dalam penjagaan mereka, tidak kiralah korang berada di mana sahaja.
Maknanya, korang tak perlu berada di Australia untuk mengadopsi koala. Hanya pilih tiga pakej yang disenaraikan di bawah untuk menyokong usaha mereka bagi membantu memberi dana untuk menyelamatkan koala di negara tersebut.
⦁ AUD40 (RM112.90) setahun dan korang akan menerima e-sijil dari hospital berserta gambar dan nama koala yang diadopsi bersama nama korang juga
⦁ AUD70 (RM197.57) korang akan mendapat sijil fizikal, booklet hospital mengenai koala, latar belakang koala yang diadopsi, penanda buku koala dan satu salinan majalah hospital yang akan dihantar kepada korang
Kesemua duit yang diterima akan disalurkan untuk rawatan serta pembiayaan bahan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran tentang haiwan-haiwan yang memerlukan.
Namun begitu sekiranya korang tidak mampu untuk mengadopsi koala tersebut, ada cara lain juga untuk membantu mereka dengan menderma mengikut kemampuan di laman web GoFundMe yang turut sama dalam usaha membantu koala yang terjejas dalam kebakaran hutan di Australia.
Kalau korang rasa kesian melihat nasib koala yang viral di media sosial sejak beberapa minggu lalu, inilah masanya untuk menyalurkan rasa simpati dan bantuan korang bagi menyelamatkan spesis ini.
Persahabatan yang terjalin di antara dua hero sukan badminton tempatan, Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik bukanlah satu perkara baharu yang diperkatakan oleh peminat mereka berdua.
Sejak sama-sama melangkah masuk ke dunia sukan pada tahun 2011, bak kata pepatah, there is no turning back for them both.
(Dari Kiri) : Lee Zii Jia & Soh Wooi Yik
Dikurniakan wajah yang kacak, ketinggian melebihi 185cm dan pernah menggondol kejayaan dalam aliran kejohanan masing-masing (Zii Jia menerusi acara perseorangan lelaki manakala Wooi Yik dalam acara lelaki berpasukan bersama Aaron Chia), masing-masing mempunyai tarikan tersendiri untuk diminati oleh peminat di dalam dan luar gelanggang badminton.
Bersempena tarikh kelahiran yang ke-25 pada hari ini, tentulah sahabat ‘bromance’ badmintonnya ini tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan yang menyentuh hati buatnya.
Titip Wooi Yik, “Selamat hari jadi (kepada) sahabat terbaik saya sepanjang 12 tahun lepas, Lee Zii Jia.
“Terima kasih kerana selalu menjadi seseorang yang boleh saya percayai sepenuh hati, tidak kiralah apa yang sedang saya alami, kamu selalu tahu bagaimana untuk membuatkan saya merasa lebih baik.
“Saya harapkan agar kehidupan anda akan dipenuhi dengan kejayaan dan kebahagiaan, anda layak mendapatnya dan dilahirkan untuk menguasai dunia.”
Ucapan manis tersebut dibalas semula oleh Zii Jia dengan emoji berjabat tangan sebagai simbolik kepada persahabatan mereka.
Turut memberikan ucapan hari kelahiran di ruangan komen ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Ramai turut memuji kecomelan foto-foto yang menampilkan mereka berdua sejak zaman latihan pada usia belasan tahun hinggalah bergelar juara kejohanan bertaraf dunia sekarang.
Terdahulu, Wooi Yik, 25 pernah menyatakan sokongan sepenuhnya buat Zii Jia apabila rakannya bergelut dengan prestasi permainan sepanjang tahun lalu dan percaya Zii Jia mampu bangkit semula.
Ini memandangkan Zii Jia juga pernah memberikan sokongan buatnya apabila dia mengalami penurunan graf prestasi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebut tentang restoran makanan segera pandu lalu (drive-thru) rasanya ia sudah tidak asing dikalangan masyarakat kita kerana semua sedia maklum bahawa kebanyakan restoran makanan segera memang mempunyai perkhidmatan seperti itu.
Namun, apa yang berlainannya apabila restoran nasi kandar juga khabarnya bakal diwujudkan secara drive -thru dan ia merupakan yang pertama di Malaysia.
Restoran Hussain Nasi Kandar akan membuka cawangan pandu lalu di Caltex Toll, Sungai Dua di Pulau Pinang.
Foto: Penang Gazette
Restoran tersebut juga kini nampaknya sedang mencari pekerja bagi sebelum membuka cawagan tersebut. Pada yang mungkin sedang mencari pekerjaan, inilah peluang korang untuk mencuba. Mana tahu ada rezeki korang disini.
Wah, bestlah orang Penang lepas ni nak makan nasi kandar boleh beratur sambil tunggu dalam kereta. Tak perlu nak bersesak dengan orang ramai kan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!