Persahabatan yang terjalin di antara dua hero sukan badminton tempatan, Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik bukanlah satu perkara baharu yang diperkatakan oleh peminat mereka berdua.

Sejak sama-sama melangkah masuk ke dunia sukan pada tahun 2011, bak kata pepatah, there is no turning back for them both.

12 Tahun Jalin ‘Bromance’ Dalam Sukan Badminton, Ucapan Hari Jadi Buat Lee Zii Jia Ini Mampu Bikin Sebak
(Dari Kiri) : Lee Zii Jia & Soh Wooi Yik

Dikurniakan wajah yang kacak, ketinggian melebihi 185cm dan pernah menggondol kejayaan dalam aliran kejohanan masing-masing (Zii Jia menerusi acara perseorangan lelaki manakala Wooi Yik dalam acara lelaki berpasukan bersama Aaron Chia), masing-masing mempunyai tarikan tersendiri untuk diminati oleh peminat di dalam dan luar gelanggang badminton.

Bersempena tarikh kelahiran yang ke-25 pada hari ini, tentulah sahabat ‘bromance’ badmintonnya ini tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan yang menyentuh hati buatnya.

Titip Wooi Yik, “Selamat hari jadi (kepada) sahabat terbaik saya sepanjang 12 tahun lepas, Lee Zii Jia.

IKLAN

“Terima kasih kerana selalu menjadi seseorang yang boleh saya percayai sepenuh hati, tidak kiralah apa yang sedang saya alami, kamu selalu tahu bagaimana untuk membuatkan saya merasa lebih baik.

“Saya harapkan agar kehidupan anda akan dipenuhi dengan kejayaan dan kebahagiaan, anda layak mendapatnya dan dilahirkan untuk menguasai dunia.”

12 Tahun Jalin ‘Bromance’ Dalam Sukan Badminton, Ucapan Hari Jadi Buat Lee Zii Jia Ini Mampu Bikin Sebak

Ucapan manis tersebut dibalas semula oleh Zii Jia dengan emoji berjabat tangan sebagai simbolik kepada persahabatan mereka.

IKLAN

Turut memberikan ucapan hari kelahiran di ruangan komen ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ramai turut memuji kecomelan foto-foto yang menampilkan mereka berdua sejak zaman latihan pada usia belasan tahun hinggalah bergelar juara kejohanan bertaraf dunia sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Beregu JUARA DUNIA! Keluarga Anggap Kemenangan Hadiah Merdeka, Senior Pesan Perbaiki Kelemahan – REMAJA

IKLAN

Terdahulu, Wooi Yik, 25 pernah menyatakan sokongan sepenuhnya buat Zii Jia apabila rakannya bergelut dengan prestasi permainan sepanjang tahun lalu dan percaya Zii Jia mampu bangkit semula.

Ini memandangkan Zii Jia juga pernah memberikan sokongan buatnya apabila dia mengalami penurunan graf prestasi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI